ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  FUJI TELEVISION MENGUMUMKAN FORMAT TERBAHARU MEREKA "KUIZ PINCH HITTER" DAN "IDEA CHEF" DI MIPCOM 2020 UNTUK PENGEDARAN GLOBAL

Friday 16/10/2020

AsiaNet 86047

TOKYO, 16 Okt., 2020 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Fuji Television Network, Inc. dengan bangganya ingin mengumumkan format tanpa skrip terbaharu mereka “Kuiz Pinch Hitter” dan “Idea Chef” di MIPCOM 2020 untuk pengedaran global di pasaran antarabangsa.
 
Logo:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106289/202010075407/_prw_PI1fl_S45NQ7XK.jpg
 
Imej 1: “Kuiz Pinch Hitter”
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106289/202010075407/_prw_PI2fl_o6WnRAx6.jpg
 
Imej 2: “Idea Chef”
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106289/202010075407/_prw_PI3fl_N42wujOT.jpg
 
Bekerja rapat dengan penulis skrip TV legenda Yasushi Akimoto, yang berada di belakang Kumpulan pop Jepun AKB48 untuk menghasilkan format tanpa skrip ini, “Kuiz Pinch Hitter” adalah satu rancangan kuiz yang sama sekali baharu di mana peserta tidak perlu menjawab soalan.

Dalam masyarakat bermaklumat ini di mana semuanya boleh diperolehi secara dalam talian, rancangan kuiz ini akan mengemukakan soalan mencakupi topik seperti permainan video, anime, matematik, makanan, dan perkara remeh yang tidak dapat dijawab dengan mudah.

Berbeza dengan rancangan kuiz biasa, kuiz ini tidak meminta peserta untuk menyelesaikan kuiz itu sendiri tetapi meminta sesiapa sahaja dalam rangkaian mereka yang dianggap sebagai seorang “pinch hitter” untuk mendapatkan jawapannya. Rangkaian peserta bagi hubungan rakan dan pengikut di media sosial digunakan untuk menyelesaikan masalah yang sangat sukar semasa siaran langsung.
(Disiarkan secara langsung pada 10 Julai 24:55-26:55)
 
“Idea Chef” adalah satu rancangan pertandingan makanan di mana satu resipi unik yang tidak dapat dibayangkan muncul. Dapatkan ramuan untuk resipi itu di sebuah tempat yang diumumkan secara serta merta. Seorang cef terkemuka, sebuah masakan YouTuber yang popular dan satu pertembungan suri rumah yang berkarisma dalam satu pertunjukan memasak yang serius hanya dengan menggunakan bahan-bahan yang diumumkan secara serta merta.

Saksikan bagaimana cef-cef ini menghasilkan “Masakan Idea” dengan menggunakan bahan-bahan yang dijual di kedai serbaneka/runcit. Penonton boleh mencuba hidangan utama ini yang dihasilkan dengan bahan-bahan harian mereka di rumah.
(Disiarkan pada 14 Ogos, 25:35-26:35)
 
Komen daripada Yuki Matsumoto (Penerbit bagi “Kuiz Pinch Hitter” dan “Idea Chef”/Jabatan Penerbitan Aneka Ragam, Fuji TV) dan Ryuji Komiya (Ketua bagi Format, Fuji TV):

“Kami berharap ia dapat disesuaikan secara tempatan di kebanyakan negara, memandangkan kedua-dua format program dapat disesuaikan dengan mudah di dalam negara walaupun dalam keadaan COVID-19 ini. Peserta Kuiz Pinch Hitter mengambil bahagian secara jarak jauh dan penggambaran Idea Chef telah diadakan di sebuah persekitaran luar dengan menggunakan sebuah trak makanan untuk memasak resipi yang diberikan.”

Maklumat mengenai FUJI TV
Fuji Televisyen (atau Fuji TV secara ringkas) terus mengekalkan status mereka sebagai sebuah pemimpin berinovatif di dalam industri televisyen Jepun sejak penubuhannya pada tahun 1959. https://www.fujitv.com/
 
Sumber: Fuji Television Network, Inc.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.