ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 18, 2024 -Khamis

 
  TARIKH AKHIR PENGEMUKAAN BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN BAGI SYARIKAT, KOPERASI, PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD, BADAN AMANAH DAN PETROLEUM

Monday 26/10/2020



KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) untuk tahun taksiran 2019 dan 2020 bagi pembayar cukai kategori Syarikat, Koperasi, Perkongsian Liabiliti Terhad, Badan Amanah dan Petroleum adalah kekal seperti yang termaktub dalam Program Memfail Borang Nyata Tahun 2020 (Pindaan 3/2020).
 
Program Memfail Borang Nyata Tahun 2020 (Pindaan 3/2020) tersebut telah dikemaskini pada 28 April 2020 dengan turut mengambilkira kesan penularan wabak COVID-19 terhadap operasi perniagaan pembayar cukai dan semua penyedia perkhidmatan percukaian profesional (Ejen Cukai), di mana tambahan masa untuk mengemukaan BNCP selama dua dan tiga bulan telah diberikan secara automatik kepada kategori pembayar cukai yang layak.
 
Program Memfail Borang Nyata Tahun 2020 (Pindaan 3/2020) tersebut boleh diakses dan dimuat turun dari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my  atau melalui pautan pantas berikut:
 
http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2020_Pin.3_1.pdf
 
 
Sungguhpun begitu, bagi pembayar cukai yang tidak dapat mengemukakan BNCP dalam tempoh yang telah ditetapkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (TEMCO),  permohonan lanjutan masa tambahan boleh dikemukakan kepada LHDNM. Permohonan tersebut hendaklah dibuat secara bertulis dan dialamatkan terus kepada Cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai mereka. Setiap permohonan yang diterima akan diteliti berdasarkan merit kes dan keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon.
 
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh diajukan kepada LHDNM melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.
 
Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel: 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21695/21674/21663
Faks: 03-8313 7873
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
 
Tarikh: 24 Oktober 2020 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.