ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  NTT COM MENERIMA "ANUGERAH PENGENDALI: MERANGKUL AWAN" DI ANUGERAH TRANSFORMASI RANGKAIAN PADA KONGRES SEDUNIA LAYER123 2020

Wednesday 28/10/2020



Table

Anugerah Pengendali: Merangkul Awan (Grafik: Business Wire)


TOKYO, 28 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), perniagaan penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (TOKYO:9432), hari ini mengumumkan bahawa inisiatif berasaskan awan mereka baru-baru ini, termasuk platform natif awan untuk aplikasi baru muncul seperti AI, IoT dan 5G, telah menerima Anugerah Pengendali: Merangkul Awan dari program Anugerah Transformasi Rangkaian 2020¹ di Kongres Sedunia Layer123² 2020.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20201027006300/en/

NTT Com telah dianugerahkan bagi inisiatif termasuk satu platform pengkomputeran sisi yang akan menyediakan pendaman rendah, kos rendah, dan menjamin privasi yang diperlukan untuk teknologi termasuk AI, IoT dan 5G. Platform yang dibayangkan itu diharap dapat mempercepatkan 5G tempatan dan pengembangan ekosistem AIoT (gabungan AI dan IoT) untuk kegunaan lanjutan seperti kilang pintar.

Anugerah Transformasi Rangkaian itu mengiktiraf teknologi dan kepimpinan pemikiran luar biasa pada tahun ini di antara penyedia dan vendor telekomunikasi yang membantu untuk mempercepatkan transformasi rangkaian. Anugerah Pengendali: Merangkul Awan diberikan kepada penyedia telekomunikasi yang mengambil peranan utama di dalam membangunkan infrastruktur awan dan inisiatif awan lanjutan yang lain. Pemenang dipilih melalui satu proses penilaian yang teliti dan holistik oleh penganalisis dan pakar dari industri telekomunikasi global.

Didorong oleh evolusi teknologi awan dan WAN yang berterusan, sistem ICT korporat sedang mengalami satu perubahan paradigma kepada ICT hibrid, termasuk awan hibrid dan WAN hibrid. Juga, aplikasi IoT dan AI yang baru muncul, seperti kenderaan pandu sendiri dan kawalan jauh bagi jentera industri, akan memerlukan fungsi yang semakin maju untuk pemprosesan data berkelajuan tinggi hampir dengan tapak di mana data sebenarnya digunakan.

Untuk menyokong persekitaran ICT hibrid seperti itu, NTT Com juga sedang bersiap sedia untuk melancarkan Platform VxF yang diberi nama buat sementara waktu, yang akan menyokong fungsi untuk kawalan lalu lintas dan keselamatan. Secara berasingan, NTT Com telah melancarkan perkhidmatan Flexible InterConnect untuk saling bersambungan pada tahun 2019. Tambahan pula, NTT Com sedang membangunkan lokasi sisi ringan untuk pergerakan di tapak klien bagi memproses data, memformat data dan melakukan inferens AI secara tempatan. Melalui inisiatif itu, NTT Com sedang berusaha untuk menyampaikan pengkomputeran sisi dengan kependaman rendah, kos rendah dan privasi yang terjamin.

Melangkah ke hadapan, NTT Com akan terus membantu pelanggan mencapai transformasi digital dan memenuhi keperluan mereka yang luas untuk ICT hibrid.

Untuk maklumat lanjut mengenai anugerah NTT Com, sila layari di sini.

1 Untuk butiran, sila layari https://congress.layer123.com/event/c7ecb486-321f-4812-a554-4cfbd529a159/websitePage:f413b5ce-3881-49ca-adf5-270b96bf8b78
Layer123 adalah sebuah persatuan industri yang khusus untuk berkongsi teknologi transformasi rangkaian terbaharu dan amalan terbaik penganalisis. Untuk butiran lanjut, sila layari https://www.layer123.com/about-us

Maklumat mengenai NTT Communications
NTT Communications menyelesaikan cabaran teknologi dunia dengan membantu perusahaan mengatasi kerumitan dan risiko di dalam persekitaran ICT mereka dengan penyelesaian infrastruktur IT yang terurus. Penyelesaian ini disokong oleh infrastruktur kami di seluruh dunia, termasuk rangkaian awam dan persendirian peringkat 1 global yang terkemuka di dalam industri yang menjangkau ke lebih 190 buah negara/wilayah, dan lebih 500,000m2 kemudahan pusat data yang paling maju di dunia. Pasukan perkhidmatan profesional global kami menyediakan perundingan dan seni bina untuk daya ketahanan dan keselamatan yang diperlukan bagi kejayaan perniagaan anda, dan kemampuan berskala dan global kami tidak ada bandingannya. Digabungkan dengan NTT Ltd., NTT Data, NTT DOCOMO, kami adalah merupakan Kumpulan NTT.

www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT Com

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20201027006300/en/

Hubungi

Untuk maklumat lanjut
Yuichiro Wada, Wenyu Shen
Pusat Teknologi, Inovasi
NTT Communications
mgr-nwcore-td@ntt.com

Sumber : NTT Communications Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.