ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  MOHON SEGERA GERAN KHAS PRIHATIN (GKP) 2.0

Monday 26/10/2020



KUALA LUMPUR, Okt 26 (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin mengingatkan peniaga- peniaga mikro yang layak dan masih belum menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) agar membuat permohonan segera selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2020. Permohonan bantuan Kerajaan secara one-off berjumlah RM3,000 ini boleh dibuat secara dalam talian di https://gkp.hasil.gov.my/.

Seperti sedia maklum, GKP telah diperkenalkan oleh Kerajaan di bawah pakej PRIHATIN PKS Tambahan untuk membantu peniaga - peniaga mikro yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19. Permohonan GKP sebelum ini telah memanfaatkan 545 ribu peniaga mikro seluruh negara dengan nilai sebanyak RM1.63 bilion.

Di bawah Kerangka Inisiatif Tambahan Khas, KITA PRIHATIN, Kerajaan telah bersetuju untuk membuka semula permohonan GKP mulai 1 Oktober hingga 31 Oktober 2020 dan bayaran dijangka akan dibuat mulai 25 November 2020. Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai 15 November 2020.

Layari portal GKP di https://gkp.hasil.gov.my/ untuk muat turun syarat-syarat permohonan dan Soalan Lazim (FAQ) berkaitan bantuan khas ini.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh diajukan kepada LHDNM melalui:

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);

b) HASiL Live Chat; dan

c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas

https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tarikh: 26 Oktober 2020

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel: 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21695/21674/21663
Faks: 03-8313 7873
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.