PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Oktober 28, 2020 -Rabu

 
  HARI MAKANAN SEDUNIA 2020: AGROBANK BERDIRI TEGUH UNTUK MENINGKATKAN JAMINAN BEKALAN MAKANAN DI MALAYSIA MELALUI PROGRAM PEMBIAYAANNYA

Friday 16/10/2020



KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Bersempena Hari Makanan Sedunia pada 16 Oktober 2020, Agrobank berdiri teguh dengan komuniti agro globalnya - agropreneur, petani, penggubal undang-undang, saintis dan seluruh sistem rantaian makanan; dalam meningkatkan akses kepada makanan yang selamat, berkhasiat dan menjamin bekalan makanan, terutamanya pada waktu krisis untuk generasi akan datang.
 
Oleh itu, Agrobank terus komited memainkan peranan dalam menyumbang kepada pembangunan sistem makanan yang mampu menyediakan makanan kepada semua orang, di mana saja, setiap hari dengan meningkatkan jaminan bekalan makanan, dan masa yang sama meningkatkan keselamatan makanan melalui pelbagai program pembiayaannya.
 
Penanggung Tugas Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Khadijah Iskandar mengatakan walaupun di Malaysia kita tidak berhadapan dengan sebarang krisis jaminan bekalan makanan buat masa ini, namun beliau percaya bahawa kita masih perlu mempersiapkan diri dan menjadikan COVID-19 sebagai 'peringatan awal’ untuk kita segera bertindak pantas.
 
"Ke arah mencapai tahap keberdikarian bekalan makanan negara, Malaysia perlu untuk tidak terlalu bergantung kepada sesuatu produk makanan tertentu sahaja dan pemantauan secara berterusan terhadap harga makanan juga akan dapat membantu memastikan jaminan bekalan makanan, terutamanya pada saat krisis."
 
"Oleh itu, sebagai bank yang memahami pertanian dengan lebih baik, Agrobank komited untuk terus memberikan penyelesaian pembiayaan yang komprehensif kepada komuniti pertanian yang merangkumi pembiayaan untuk aktiviti huluan seperti pembekalan input pengeluaran pertanian serta untuk aktiviti hiliran seperti memproses dan menjual produk pertanian kepada pengguna," tambah beliau.
 
Pada masa ini, Agrobank mempunyai dua program pembiayaan yang memfokuskan kepada peningkatan jaminan bekalan makanan di Malaysia dan juga untuk membangunkan ketahanan terhadap keselamatan makanan jangka panjang di Malaysia.

Melalui Dana Agromakanan di bawah PENJANA, sebanyak RM350 juta telah diperuntukkan untuk memastikan kelangsungan dan memacu daya maju pengusaha komoditi pertanian dan makanan.
 
Dana ini tersedia untuk digunakan oleh semua pengusaha sektor pertanian dan makanan yang layak, termasuk di Sabah dan Sarawak, melalui Skim Pembiayaan Kredit Mikro Agrobank. Melalui program ini, kemudahan pembiayaan mencecah RM50,000 boleh ditawarkan kepada setiap pengusaha sehingga lima tahun dengan kadar 3.5% dan tidak memerlukan sebarang cagaran.
 
Selain itu, Agrobank juga menawarkan dana Agrofood Facility (AF) melalui Bank Negara Malaysia (BNM), dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1 bilion, yang bertujuan untuk membantu PKS meningkatkan pengeluaran makanan untuk pasaran dalam Malaysia dan untuk tujuan eksport ke luar negara.
 
Di bawah program pembiayaan ini, pemohon yang layak boleh mendapatkan pembiayaan sehingga RM150,000 bagi tempoh sehingga lapan tahun. Kadar keuntungan pembiayaan adalah sehingga 3.75% setahun (termasuk fi jaminan, sekiranya ada).
 
Melalui program pembiayaan yang pelbagai untuk usahawan agro, Agrobank menyeru kepada para usahawan untuk mengambil peluang ini bagi mengumpulkan modal untuk perniagaan mereka yang sedia ada dan pada masa yang sama untuk mendorong lebih ramai orang untuk menceburkan diri dalam perniagaan agromakanan dengan mendapatkan modal permulaan mereka melalui Agrobank.
 
Mengulas mengenai sambutan Hari Makanan Sedunia, Khadijah mengatakan, "Tahun ini bersempena dengan sambutan Hari Makanan Sedunia (16 Oktober), bersama kita raikan wira-wira makanan kita yang bekerja keras untuk memastikan kelangsungan rantaian makanan kita. Tidak kita lupakan mereka yang telah berkerja keras untuk menyediakan makanan yang segar dan berkhasiat dari ladang terus ke meja kita semua.”
 
“Agrobank menyanjung tinggi segala bakti dan budi perwira tani ini dalam memastikan jaminan bekalan makanan kita berada pada tahap tertinggi. Kami berbangga dapat turut sama menyokong impian perniagaan agro mereka. Tidak kiralah perniagaan kecil mahupun IKS dan syarikat korporat, tiada yang terkecuali."
 
Individu dan perniagaan yang berminat untuk mendapatkan pembiayaan pertanian, boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Agrobank di 1-300-88-2476 atau mengunjungi cawangan terdekat untuk sebarang pertanyaan dan maklumat mengenai program pembiayaan Agrobank.

Mengenai Agrobank
 
Agrobank adalah peneraju dalam pembiayaan pertanian dan perbankan berasaskan nilai (VBI)* di Malaysia. Ditubuhkan pada 1969, Agrobank terlibat secara aktif mencatatkan pertumbuhan dan pembangunan industri pertanian di Malaysia dengan menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah merentasi pelbagai segmen pelanggan termasuk pelanggan korporat, komersial, konsumer, pembiayaan perdagangan dan pembiayaan mikro.  Agrobank merupakan sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya sejak 1 Julai 2015.
 
Sebagai sebuah IKP (Institusi Kewangan Pembangunan) yang berorientasikan pelanggan, fokus utama Agrobank adalah untuk mengukuhkan sektor pertanian.  Justeru itu, Agrobank beriltizam untuk bergerak seimbang dalam melaksanakan peranan pembangunan dan komersialnya bagi memanfaatkan sektor pertanian.  Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang menyeluruh untuk komuniti pertanian; merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan untuk aktiviti hiliran seperti pemprosesan, pemasaran dan jualan produk pertanian kepada pengguna.
 
Agrobank juga menawarkan penyelesaian pembiayaan perbankan runcit untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti-pertanian. Ini dapat dilaksanakan menerusi kesemua 192 buah rangkaian untuk pelanggan Bank merangkumi 138 cawangan, 1 perbankan agro, 1 perbankan maya, 10 pusat pembiayaan komersial, 34 kiosk, 8 sudut & pusat agro.

Pada tahun 2019, Agrobank meraikan ulang tahun Jubli Emas menandakan 50 tahun penubuhannya membangunkan industri agro.

www.agrobank.com.my

*VBI atau perantaraan berasaskan nilai merupakan satu inisiatif daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertujuan untuk menambah nilai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam bagi menggalakkan keusahawanan, kesejahteraan komuniti, kelestarian alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi tanpa mengabaikan pulangan kepada para pemegang saham.

Dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Strategik, Agrobank

 
SUMBER: Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Shahreen Rahim

Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Jabatan Komunikasi Strategik, Agrobank
Tel: 03-2731 1600 (ext 1660) / +6012 943 6217 
E-mel: shahreen.rahim@agrobank.com.my

 
Nama: Syarifah Syameen
Pegawai Kanan Perhubungan Awam, Jabatan Komunikasi Strategik, Agrobank
Tel: 03-2731 1652 / +6012-310 1766 
E-mel: syameen@agrobank.com.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2020 MREM . All rights reserved.