ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  FWD TAKAFUL MELANCARKAN #BUSINESSWITHASOUL

Wednesday 28/10/2020



Table

Mohd Hamzavi Md Zain, Pengarah & Pengasas Agensi Caliph Group, membimbing ketua agensinya tentang pendekatan mereka untuk mendidik komuniti B40 mengenai bagaimana takaful dapat membantu keluarga mereka menghadapi cabaran kewangan.


Pengendali Takaful bekerjasama dengan Caliph Group untuk meningkatkan kesedaran takaful di kalangan komuniti B40  
 

 
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- FWD Takaful Berhad (“FWD Takaful”) melalui kumpulan agensi terbesarnya, Caliph Consultancy Group Sdn Bhd (“Caliph Group”), telah melancarkan #BusinessWithASoul, sebuah kempen untuk meningkatkan kesedaran serta mendidik rakyat Malaysia, dengan fokus kepada komuniti B40, tentang kepentingan perlindungan takaful. 
 
FWD Takaful akan berkerjasama dengan Caliph Group melalui kempen ini yang akan menyaksikan ahli pasukan Caliph Group mengunjungi komuniti terpilih untuk memberi nasihat dan bimbingan secara percuma dan memperkenalkan mereka kepada FWD Kasih, produk mikro takaful yang direka khas untuk komuniti berpendapatan rendah. 
 
Wan Mohd Fadhlan Mohd Azmi, Ketua Pegawai Agensi berkata, “Kami sangat menyedari kebimbangan tentang keadaan kewangan yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia kini, terutamanya tahun ini yang cukup mencabar buat masyarakat kita. Kami gembira dapat bekerjasama dengan Caliph Group untuk inisiatif yang bermakna ini, dan berharap kami dapat membantu meringankan beban kewangan dalam komuniti dan mengubah pandangan orang ramai tentang Takaful.” 
 
Dengan kapasiti lebih daripada 1,500 ejen di lapan negeri, Caliph Group merupakan salah satu agensi Takaful Keluarga yang paling pesat berkembang di Malaysia dan telah memberikan perkhidmatan Takaful selama bertahun-tahun.  
 
Mohd Hamzavi Md Zain, Pengarah & Pengasas Agensi Caliph Group berkata, “Kami berbangga dapat bekerjasama dengan pengendali Takaful yang memperkasakan pelbagai segmen masyarakat dengan perlindungan Takaful melalui inovasi digital. FWD Kasih adalah berpatutan, mudah dan boleh membantu golongan berpendapatan rendah di waktu memerlukan. Oleh itu, kami akan menggerakkan ejen-ejen kami ke seluruh negara untuk membantu dan mendidik komuniti B40 bagaimana takaful dapat membantu keluarga-keluarga mereka mengatasi cabaran kewangan.”

Untuk memaksimumkan impak kempen ini, Caliph Group akan membuat pelbagai aktiviti seperti membuka booth nasihat percuma - secara fizikal dan secara maya - serta berpotensi bekerjasama dengan organisasi bukan kerajaan (NGO), selaras dengan matlamat jangka panjangnya untuk membina masyarakat yang berdaya tahan melalui jaminan kewangan.  
 
FWD Kasih menyediakan perlindungan kepada mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah sehingga RM5,000 sebulan, dimana jumlah dilindungi akan dibayar sepenuhnya jika berlaku kematian dan Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK), serta 200% daripada jumlah dilindungi jika kematian disebabkan kemalangan. Tambahan lagi, ia menyediakan manfaat Badal Haji atau derma kepada badan kebajikan sebanyak RM2,500 dan perbelanjaan pengebumian sebanyak RM3,000. 
 
Untuk mendapat sebutharga, layari fwd.com.my/direct/kasih. Secara alternatif, hubungi 1 300 13 7988 atau emel contact.my@fwd.com untuk maklumat lanjut. 


Mengenai FWD Takaful Berhad 

FWD Takaful Berhad (FWD Takaful) adalah pengendali Takaful di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan Takaful keluarga. FWD Takaful dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. 

Ia adalah unit perniagaan Takaful Kumpulan FWD (FWD) - perniagaan insurans daripada kumpulan pelaburan, Pacific Century Group - yang merentasi Hong Kong & Macau, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Vietnam, Jepun dan Malaysia; menawarkan insurans hayat dan perubatan, insurans am, perlindungan Takaful keluarga dan perlindungan pekerja merentasi beberapa pasarannya. 

Sejak tahun 2013, FWD telah menumpukan usaha untuk mencipta pengalaman pelanggan yang baru, dengan produk-produk yang mudah difahami, disokong oleh teknologi digital. Melalui pendekatan yang didorong oleh pelanggan ini, FWD akan mencapai visinya untuk menjadi peneraju insurans Asian yang mengubah pandangan terhadap insurans. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari fwd.com.my.

Untuk pertanyaan media, sila e-mel ke media.my@fwd.com.


SUMBER : FWD Takaful Berhad (FWD Takaful)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Arnee Ismail
Brand, PR & Communications, Marketing
Tel : (60) 3 2771 7776  /   (60) 19 663 3390
E-mel : arnee.ismail@fwd.com

Nama : Aslinda Aminuddin
PR & Communications, Marketing
Tel : (60) 3 2771 7784 / (60) 12 294 5805 
E-mel : aslinda.aminuddin@fwd.com 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.