ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  WASPADA SINDIKET PENIPUAN MENGGUNAKAN LOGO LHDNM

Tuesday 27/10/2020



KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sindiket penipuan yang aktif menggunakan logo LHDNM bagi mengaut keuntungan dengan memperdayakan mangsa.
 
Modus operandi terbaru sindiket adalah dengan memaklumkan mangsa mempunyai cukai tertunggak daripada pelaburan melalui surat yang mengandungi logo LHDNM dan menggunakan nama salah sebuah agensi kerajaan lain seperti berikut:- 

sila klik di sini untuk lampiran

Sehubungan itu, orang ramai dipohon agar sentiasa berhati-hati dengan setiap panggilan, e-mel mahupun surat yang meragukan dan sila lakukan pengesahan dengan LHDNM serta agensi kerajaan yang berkaitan terlebih dahulu.
 
Sebarang pertanyaan dan maklum balas mengenai perkara ini boleh dibuat secara dalam talian melalui saluran berikut:

a) HASiL Live Chat;

b) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; dan

c) Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu:

• Facebook - https://www.facebook.com/LHDNM

• Twitter - https://twitter.com/LHDNMofficial  


Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tarikh: 27 Oktober 2020

 
SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tel : 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21695/21674/21663
Faks : 03-8313 7873
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.