ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  NTTVC SECARA TERBUKA MENGUMUMKAN DANA $500 JUTA YANG DIWUJUDKAN DALAM PERKONGSIAN DENGAN NTT

Tuesday 27/10/2020



NTTVC Founding Partner Vab Goel and Partner Fay Hazaveh Costa (Photo: Business Wire)
Rakan Pengasas NTTVC Vab Goel dan Rakan Fay Hazaveh Costa (Foto: Business Wire)

 
Pemodal teroka dan usahawan Vab Goel menubuhkan firma itu untuk membantu syarikat permulaan meningkat dengan pantas dari konsep kepada relevansi global

Lima pelaburan pertama sedang memacukan masa depan perusahaan dan kesihatan digital

PALO ALTO, Calif., 27 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTTVC hari ini secara terbuka mengumumkan dana $500 juta mereka untuk membantu syarikat permulaan mencapai skala global yang pesat dengan memanfaatkan kuasa perkongsian. Firma modal teroka persendirian itu telah diasaskan oleh usahawan dan pelabur Vab Goel dalam kerjasama dengan penyedia perkhidmatan teknologi global NTT. Firma itu juga mengumumkan pelaburan dalam lima syarikat permulaan yang menyampaikan inovasi yang memberi kesan untuk perniagaan dan pengguna: CelonaEkonferenceShoreline dan UDP Labs.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20201026005262/en/
 
NTTVC melabur secara meluas merentasi semua peringkat dan sektor, dengan satu penekanan kepada masa depan perusahaan, kesihatan digital dan inovasi yang dijanakan oleh AI, pembelajaran mesin dan data. Dengan menggabungkan perhubungan mendalam bagi pasukan pelaburan mereka dengan jangkauan NTT, firma itu menawarkan akses kepada satu rangkaian pakar industri yang teguh, pelanggan, usahawan, pemimpin perniagaan, penyepadu sistem dan penyedia perkhidmatan yang dapat membantu syarikat permulaan  membuat keputusan yang lebih baik, dan lebih cepat.

NTT adalah di antara lima penyedia perkhidmatan teknologi global teratas yang bernilai $109 bilion, yang memberi perkhidmatan kepada 75 juta pelanggan mudah alih, 3 juta perniagaan dan 120,000 pelanggan perusahaan dengan kehadiran tempatan di lebih 80 buah negara. Syarikat itu mempunyai sejarah yang lama dalam mengambil syarikat permulaan dan membantu mereka mencapai skala global. Dengan bekerjasama dengan Goel untuk membentuk sebuah dana modal teroka yang dipacukan oleh pulangan, NTT memperluaskan komitmen mereka untuk membina perhubungan jangka panjang dalam ekosistem keusahawanan. Seterusnya, syarikat-syarikat portfolio NTTVC mempunyai pilihan dan peluang untuk menjual kepada, melalui dan dengan NTT untuk membantu menskalakan perniagaan mereka.

“Misi kami adalah untuk menggunakan teknologi demi kebaikan untuk menyelesaikan cabaran sosial bagi orang ramai, pelanggan dan komuniti,” kata Jun Sawada, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi NTT Corporation. “Kami sentiasa percaya bahawa ekosistem permulaan adalah sangat penting untuk menyampaikan janji itu, itulah sebabnya kami telah memilih untuk bergandingan dengan NTTVC bagi mendorong generasi teknologi perubahan dunia yang akan datang.”

Secara kolektif, pasukan NTTVC telah mengasaskan, menasihati, menskalakan dan melabur di dalam lebih satu ratus syarikat permulaan. Dorongan mereka untuk menyokong usahawan berpunca daripada pengalaman langsung mereka sebagai pengasas dan pemodal teroka. Sebelum mengasaskan NTTVC, Goel adalah seorang Rakan di Norwest Venture Partners selama 19 tahun dan membantu membina banyak asas teknologi bagi Internet masa kini sebagai seorang usahawan, pemodal teroka dan ahli teknologi. Rakan Fay Hazaveh Costa bekerjasama rapat dengan Goel di Norwest Venture Partners dan sebelum itu telah membantu melancarkan kumpulan teroka Hewlett Packard Enterprise. Mike Koenig, Rakan Pembangunan Portfolio, adalah seorang pemimpin jualan dan pengembangan perniagaan berpengalaman yang merupakan seorang eksekutif awal di dua syarikat permulaan yang disokong oleh Goel. Koenig menyokong syarikat-syarikat portfolio NTTVC melalui hubungan yang berpengaruh dengan rangkaian firma itu.

“Kami masih dalam peringkat awal bagi sebuah transformasi digital yang mempengaruhi setiap industri dan mewujudkan peluang-peluang yang belum pernah terjadi sebelum ini bagi syarikat permulaan,” kata Vab Goel. “Kami bersemangat untuk bekerjasama dengan usahawan melalui setiap fasa bagi perjalanan mereka untuk membina syarikat-syarikat yang memberi impak.”

“NTTVC menawarkan kepada usahawan dengan yang terbaik dari kedua-dua buah dunia: satu model pelaburan bebas dan tangkas dan ditambah dengan akses yang unik kepada rangkaian global kami,” kata Fay Hazaveh Costa. “Kombinasi yang mantap ini memberikan satu kelebihan daya saing yang sebenarnya kepada syarikat permulaan dalam meningkat dan merealisasikan visi mereka.”

Untuk maklumat lanjut, sila baca catatan blog firma itu dan layari nttvc.com.

Maklumat mengenai NTTVC

NTTVC adalah sebuah firma modal teroka persendirian yang dibentuk dengan kerjasama NTT. Dengan memanfaatkan strategi yang memberi tumpuan kepada satu perkongsian yang unik dan jaringan industri yang mendalam, NTTVC membuka ruang kepada perhubungan yang dapat membantu syarikat permulaan mencapai skala global. Dengan dana permulaan mereka sebanyak $500 Juta, firma itu melabur secara meluas di dalam permulaan teknologi dari semua peringkat dan sektor, dengan satu penekanan kepada masa depan perusahaan, kesihatan digital dan inovasi yang dijanakan oleh AI, pembelajaran mesin dan data. NTTVC beribu pejabat di Lembah Silikon. Ketahui maklumat lanjut di nttvc.com.


Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20201026005262/en/

Hubungi

Marisa Lam
GMK Communications bagi pihak NTTVC
marisa@gmkcommunications.com
650.544.3350

Sumber : NTTVC

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.