ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  PUSAT BELI-BELAH TOPPEN BINA JEJANTAS DAN PERKENALKAN JENAMA BAHARU

Monday 26/10/2020



JOHOR BAHRU, 26 Okt (Bernama-PRNewswire) -- Pusat Beli-Belah Toppen telah mengumumkan perancangannya untuk membina jejantas baharu yang akan menghubungkan Toppen dengan kawasan peruncitan berdekatan bagi memberikan kesenangan kepada semua pengunjung. Jejantas 86 meter yang dibina merentasi Persiaran Bandar Desa Tebrau ini akan membolehkan komuniti untuk bergerak dengan selamat dan mudah di antara Toppen dan AEON Tebrau.

Laluan Pejalan Kaki Untuk Merapatkan Jarak Fizikal

Majlis Bandaraya Johor Bahru telah memberikan kelulusan awal untuk membina jejantas yang akan menghubungkan hentian bas di Toppen kepada kawasan parkir luar AEON. Pembinaan jejantas telah dimulakan pada awal Ogos dan dijangka akan siap sepenuhnya pada Januari 2021. Jejantas berbumbung ini akan memudahkan pengguna dan pekerja dan memberi alternatif yang selamat untuk melintasi jalan raya yang sibuk.

"Hampir setahun Pusat Beli-Belah Toppen dibuka, kami masih komited dengan visi kami untuk menjadikan Toppen sebagai nadi dan hab komuniti di Johor Bahru. Kami sentiasa mencari idea baharu bagi menambahbaik akses di dalam dan sekitar pusat kami, termasuk di Tebrau secara keseluruhannya," kata Joakim Hogsander, Pengurus Besar Pusat Beli-Belah Toppen. ''Dengan jumlah pengunjung dan penduduk yang tinggi di kawasan ini, kami menjangkakan jejantas ini akan memanfaatkan seluruh komuniti semasa berkunjung ke Toppen, IKEA Tebrau, AEON atau melintasi ke lokasi sebelahan. Ini adalalah inisiatif yang kami sumbangkan dan kami berharap ia dapat memberikan kemudahan kepada komuniti sebagai kemudahan awam demi masa depan yang lebih sihat dan selamat."

Memperkenalkan Pilihan Jenama Baharu Di Bawah Satu Bumbung "Topp"

Meskipun Malaysia menghadapi cabaran ekonomi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Toppen terus mengalu-alukan kemasukan sebanyak 13 penyewa tempatan dan bebas untuk menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan dalam bidang Kecantikan & Kesihatan, Fesyen, Makanan & Minuman (F&B), Perabot & Isi Rumah, Barangan Elektrik & Digital dan juga beberapa perkhidmatan baharu. Jenama baharu tersebut terdiri daripada D'Natural, O'Care, Top Secret, Historia Hair Salon, Shoe City, Prestar Jeans, TW Shoes Station, JIRE, SAY CHIZU Hokkaido Cheese Toast, MyeongDong Topokki, My Digital Lock, Segi Ganjaran Money Changer dan ONEXOX.

Pada bulan September, Toppen telah memperkenalkan ruang Kecantikan & Kesihatan yang dikenali sebagai Beauty Storiesby Toppen. Kawasan ini telah direka suai untuk menempatkan banyak pilihan jenama kesihatan dan kecantikan yang menawarkan produk kecantikan, produk penjagaan kulit dan kuku dan juga produk kesihatan.

"Sebagai pusat beli-belah yang dimiliki Ikano, kami sentiasa berusaha untuk menjadi pusat beli-belah yang lain daripada runcit tradisional dan seterusnya mencipta ruang perjumpaan untuk semua. Hakikatnya, kami pasti bahawa orang ramai mahu mengunjungi tempat yang selamat dan penuh inspirasi untuk membeli-belah, menjamu selera, melepak bersama kawan, bermain dengan anak-anak dan menyempurnakan keperluan harian. Kami amat bersyukur kerana mendapat sokongan sekumpulan rakan niaga yang terus meyakini kami dan melihat pelbagai peluang untuk membina perniagaan mereka di Toppen. Dengan setiap pembukaan ruang niaga baru, bukan sahaja ia dapat memenuhi keperluan komuniti kami, tetapi peluang pekerjaan juga diwujudkan untuk rakyat Malaysia – dan ini adalah sesuatu yang berbaloi dilakukan," kata Arnoud Bakker, Ketua Sewaan, Ikano Centres.

Dengan pertambahan rakan niaga kami, 92% dari 1.2 juta kaki persegi ruang perniagaan ini telah disewakan dan telah melengkapi daya tarikan sedia ada seperti IKEA Tebrau, TGV Cinemas, B.I.G Supermarket dan Harvey Norman.
 
CONTACT: Ms Eugenie Lim. email: lime@ruderfinnasia.com . telephone : 016 387084

SUMBER: Toppen Shopping Centre

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.