PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Oktober 28, 2020 -Rabu

 
  KAUNTER ZAKAT BAITULMAL MAIWP BEROPERASI SEPERTI BIASA SEPANJANG PKPB

Thursday 15/10/2020



KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) --  Prihatin dengan golongan asnaf, kaunter zakat Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini sehingga 27 Oktober 2020. 

Kaunter Baitulmal di ibu pejabat MAIWP di Bangunan PERKIM dan 9 buah Pusat Agihan Zakat (PAZA) Baitulmal yang terletak di sekitar Kuala Lumpur beroperasi mulai jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang bagi urusan berkaitan bantuan zakat. 

Kaunter beroperasi pada Isnin hingga Jumaat kecuali PAZA di UTC Pudu dan UTC Keramat yang beroperasi setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad.

MAIWP akan sentiasa memastikan pematuhan kepada Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan seperti penggunaan pelitup muka, penjarakan fizikal, penggunaan cecair pembasmi kuman dan sebagainya semasa berurusan di kaunter. 

Selain itu, bagi memudahkan penerima Bantuan Zakat Kewangan Bulanan dan Bantuan Zakat Sewa Rumah yang akan tamat pada Oktober dan November 2020, bantuan tersebut akan disambung secara automatik tanpa memerlukan asnaf untuk hadir ke kaunter Baitulmal bagi proses penyambungan. Perkara ini akan memberi manfaat kepada hampir 5,000 penerima bantuan. 

Orang ramai juga dimohon untuk melaporkan kepada MAIWP mereka yang terjejas dan berada dalam kesusahan di Wilayah Persekutuan terutamanya semasa PKPB. Laporan boleh dibuat menerusi aplikasi telefon pintar Mobil Jejak Asnaf bagi memudahkan Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP turun padang membantu mereka. 

Sekian. 

Unit Komunikasi Korporat
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
14 Oktober 2020 

SUMBER: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Wan Ahmad Fadhli Shah bin Wan Mohamad Zain
Ketua Unit Komunikasi Korporat MAIWP
Tel: 03-4047 9406 / 019-664 4369
Emel : wfadhli@maiwp.gov.my

Nama: Siti Noor Nazlia Binti Nordin
Unit Perhubungan Korporat Baitulmal MAIWP
Tel : 03-4047 7626 / 014-981 2188
Emel : nazlia@maiwp.gov.my 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2020 MREM . All rights reserved.