ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 16, 2024 -Selasa

 
  PEMBUKAAN SEMULA IBU PEJABAT DAN KAUNTER PPZ-MAIWP

Wednesday 28/10/2020



KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan membuka semula ibu pejabat dan 9 cawangan kaunter bermula 28 Oktober 2020 ini bagi memudahkan urusan pembayaran zakat setelah ditutup sementara waktu bagi melaksanakan kerja-kerja sanitasi. 

Untuk makluman, waktu operasi kaunter-kaunter PPZ-MAIWP adalah seperti biasa:
 
Isnin – Khamis       :   8.15 pagi – 4.45 petang
 
Jumaat                    :   8.15 pagi – 12.30 tengahari
                                     2.30 petang – 4.45 petang
 
Sabtu (minggu kedua, empat & lima)    :   8.15 pagi – 12.45 tengahari
 
Bagi memastikan keselamatan pembayar zakat dan kakitangan terjaga, PPZ-MAIWP akan mengambil langkah-langkah pencegahan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia, menjalankan proses saringan suhu badan dan menyediakan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) untuk pembayar zakat yang hadir di kaunter. Urusan bayaran zakat akan dibuat seperti biasa (akad dan doa) tetapi petugas-petugas kaunter tidak berjabat tangan ketika menerima bayaran zakat bagi mengelakkan sebarang kontak rapat.
 
Pembayar zakat juga boleh memilih transaksi dalam talian iaitu www.zakat.com.my atau perbankan internet bagi urusan bayaran zakat. Jika ada sebarang kemusykilan atau permasalahan berkaitan zakat, para pelanggan boleh hubungi talian zakat di 1300 88 5757 atau email di info@zakat.com.my.
 
Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT agar dapat memutuskan rangkaian COVID-19 ini.

AHMAD SHUKRI YUSOFF
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PUSAT PUNGUTAN ZAKAT - MAIWP
Pusat Pungutan Zakat - MAIWP

27 Oktober 2020 

SUMBER: Pusat Pungutan Zakat - MAIWP

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Norazlina Nordin
Pengurus
Unit Komunikasi Korporat
PPZ-MAIWP
Tel: 019 – 728 3839

Nama: Fatin Aqilah Zulkefli
Eksekutif
Unit Komunikasi Korporat
PPZ-MAIWP
Tel: 017 - 393 5432

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.