PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Oktober 28, 2020 -Rabu

 
  LULU MONEY DAN MONEYGRAM MEMPERLUASKAN PERKONGSIAN DI HONG KONG

Friday 16/10/2020



· Perkongsian itu akan menguntungkan berjuta-juta pengguna yang mencari sebuah rakan pembayaran yang boleh dipercayai dalam MoneyGram di Hong Kong
· LuLu Money pada masa ini mengendalikan cawangan di lokasi-lokasi yang terkemuka dan mudah diakses di negara itu, termasuk satu di Worldwide. 

HONG KONG, 16 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
LuLu Money, sebuah nama terkemuka di dalam pertukaran wang asing & pemindahan wang, dan MoneyGram, sebuah peneraju dunia di dalam pembayaran P2P rentas sempadan & pemindahan wang, mengumumkan perkongsian mereka di Hong Kong. Perkongsian itu akan membolehkan berjuta-juta pengguna di Hong Kong untuk menghantar dan menerima wang di mana-mana lokasi LuLu Money dan berhubungan dengan rangkaian pengedaran MoneyGram global yang mencakupi lebih 200 buah negara dan wilayah.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20201015006089/en/

Bercakap mengenai perkongsian itu, Adeeb Ahamed, Pengarah Urusan bagi LuLu Financial Group, berkata, “Industri pengiriman wang memainkan satu peranan penting di dalam menghubungkan komuniti dan keluarga, dan dengan menawarkan rangkaian kami sebagai satu pusat pembayaran bagi MoneyGram, kami berhasrat untuk membuat proses pemindahan wang lebih mudah untuk diakses, lebih murah dan selesa bagi berjuta-juta penduduk Hong Kong.”

“Perkongsian kami dengan LuLu Money telah terus berkembang sejak kami mengumumkan penyatuan itu pada awal tahun ini. Memandangkan kejayaan kerjasama kami, kami sangat gembira untuk memperluaskan perkongsian itu di Hong Kong,” kata Alex Holmes, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif di MoneyGram.

LuLu Money, yang mempunyai satu kehadiran yang kukuh di Hong Kong, pada masa ini mengendalikan lima cawangan, kesemuanya terletak di lokasi yang terkemuka dan mudah untuk diakses, termasuk satu di Worldwide.
 
LOKASI CAWANGAN
CAWANGAN WORLD WIDE – TINGKAT 3, WORLD WIDE HOUSE, 19 JALAN DES VOEUX, CENTRAL, HONG KONG
CAWANGAN TSUEN WAN – TINGKAT 2, PLAZA LIK SANG, 269 JALAN CASTLE PEAK, TSUEN WAN, WILAYAH BAHARU
CAWANGAN MA ON SHAN – TINGKAT 1, FU FAI GARDEN, 28 JALAN ON SHING, WILAYAH BAHARU
CAWANGAN HUNG HOM - PLANET SQUARE, 1-15 JALAN TAK MAN, HUNG HOM KOWLOON
Cawangan HO/ Tsim Sha Tsui – TINGKAT 3, HANKOW CENTRE, 5-15 JALAN HANKOW, TSIM SHA TSUI, KOWLOON, HONG KONG

Maklumat mengenai LuLu Money

LuLu Money (Hong Kong) adalah merupakan sebahagian daripada penyedia perkhidmatan kewangan yang berpangkalan di Abu-Dhabi LuLu Financial Group, yang mengendalikan lebih 220 cawangan di 11 buah negara. Syarikat itu merupakan sebuah pemain pembayaran utama di Filipina dan Malaysia, dengan memberi perkhidmatan kepada lebih 2 juta pelanggan di wilayah APAC.

Maklumat mengenai MoneyGram

MoneyGram adalah sebuah peneraju dunia di dalam pembayaran P2P rentas sempadan dan pemindahan wang, yang membolehkan pemindahan wang secara cepat dan berpatutan di lebih 200 buah negara dan wilayah.

*Sumber: AETOSWire
 

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20201015006089/en/


Hubungi

Lulu Money
Ajit Johnson
ajit.johnson@lulufin.com

MoneyGram
Stephen Reiff
media@moneygram.com

Sumber : LuLu Money

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2020 MREM . All rights reserved.