ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  TOSHIBA MENGUMUMKAN MODEL HDD BERKAPASITI PERUSAHAAN 4TB, 6TB DAN 8TB YANG DIKEMAS KINI

Tuesday 27/10/2020



Table
Toshiba: HDD Siri MG08-D direka untuk pelbagai aplikasi yang kritikal untuk perniagaan. (Foto: Business Wire)

Siri MG08-D itu memberikan kebolehpercayaan dan kecekapan kuasa kepada beban kerja aplikasi kritikal untuk perusahaan dan perniagaan 


TOKYO, 27 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) mengumumkan bahawa Toshiba HDD Siri MG08-D, yang direka untuk pelbagai aplikasi yang kritikal untuk perniagaan, seperti e-mel dan CRM (Pengurusan Sumber Pelanggan), analisis data bagi kecerdasan perniagaan, pelayan perniagaan kecil-sederhana, dan pengekalan data dan pengarkiban pematuhan. 

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20201026005947/en/  

Reka bentuk mekanikal udara generasi ke-7 Toshiba memberikan kecekapan kuasa yang lebih baik dan kiraan komponen yang lebih rendah untuk memberikan jumlah kos pemilikan yang lebih baik berbanding dengan model generasi sebelumnya. Siri baharu ini mempunyai model 4TB, 6TB dan 8TB, di kedua-dua antara muka SATA dan SAS. Model 4TB1 baharu itu boleh didapati dalam model sektor 512e, 4Kn dan 512n, dan model 6TB dan 8TB boleh didapati dalam model sektor 512e dan 4Kn, yang menjamin saling kendali pasang dan pakai untuk aplikasi yang menggunakan model 4TB sebelum ini.

“Siri MG08-D baharu Toshiba menyampaikan tahap kebolehpercayaan dan kecekapan kuasa baharu kepada pelayan dan platform penyimpanan yang kritikal untuk perusahaan dan perniagaan,” kata Shuji Takaoka, Pengurus Besar bagi Bahagian Jualan & Pemasaran Produk Penyimpanan di Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation. “Reka bentuk mekanikal konvensional generasi ke-7 Toshiba menggunakan teknologi Rakaman Magnetik Konvensional untuk menyampaikan serba boleh pasang dan pakai yang serasi dengan rangkaian aplikasi dan persekitaran sistem kendalian yang paling luas.”

Siri MG08-D itu menyediakan banyak ciri-ciri standard industri, termasuk prestasi 7200rpm, sebuah faktor bentuk 3.5-inci2, pilihan SATA 6Gbit/s atau 12Gbit/s Antara Muka3 SAS, dan penilaian beban kerja4 550TB setahun. Berbanding dengan model terkini Toshiba dengan model 4-6-8TB, model 4TB yang baharu itu mencapai pelbagai kelebihan daripada kemajuan teknologi generasi MG08. Sebagai contoh, jika dibandingkan dengan model5 sebelumnya, 4TB yang baharu itu memberikan kelajuan pemindahan berkekalan maksimum 23% lebih baik bagi 243MiB/s dan menggandakan saiz penimbal cache kepada 256MiB. Ia juga meningkatkan spesifikasi kebolehpercayaan yang dikira dari 1.4 juta jam MTTF (AFR 0.63%) kepada 2.0 juta jam MTTF (AFR 0.43%)6, dan mengurangkan penggunaan kuasa lahu aktif kepada 4.07W. MTTF 2.0 juta jam juga disokong untuk model Siri MG08-D 6TB dan 8TB yang baharu itu.

Model Toshiba Siri MG08-D 4TB, 6TB dan 8TB dijangka tersedia secara umum pada 1CQ 2021.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/storage/product/data-center-enterprise/enterprise-capacity/articles/mg08-d-series.html

Untuk maklumat lanjut mengenai produk penyimpanan barisan penuh HHD Toshiba, sila layari : https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/storage.html 

1 Definisi bagi kapasiti: Satu terabait (TB) = satu trilion bait, tetapi kapasiti penyimpanan sebenarnya yang tersedia mungkin berbeza-beza bergantung kepada persekitaran operasi dan pemformatan. Kapasiti penyimpanan yang tersedia (termasuk contoh bagi pelbagai fail media) akan berubah berdasarkan kepada saiz fail, pemformatan, penetapan, perisian dan sistem kendalian dan/atau aplikasi perisian yang telah dipasang sebelumnya, atau kandungan media. Kapasiti sebenar yang diformat mungkin berbeza.
2 “3.5 inci” merujuk kepada sebuah faktor bentuk HDD. Ia tidak menunjukkan saiz fizikal pemacu.
3 Kelajuan membaca dan menulis mungkin berbeza-beza bergantung kepada peranti hos, keadaan membaca dan menulis, dan saiz fail.
4 Beban kerja adalah satu ukuran bagi data sepanjang tahun, dan ia didefinisikan sebagai jumlah data yang ditulis, dibaca atau disahkan oleh arahan daripada sistem hos.
5 Perbandingan dengan MG08ADA400E baharu itu (SATA 512e) dan MG04ACA400E generasi sebelumnya (SATA 512e).
6 MTTF (Masa Min kepada Kegagalan) dan AFR (Kadar Kegagalan Tahunan) mengandaikan kuasa 8760 jam/tahun pada jam (24 jam sehari, 7 hari seminggu), sehingga jumlah pemindahan data hingga 550TB/tahun, dan purata suhu permukaan HDA 40°C atau lebih rendah. Penggunaan dalam kes suhu permukaan HDA melebihi 40°C boleh merosakkan kebolehpercayaan produk dan mengurangkan tempoh waranti.

Pertanyaan Produk:

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Bahagian Produk Penyimpanan
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html 

*Maklumat di dalam siaran media ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan bagi perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah terkini dan diyakini adalah tepat pada tarikh pengumuman itu, tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
*Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
 
Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, syarikat itu telah mengambil tempatnya di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan mereka di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.
 
Seramai 24,000 orang pekerja mereka di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk mereka, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Syarikat itu berharap untuk membina di atas jualan tahunan sekarang yang melebihi 750 bilion yen (AS$6.8 bilion) dan untuk menyumbang kepada suatu masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html 

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20201026005947/en/ 

Hubungi

Pertanyaan Media:
Chiaki Nagasawa
Jabatan Pemasaran Digital
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp 

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.