ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  MARKETLEND: PLATFORM KREDIT PERDAGANGAN TERKEMUKA DI AUSTRALIA MEMPEROLEH KEMUDAHAN PEMBIAYAAN $100 JUTA

Wednesday 28/10/2020



SYDNEY, 28 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Marketlend, platform kredit perdagangan tempat pasaran terkemuka di Australia, terus cemerlang ketika ia baru-baru ini memperolehi satu kemudahan pembiayaan $100 juta yang baharu dengan Crayhill Capital Management LP, sebuah pengurus kredit dan pemberi pinjaman berasaskan aset persendirian yang berpangkalan di New York. Kemudahan baharu ini akan membantu dengan kecairan dan aliran tunai pengurusan kepada syarikat-syarikat global yang terjejas oleh pandemik COVID-19. Ia melengkapkan program pensekuritian kredit perdagangan Marketlend yang sedia ada, yang menawarkan pembiayaan kepada syarikat-syarikat yang terlibat di dalam perdagangan antarabangsa.

Marketlend telah meningkat dari setingkat ke setingkat, dengan dinilai pada AUD $175 juta dolar pada awal tahun ini dan seterusnya meningkatkan AUD $8.5 juta dolar dalam ekuiti untuk mengembangkan kesedaran dan pemasaran jenama. Sejak penubuhan syarikat itu telah mencapai jumlah pelabur yang mengagumkan sebanyak 760, dengan 873 kemudahan kredit perdagangan bernilai AUD $333 juta dolar.

Leo Tyndall telah mengasaskan Marketlend pada tahun 2014 untuk menangani ‘jurang pembiayaan perdagangan’ yang signifikan yang bernilai $1.5 trilion dolar di dalam pembiayaan perdagangan global sepertimana yang dikenal pasti oleh Dewan Perniagaan Antarabangsa. Pengalaman Leo di dalam industri perkhidmatan kewangan adalah sangat luas. Semasa bekerja sebagai seorang Pengamal Pasaran Modal di pasaran perkhidmatan kewangan, Leo menyedari bahawa PKS tidak diberi peluang pembiayaan yang sama rata atau berupaya untuk memperolehi perlindungan insurans yang setara dengan syarikat korporat. Marketlend menawarkan penyelesaian modal kerja kepada PKS dan menyediakan penyelesaian pembiayaan yang berinovatif dan fleksibel bagi pembeli dan penjual di dalam rantaian bekalan global. Marketlend juga dapat berunding dan melaksanakan pengaturan insurans bagi pihak PKS bagi membolehkan penyertaan pelaburan yang lebih besar di dalam peluang-peluang pembiayaan PKS ini. Kemudahan pembiayaan Crayhill menyokong perniagaan pinjaman belum terima perdagangan antarabangsa yang diinsuranskan oleh Marketlend di seluruh Asia, Timur Tengah dan Oceana.

“Setelah melihat jurang di dalam pasaran itu, kami menyedari perlunya bagi satu platform untuk menyampaikan kredit perdagangan kepada korporat perdagangan komoditi, PKS dan pelabur. Kami melihat bahawa pihak korporat dan PKS mempunyai modal kerja yang terkunci di dalam akaun mereka dan penyelesaian kami untuk membuka modal ini,” kata Leo Tyndall. “Baik di Australia dan di peringkat antarabangsa, kami berhasrat untuk menyediakan pilihan pembiayaan yang dapat menampung sokongan segera dan jangka panjang bagi perniagaan, terutamanya ketika pandemik COVID-19. Ini telah menjadi kritikal dalam pasaran antarabangsa sekarang memandangkan kami melihat bank, syarikat insurans kredit dan pemberi dana meninggalkan ruang komoditi, namun, kami tetap dibuka untuk perniagaan. Kami amat teruja kerana dapat bekerjasama dengan Crayhill Capital Management LP dan percaya kemudahan pembiayaan ini akan memberi faedah kepada banyak syarikat antarabangsa.”

Marketlend menyediakan pembiayaan rantaian bekalan, pembiayaan penghutang dan produk kredit kepada peminjam, dengan pusing ganti yang pantas dan kadar yang kompetitif. Syarikat itu menjamin setiap kemudahan kredit perdagangan sejak penubuhan dan menyampaikan pelaburan yang disertai oleh peningkatan perlindungan risiko kredit perdagangan secara individu.

Sebagai tambahan kepada keperluan untuk membuka modal kerja bagi PKS, produk terbaharu MarketLend UnLock, satu penyelesaian B2B Beli Sekarang Bayar Kemudian, adalah satu gerbang pembayaran yang membolehkan PKS meningkatkan kuasa pembelian mereka dengan pembekal dan telah melanjutkan jangka masa pembekalan sehingga 30, 60 atau 90 hari.

“Kami sedang membina pengiktirafan jenama untuk UnLock di pasaran dan berusaha untuk mewujudkan sebilangan besar pembekal. Apabila kami telah berjaya, kami akan melihat kepada satu IPO. Setelah mencapai objektif pertumbuhan domestik kami, ada potensi bagi  Marketlend untuk berada di dalam penyenaraian Bursa Sekuriti Australia pada tahun 2021 dan itu adalah satu prospek yang cukup menarik.” 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.marketlend.com.au dan https://unlockb2b.com/

Maklumat mengenai Marketlend:

Marketlend adalah platform kredit perdagangan tempat pasaran terkemuka di Australia, yang menawarkan penyelesaian modal kerja untuk PKS. Syarikat itu menyediakan pembiayaan rantaian bekalan, pembiayaan penghutang dan barisan kredit bagi produk kepada peminjam, dengan pusing balik yang pantas dan kadar yang kompetitif. Marketlend membiayai setiap kemudahan kredit perdagangan sejak penubuhan dan memberikan pelaburan yang disertai dengan peningkatan perlindungan risiko kredit perdagangan secara individu. Ditubuhkan pada tahun 2014, Marketlend komited untuk mewujudkan sebuah dunia perniagaan di mana halangan kepada ketelusan kewangan, kesaksamaan, pulangan tinggi dan kecekapan dihapuskan.

Maklumat mengenai UnLock:

UnLock adalah sebuah produk bagi Marketlend, satu penyelesaian pinjaman tempat Pasaran, yang menawarkan penyelesaian modal kerja untuk PKS. UnLock adalah satu penyelesaian B2B Beli Sekarang Bayar Kemudian. Ia adalah satu gerbang pembayaran baharu yang membolehkan PKS untuk meningkatkan kuasa pembelian mereka dengan lebih banyak modal kerja untuk berkembang. Pembekal boleh menawarkan gerbang pembayaran ini bagi membolehkan pembeli untuk menjelaskan pembayaran pendahuluan dan telah melanjutkan tempoh pembekalan sehingga 30, 60 atau 90 hari. 

Maklumat mengenai Crayhill:

Crayhill Capital Management LP adalah sebuah firma pengurusan aset alternatif yang berpangkalan di New York yang mengkhususkan diri dalam peluang-peluang kredit peribadi berasaskan aset. Firma itu telah dilancarkan pada Ogos 2015 dan didaftarkan dengan SEC Amerika Syarikat sebagai sebuah penasihat pelaburan. Crayhill berusaha untuk menyampaikan penyelesaian modal melalui struktur pembiayaan yang disesuaikan. Strategi pelaburan mereka yang berasaskan aset menggunakan kepakaran dan perhubungan sektor yang mendalam di seluruh pasaran kewangan berstruktur dan kewangan yang khusus. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.crayhill.com atau e-mel info@crayhill.com.
 
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20201027005472/en/ 


Hubungi

Untuk pertanyaan media atau temuramah dengan Leo Tyndall, Ketua Pegawai Eksekutif, Marketlend: Tim Harwood | Marketlend | timothy1@marketlend.com.au | 02 8006 6798

Sumber : Marketlend

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.