PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Oktober 28, 2020 -Rabu

 
  KONGRES BELIA DUNIA DALAM TALIAN PERTAMA JIANGMEN BERMULA DI JIANGMEN, GUANGDONG

Friday 16/10/2020

AsiaNet 86126

JIANGMEN, China, 16 Okt., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada pagi 15 Oktober, Kongres Belia Dunia dalam talian pertama Jiangmen telah diadakan, dengan tempat utama di Jiangmen, Guangdong dan sesi selari di Amerika Syarikat, Brazil, Costa Rica, Venezuela, Australia, Malaysia, dan Macao SAR di China. Acara tahun ini, yang menyatukan orang ramai dari seluruh dunia yang berkongsi asal usul yang sama untuk bertemu secara dalam talian, telah menarik 350 kumpulan orang Cina dari seberang laut dari 75 buah negara dan wilayah, dengan lebih puluhan ribu tetamu luar negara dan penduduk tempatan menonton secara dalam talian, dan perwakilan dan usahawan yang berkaitan di Jiangmen mengambil bahagian dalam interaksi secara dalam talian dan di luar talian.
 
Menurut Jawatankuasa Persediaan bagi Kongres Belia Dunia ke-7 Jiangmen, acara itu dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu Mesyuarat Dalam Talian, Peluang Perniagaan Dalam Talian dan Dialog Dalam Talian, yang memberi tumpuan kepada bidang kerjasama ekonomi dan perdagangan, warisan kebudayaan, melayani orang Cina di seberang laut, dll., dengan lebih banyak perhatian diberikan kepada kepelbagaian dan inovasi dalam kedua-dua aspek bentuk dan kandungan, yang bertujuan membina sebuah kongres belia dunia yang tidak akan berakhir.

Pada acara itu, Pang Guomei, Pengarah bagi Pejabat Hal Ehwal Cina di Seberang Laut bagi Guangdong, berkata bahawa kongres dalam talian itu adalah satu percubaan berinovatif yang dibuat sebagai tindak balas terhadap situasi baharu dan keadaan baharu itu. Beliau berharap agar orang Cina di seberang laut akan mengambil bahagian secara aktif di dalam bentuk platform pertukaran yang berinovatif ini bagi merebut peluang-peluang atasan ini, memanfaatkan potensi sepenuhnya, dan mencapai pengembangan kerjaya baharu.

Liu Yi, Datuk Bandar bagi Bandar raya Jiangmen, menyampaikan ucapan selamat dan salam ikhlas kepada semua orang, baik dari dalam dan luar negeri, yang berasal dari Jiangmen, serta teman lama dan baharu dari seluruh dunia, dan berkata bahawa walaupun pertemuan bersemuka adalah agak mustahil untuk acara yang hebat ini pada masa ini ia tidak akan memisahkan hati rakyat kita, persahabatan dan hubungan telah dicapai melalui hubungan secara tepat masa.
 
Bandar raya Jiangmen dikenali sebagai “Ibu Negara bagi Orang Cina Seberang Laut”. Hari ini, lebih daripada 4 juta orang Cina di seberang laut dan teman senegeri di Hong Kong, Macao dan Taiwan yang berasal dari Jiangmen dan mereka menetap di 107 buah negara dan wilayah di seluruh dunia, dari mana Bandar raya Jiangmen telah menerima sumbangan berjumlah 27.323 juta yuan, dengan masing-masing wang sumbangan yang bersamaan dengan 13.395 juta yuan dan bahan bernilai 13.928 juta yuan, sejak tercetusnya wabak COVID-19 pada tahun ini.

Sejak penubuhan Kongres Belia Dunia Jiangmen 12 tahun yang lalu, skala dan pengaruh bagi acara dwitahunan ini secara beransur-ansur telah meningkat, dengan setiap sesi sebelumnya menarik lebih daripada 1,000 elit muda dari lebih 30 buah negara atau wilayah di seluruh dunia. Pada masa ini, 26 Persekutuan Belia Wuyi Jiangmen di luar negeri telah ditubuhkan di 21 buah negara dan wilayah, secara beransur-ansur membangunkan satu jaringan belia global untuk hubungan antarabangsa Jiangmen, dan mewujudkan sebuah pentas muda bagi Jiangmen dan bahkan pertukaran dan kerjasama China dengan dunia luar.
 
Sumber: Jawatankuasa Persediaan bagi Kongres Belia Dunia ke-7 Jiangmen

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2020 MREM . All rights reserved.