ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 16, 2024 -Selasa

 
  PAMERAN TEKNOLOGI TINGGI PERTANIAN YANGLING CHINA (CAF) KE-27 AKAN DIADAKAN DI WILAYAH SHAANXI DARI 22 HINGGA 26 OKT.

Wednesday 21/10/2020

AsiaNet 86206

Table

Kawasan Pameran bagi Pameran Teknologi Tinggi Pertanian Yangling China


YANGLING, China, 21 Okt., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

Seringkali dirujuk sebagai Bandar raya Pertanian China, Yangling adalah merupakan yang pertama di China yang diisytiharkan sebagai sebuah zon demonstrasi industri berteknologi tinggi pertanian kebangsaan. CAF ke-27 akan diadakan di sini antara 22 dan 26 Okt.
 
Pertama kali diadakan pada tahun 1994, CAF menyediakan sebuah platform untuk mempamerkan pencapaian terkini di dalam sains dan teknologi pertanian, dan juga sebuah jendela bagi kalangan profesional pertanian dari seluruh dunia untuk terlibat di dalam pertukaran dan kerjasama.

Dengan bertemakan ‘Inovasi Mengetuai Pembangunan Berkualiti Tinggi’, kawasan pameran itu akan mencakupi seluas 160,000 meter persegi dan akan mempunyai 2,000 petak pameran. Acara itu akan menampilkan lebih 40 pameran khas termasuk Pameran Pertanian Shanghai Cooperation Organisation (SCO), Pameran Teknologi Tinggi Pertanian, dan Pameran Industri Benih Antarabangsa. Duta besar China di Kyrgyzstan, Uzbekistan dan negara-negara lain, dan ketua-ketua bagi Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Pertubuhan Kerjasama Shanghai dan organisasi antarabangsa lain di China akan menghadiri pameran tersebut. Wakil syarikat yang berpangkalan di China dari 29 buah negara, sebagai contoh Jerman dan Switzerland, antara lain, akan juga hadir.

Sebagai tindak balas terhadap langkah-langkah pencegahan dan kawalan COVID-19, jawatankuasa penganjur itu telah membangunkan pameran pertanian digital dalam talian yang pertama di China dengan platform CLOUD OF CAF, yang membolehkan penyatuan bagi pameran luar talian dan dalam talian. Dengan aplikasi CLOUD OF CAF, orang ramai dapat menyaksikan acara ini secara dalam talian tanpa perlu meninggalkan rumah atau pejabat mereka, dan dapat mengambil bahagian di dalam pelbagai aktiviti seperti perundingan dan pelaksanaan kontrak berasaskan aplikasi, dan penstriman langsung persidangan.

Hasil daripada pendekatan terbuka dan inklusif China dan usaha mereka bagi kerjasama sama menang, pertukaran dan kerjasama pertanian di antara China dan negara-negara lain semakin mantap, sehingga memudahkan perkembangan pertanian di dalam konteks pengukuhan penyatuan serantau.

Sejak tahun 2014, Yangling telah terlibat secara aktif di dalam pengembangan sains dan teknologi pertanian di seluruh dunia dengan penyampaian beberapa program latihan kepada organisasi pengurusan pertanian. Sebagai contoh, bandar raya itu telah mengadakan lapan bengkel bagi negara anggota SCO, yang merangkumi pelbagai topik daripada teknik pertanian moden, pengairan pemuliharaan air, dan penanaman dan pembiakan, dengan menarik penyertaan hampir 200 peserta.

Sehingga kini, Yangling telah menjalin hubungan kerjasama di dalam bidang pertanian moden dengan lebih 60 buah negara, dan telah menandatangani perjanjian untuk memperkukuhkan kerjasama pertanian dengan jabatan-jabatan kerajaan di lebih 20 buah negara, dengan yang terakhir dengan Kementerian Pertanian bagi Republik Kazakhstan.
 
Sumber: Jawatankuasa Penganjur bagi Pameran Teknologi Tinggi Pertanian Yangling China
 
Pautan Lampiran Imej:
     Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=374604
 
  Kapsyen: Kawasan Pameran bagi Pameran Teknologi Tinggi Pertanian Yangling China
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.