PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

November 26, 2020 -Khamis

 
  HANYA PERUSAHAAN BOLEH MENJADI PENGADIL BAGI PERSEKITARAN PERNIAGAAN

Friday 13/11/2020

AsiaNet 86578

Table
Kapsyen: Hanya Perusahaan Boleh Menjadi Pengadil bagi Persekitaran Perniagaan -- Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Nasional memainkan kad terbaik mereka untuk mengoptimumkan persekitaran perniagaan​

NANNING, China, 13 Nov., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

 
Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Nasional memainkan kad terbaik mereka untuk mengoptimumkan persekitaran perniagaan

“Mengembalikan kuasa kepada perusahaan”, “Setiap orang adalah seorang pesuruhjaya perniagaan dan seorang duta” ... Baru-baru ini, Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Nasional telah memainkan kad terbaik mereka dengan menghasilkan Pelan Tindakan Khas Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Nasional untuk ‘Meningkatkan Persekitaran Perniagaan’ dan Pelan Penilaian Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Nasional untuk ‘Mengembalikan Kuasa kepada Perusahaan’ dengan harapan secara komprehensif meningkatkan persekitaran perniagaan, merangsangkan sepenuhnya daya tenaga pasaran dan kreativiti sosial, melaksanakan Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang dan keperluan Nanning untuk memperdalamkan pembaharuan bagi fungsi kerajaan dan pergerakan kerja dengan mengambil tindakan 100 hari untuk mengoptimumkan persekitaran perniagaan, dan merangkumkan resolusi dan kekuatan Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Nasional untuk memperhaluskan persekitaran perniagaan mereka.

Membiarkan Perusahaan untuk Menjadi Pengadil

Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Nasional telah mengeluarkan Pelan Tindakan Khas Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Nasional untuk ‘Meningkatkan Persekitaran Perniagaan’ dan Pelan Penilaian Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Nasional untuk ‘mengembalikan kuasa kepada perusahaan’ pada 2 September. Pada hari yang sama, seminar khas yang pertama itu mengenai “Peningkatan persekitaran perniagaan” telah diadakan untuk menyatukan pemikiran dan mencapai kata sepakat, di mana beberapa “sorotan” daripada kedua-dua dokumen tersebut menjadi tumpuan perbincangan. Khususnya, inisiatif untuk “mengembalikan kuasa kepada perusahaan” telah menimbulkan tindak balas yang meluas.

“Hanya perusahaan boleh menjadi pengadil bagi persekitaran perniagaan itu. Kita harus meninggalkan mod ‘penilaian sendiri’ dan membiarkan perusahaan untuk menjadi pengadil. Komen mereka akan menjadi satu dorongan untuk mendesak pemimpin dan pekerja untuk terus meningkatkan perkhidmatan dan kecekapan kerja,” kata He Shanghan, Setiausaha bagi Jawatankuasa Kerja Parti dan Pengarah bagi Jawatankuasa Pengurusan bagi Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Nasional.

Bagaimana untuk “mengembalikan kuasa kepada perusahaan”? Penilaian suku tahun akan diatur bagi perusahaan untuk menilai jabatan-jabatan yang berkaitan pada skala yang berbeza – “berpuas hati”, “agak berpuas hati” dan “tidak berpuas hati”, merangkumi sikap, kecekapan dan kualiti perkhidmatan.

Keputusan penilaian itu mempengaruhi tidak hanya “reputasi”, tetapi juga “kedudukan”. “Kami akan mengeluarkan notis kritikan kepada anggota yang terlibat untuk kali pertama di bawah standard yang diperlukan, mengadakan perbincangan dan teguran dengan mereka untuk kali kedua, dan memberhenti atau memindahkan mereka dari tugas mereka setelah disahkan oleh Jabatan Sumber Manusia buat kali ketiga. Melalui peralihan di dalam mekanisme, kami mencuba untuk menggesa pemimpin-pemimpin untuk melipatgandakan usaha bagi melayani perusahaan dengan lebih baik,” kata He Shanghan.

“Penambahbaikan” bagi Persekitaran Perniagaan yang Berterusan

Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Nasional telah menonjolkan masalah utama bagi pembangunan perniagaan dan terus memperdalamkan pembaharuan bagi fungsi kerajaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, daripada penubuhan biro kelulusan pentadbiran yang pertama bagi Guangxi dan ketiga untuk negara kepada mewujudkan jenama perkhidmatan keibuan, berusaha untuk menawarkan kepada pelabur dan perusahaan dengan perkhidmatan optimum, sokongan terbaik dan keadaan terbaik.

Kelulusan pentadbiran yang pantas dan cekap: kami menawarkan 6 jenis perkhidmatan kelulusan yang disesuaikan, termasuk latihan dasar, kelulusan bersepadu, kelulusan satu rantaian, satu kunjungan lebih awal, perundingan permit utama dan perkhidmatan “seakan pekerja rencam”; peningkatan jendela “dasar sokongan kerajaan” kepada jendela “perkhidmatan pemenuhan dasar” untuk secara kolektif menangani perkara yang berkaitan dengan dasar dan memastikan pelaksanaan dasar-dasar keutamaan secara efektif bagi perusahaan; dan memajukan pelaksanaan bagi projek-projek dengan membolehkan “pembinaan secepat mungkin setelah memperoleh permit tanah”.

Tawarkan perkhidmatan yang bernas dan berkualiti: kami telah merumuskan “dasar perusahaan yang khusus”, insentif kewangan dan dasar-dasar sokongan untuk menggalakkan pembangunan berkualiti bagi industri itu. Menjelang akhir Ogos, 81 perusahaan kecil telah menerima sokongan kewangan bernilai lebih RMB60 juta, dan dana sokongan berjumlah RMB39.0264 juta telah diperuntukkan. Sesuai dengan mekanisme promosi projek “satu projek, satu pemimpin, satu pasukan, dan pemenuhan menyeluruh”, pemimpin bagi Jawatankuasa Kerja Parti dan Jawatankuasa Pengurusan telah membawa pasukan-pasukan untuk meninjau projek-projek besar di wilayah mereka dan menawarkan perkhidmatan di lokasi untuk menyelaras dan menangani kesukaran yang dihadapi semasa pembinaan projek dalam perancangan, pembiayaan dan pengambilan pekerja, agar dapat memudahkan kemajuan projek.

Menarik pelaburan di dalam satu cara yang pragmatik dan disasarkan: kami berhasrat untuk mengoptimum dan meningkatkan ekonomi taman, dan mempromosikan pembangunan bersepadu bagi industri maklumat elektronik, bioperubatan, dan di lapangan terbang. Melalui inovasi bagi dasar, platform dan perkhidmatan, kami secara efektif dapat mengurangkan kos pembangunan perusahaan dan halangan pembangunan mereka. National Nanning Economic & Technological Development Area Investment Service Co., Ltd. telah ditubuhkan untuk membina sebuah pasukan promosi pelaburan profesional.
 
“Kami akan terus mendorong inovasi dan memperdalamkan pembaharuan. Melalui tindakan khas ‘pembaikan persekitaran perniagaan’, kami berusaha untuk menyatukan pemikiran dengan lebih baik, menumpukan kekuatan, memperbaharui kelulusan, meningkatkan perkhidmatan kelulusan, dan memenuhi komitmen dasar dengan lebih pantas,” kata Li Tianhuan, pengarah bagi Biro Kelulusan Pentadbiran bagi Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Nasional.

Keyakinan bagi Perusahaan Penduduk Dipertingkatkan

“Perusahaan adalah pengadil terbaik bagi persekitaran perniagaan. Saya menghargai inisiatif untuk ‘mengembalikan kuasa kepada perusahaan’,” kata Wei Tianbao, Pengurus Besar bagi Huluwa Guangxi Weiwei Pharmaceutical Co., Ltd.

Terima kasih kepada sokongan Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Nasional, ia memerlukan Guangxi Weiwei Pharmaceutical Co., Ltd. hanya lebih dari satu tahun untuk lulus persijilan GNP dan dimasukkan ke dalam pengeluaran daripada permulaan. Wei Tianbao memberikan banyak pujian terhadap persekitaran perniagaan yang dikembangkan oleh Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Nasional, yang juga menganjurkan satu pertemuan khas dan berjaya menyiapkan semua bahan yang diperlukan oleh Kumpulan Huluwa untuk permohonan IPO mereka pada tahun ini dalam tempoh satu bulan. Terima kasih kepada sokongan yang hebat, Kumpulan Huluwa lulus dengan jayanya bagi semakan semula IPO itu.

“Seperti yang saya lihat, satu daripada kriteria penting untuk menilai persekitaran perniagaan adalah sama ada ia meningkatkan pembangunan bagi perusahaan penduduk. Dengan pendedahan penuh bagi manfaat daripada Projek Fasa I kami, kumpulan kami telah memutuskan untuk melaburkan RMB250 juta lagi untuk membina Projek Fasa II dan untuk menempatkan aset terbaik kami di sini: Pusat Pembuatan Cecair Pintar Huluwa. Justeru, tempat ini telah menjadi satu nod penting bagi susun atur strategi nasional kumpulan kami,” kata Wei Tianbao.

Menurut Lei Zhen, Pengurus Besar bagi Nanning Tengke Baodi Biotechnology Co., Ltd., “Penilaian itu akan pasti memperbaiki persekitaran perniagaan bagi Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Nasional dan meningkatkan keyakinan kami untuk mengembangkan lagi perniagaan kami di sini.”
 
Sumber: Jawatankuasa Pengurusan Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Nasional
 
Pautan Lampiran Imej:
 
Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=376576
 
Kapsyen: Hanya Perusahaan Boleh Menjadi Pengadil bagi Persekitaran Perniagaan -- Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Nasional memainkan kad terbaik mereka untuk mengoptimumkan persekitaran perniagaan

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2020 MREM . All rights reserved.