PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Oktober 28, 2020 -Rabu

 
  KEMUKAKAN PERMOHONAN BAHARU BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN) 2.0 SECARA DALAM TALIAN

Tuesday 13/10/2020



KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) --  Bagi memastikan rantaian penularan wabak COVID-19 dapat diputuskan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menyarankan agar permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 dibuat secara dalam talian terutamanya bagi pemohon yang berada dalam kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
 
Pemohon baharu BPN 2.0 boleh merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal rasmi BPN di https://bpn.hasil.gov.my/  bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan tersebut. Permohonan baharu boleh dibuat mulai 15 Oktober sehingga 15 November 2020. Penerima BPN sedia ada tidak perlu mengemukakan permohonan semula sekiranya telah menerima bayaran sebelum ini.
 
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDNM melalui: 

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);

b) HASiL Live Chat; dan

c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas

https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia


Tarikh: 13 Oktober 2020 

SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 

Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel: 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21695/21674/21663 
Faks: 03-8313 7873
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2020 MREM . All rights reserved.