ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  LEDDARTECH MENGUMUMKAN PENYERTAAN DI TIGA ACARA DIGITAL UTAMA YANG BERFOKUS PADA ADAS DAN AD DALAM BULAN NOVEMBER 2020

Tuesday 27/10/2020



QUEBEC CITY, Quebec, 27 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju dalam teknologi penderiaan ADAS dan AD Tahap 1-5, berbesar hati untuk membuat pembentangan dan mempamerkan pelbagai penyelesaian untuk pelanggan automotif dan mobiliti di beberapa acara digital global pada bulan November 2020. LeddarTech telah menyertai dan membuat pembentangan di lebih daripada 20 acara industri setakat ini pada tahun 2020 dan tidak sabar untuk bertemu dan berinteraksi dengan banyak peneraju industri dalam acara seterusnya ini.

“Kami menanti-nantikan kesinambungan strategi kami untuk berhubung dengan pelanggan kami dan organisasi lain melalui acara digital ini,” kata Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi Global. “Acara akan datang ini pasti akan sangat menarik. Pembentangan daripada pengucap LeddarTech kami akan memberikan wawasan yang menarik terhadap topik yang terdiri daripada pengenalan kenderaan ulang-alik berautonomi dalam persekitaran bandar sehinggalah konsep yang berkaitan dengan pelbagai modaliti penderia, penggabungan penderia dan persepsi untuk mendayakan kenderaan berautonomi kepada peranan teknologi pergabungan penderia mentah. Saya mengundang anda untuk mendaftar diri bagi acara-acara ini dan memanfaatkan semua pengucap yang akan membuat pembentangan di acara-acara ini,” simpul Mr. Aitken.

Autonomous Vehicles Online – Acara Digital Percuma

Acara ini akan memberikan wawasan terhadap aliran masa hadapan yang akan membentuk industri kereta pandu sendiri dan menawarkan peluang kepada hadirin untuk meningkatkan pengetahuan tentang cabaran keselamatan dan perlindungan serta berhubung dengan rakan-rakan profesional yang membangunkan teknologi pandu sendiri generasi seterusnya.

Pembentangan LeddarTech: 4 November, 2020 – 10:00 a.m. EST

Pembentang: Pierre Olivier, Ketua Pegawai Teknologi di LeddarTech

Topik: Sensing Modalities, Sensor Fusion, and Perception for Automated Driving

Daftar secara percuma: https://www.automotive-iq.com/events-autonomous-vehicles-online-november/

Smart Cities Experience – Acara Digital

Dianggap sebagai lebih daripada sekadar persidangan dalam talian, Smart Cities Experience ialah acara komuniti e-pembelajaran yang akan memberikan pemimpin sivik pengetahuan yang diperlukan untuk mengkonsepsikan dan merancang pelaksanaan projek Smart City. Presiden LeddarTech dan COO Frantz Saintellemy akan membentangkan: Electric and Autonomous Shuttles, An Ecological and Economical Solution for Cities and Municipalities yang akan meneliti kes untuk pengangkutan ulang-alik berautonomi di bandar dan kawasan perbandaran. Pembentangan ini akan dibuat dalam bahasa Perancis.

Masa pembentangan LeddarTech: 5 November, 2020 – 3:10 p.m. EST

Pembentang: Frantz Saintellemy, Presiden dan COO di LeddarTech

Topik: Electric and Autonomous Shuttles, An Ecological and Economical Solution for Cities and Municipalities

Daftar: https://www.eventbrite.com/o/smart-city-experience-27683031179

Persidangan & Pameran AutoSens – Acara Digital

Tahun ini, 500 jurutera dan ahli teknologi menyertai AutoSens untuk membincangkan subjek seperti pembelajaran mendalam, pergabungan penderia, pemantauan dalam kabin dan pembangunan dalam radar, LiDAR dan terma. Hadirin akan menghargai cara cabaran kualiti imej dan AEB sedang ditangani dan cara ini memberikan impak terhadap keselamatan kenderaan berautonomi. Persidangann ini akan menampilkan pembentangan daripada pakar di Siemens, FCA, GM, Woodside Capital Partners, Mercedes-Benz, NVIDIA, Cruise, Pony.ai, Mitsubishi, Zoox, Zenuity, EY Americas, GRIMM, dan banyak lagi, serta pakar akademik dari Carnegie Mellon University, Rochester Institute of Technology, dan Mississippi State University.

Pembentangan LeddarTech: 18 November, 2020 – 11:00 a.m. EST

Pembentang: Ronny Cohen, Pengarah Kanan – Pusat Penyelidikan & Pembangunan Pergabungan Penderia dan Platform LeddarTech

Topik: Raw Sensor Fusion: Creating a Robust Environmental Model to Address Functional Safety and Enable Autonomous Driving

Daftar: https://auto-sens.com/registration/

Untuk senarai penuh acara secara bersemuka dan maya yang akan datang, sila lawati halaman acara kami, https://leddartech.com/events

Perihal LeddarTech

LeddarTech ialah peneraju dalam platform penderiaan persekitaran untuk kenderaan berautonomi dan sistem bantuan pemandu lanjutan. Diasaskan pada tahun 2007, LeddarTech telah berubah menjadi syarikat penderiaan persekitaran hujung ke hujung yang menyeluruh dengan membolehkan pelanggan menyelesaikan cabaran penderiaan dan presepsi kritikal merentasi seluruh rantai nilai bagi segmen pasaran automotif dan mobiliti. Dengan platform pergabungan penderia dan persepsi LeddarVision™ dan penyelesaian pembangunan LiDAR yang mesra kos, boleh skala, dan serba boleh miliknya untuk LiDAR berkeadaan pepejal bergred automotif berdasarkan LeddarEngine™, LeddarTech membolehkan penyepadu sistem automotif Peringkat 1-2 untuk membangunkan penyelesaian penderiaa tindanan penuh untuk autonomi Tahap 1 hingga 5. Penyelesaian ini dikerahkan secara aktif dalam penggunaan kenderaan ulang-alik, trak, bas, kenderaan penghantaran, bandar/kilang pintar dan roboteksi berautonomi. Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh automotif dan mobiliti yang canggih, dengan lebih 95 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan ADAS dan keupayaan memandu berautonomi.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.leddartech.com dan pada LinkedInTwitterFacebook, dan YouTube.

Maklumat Hubungan:

Daniel Aitken, Naib Presiden, Pemasaran dan Komunikasi Korporat Global,
LeddarTech Inc.
Tel.: + 1-418-653-9000 samb. 232
daniel.aitken@leddartech.com

Leddar, LeddarTech, LeddarEngine, LeddarVision, LeddarSP, LeddarCore, VAYADrive, VayaVision, dan logo berkaitan ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. dan subsidiarinya. Semua jenama, nama produk dan tanda lain ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing.

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di: 
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/1550953c-ae44-49e5-8d7a-6e28e77b47b3

SUMBER: LeddarTech inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.