Julai 02, 2025 -Rabu

 
  MAKLUMAN PERUBAHAN WAKTU OPERASI KAUNTER LHDNM SEPANJANG TEMPOH PKPB, PKPD DAN PKPDB

Wednesday 14/10/2020



KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa terdapat perubahan waktu operasi kaunter LHDNM di cawangan-cawangan yang terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) seperti berikut:-

Sabah

Kaunter Setempat dan Kaunter Duti Setem Cawangan Tawau akan beroperasi semula pada 15 Oktober 2020.
 
Cawangan LHDNM Kota Kinabalu dan Sandakan masih lagi ditutup sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
 
Berikut merupakan waktu operasi kaunter Cawangan Tawau, Cawangan Keningau dan Pusat Satelit Lahad Datu dalam tempoh pelaksanaan PKPB:-

Table

WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Selangor

Waktu operasi kaunter LHDNM dalam tempoh pelaksanaan PKPB adalah seperti berikut:-

Table

Semua pejabat LHDNM di Kompleks Bangunan Kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur termasuk Pusat Bayaran Kuala Lumpur masih ditutup sehingga 16 Oktober 2020 bagi kerja-kerja sanitasi.

Dalam tempoh penutupan ini, bayaran cukai boleh dibuat secara dalam talian (portal ByrHasil) atau di kaunter bank ejen yang dilantik oleh LHDNM. Bagi bayaran cukai pegangan (withholding tax) pula, pembayar cukai disarankan untuk menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara) atau melalui e-mel HelpTTpayment@hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan aturan bayaran.

Sementara itu, waktu operasi kaunter Pusat Bayaran Kuala Lumpur bermula 19 Oktober 2020 sehingga 27 Oktober 2020 adalah seperti berikut: -

Table

WP Labuan

Kaunter Duti Setem Cawangan Labuan akan beroperasi seperti berikut:-

Table

Kedah

Kaunter Duti Setem Cawangan Alor Setar akan beroperasi seperti berikut:-

Table

LHDNM akan mengemaskini waktu operasi cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) dari semasa ke semasa sepanjang tempoh pelaksanaan PKPB, PKPD dan PKPDB.

Dalam tempoh ini pembayar cukai disarankan untuk melakukan urusan percukaian secara dalam talian. Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);

b) HASiL Live Chat; dan

c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas

https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tarikh: 14 Oktober 2020

SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 

Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel: 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21695/21674/21663 
Faks: 03-8313 7873
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.