ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  "JATUH CINTA DENGAN SEBUAH BANDAR RAYA" - JUADAH ISTIMEWA DAN LANDSKAP YANG MEMPESONAKAN DI WENCHANG DI BAWAH KAMERA LANGSUNG

Thursday 01/10/2020

AsiaNet 85880

Table
Kapsyen: Penstriman secara Langsung untuk Juadah Istimewa di Old Dad's Tea dalam Aktiviti “Sarapan di Beribu-ribu Bandar raya, Satu Suapan bagi Wenchang”

WENCHANG, China, 1 Okt .,2020 /Xinhua-AsiaNet/ --
 
Menurut Pusat Media Pertumpuan Wenchang, pada 30 September, aktiviti penstriman secara langsung – “Sarapan di ribuan Bandar raya, Satu Suapan bagi Wenchang” di bawah tema “Jatuh Cinta dengan sebuah Bandar raya” telah diadakan di Wenchang, sebuah kampung halaman terkenal bagi orang Cina yang menetap di seberang laut di China, dengan satu keinginan untuk memperkenalkan juadah istimewa di Wenchang kepada warga siber di dalam dan luar negara dan mengalami sejarah dan budaya dengan ciri-ciri Nanyang. Aktiviti penstriman secara langsung itu telah menarik 560,000 warga siber. Memanfaatkan daripada pelbagai makanan yang mempesonakan dan budaya kampung halaman orang Cina di seberang laut yang unik, Wenchang telah menjadi sebuah bandar raya internet baharu terkenal yang popular dengan warga siber.

Terletak di timur laut Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan, Wenchang adalah tempat di mana dibina Tokong Confucius Wenchang lebih 600 tahun yang lalu dan tapak pelancaran pantai latitud rendah di China. Wenchang menawarkan pemandangan yang indah, sumber kebudayaan dan pelancongan yang banyak, dan makanan yang tersendiri. Nasi ayam Hainan yang terkenal yang tersebar di Asia Tenggara pada akhir abad ke-19 dan pada awal abad ke-20 adalah sejenis hidangan ayam rebus Wenchang dan nasi yang berperasa.

Memandangkan Wenchang adalah merupakan kampung halaman yang terkenal bagi orang Cina di seberang laut, pergabungan pelbagai budaya membolehkan Wenchang menjadi sebuah kota dengan pelbagai jenis makanan yang lazat. Di dalam aktiviti itu, tuan rumah telah mengunjungi arked, jalan-jalan lama, dan lorong-lorong kecil di Pekan Baoluo, Pekan Wencheng, dan Pekan Puqian di Wenchang untuk merasai makanan tempatan. Dalam perjalanan masa, penduduk Wenchang telah mahir di dalam campuran bijak bagi pelbagai perisa. Contohnya, bihun Baoluo adalah agak masin dan manis, dan sedap; keladak cuka, ditambah dengan makanan laut, vinasse, dan ramuan tempatan yang lain, adalah satu campuran sempurna bagi beberapa perisa seperti segar, wangi, masam, pedas, manis, dan masin; dalam budaya Old Dad's Tea, terdapat pelbagai pilihan untuk sarapan pagi, yang akan membuat pelanggan kagum.

Dalam aktiviti ini, makanan lazat di Wenchang telah diperkenalkan. Di samping itu, He Huanbao, Naib Datuk Bandar bagi Wenchang, telah dijemput untuk memberikan pengenalan terperinci kepada Karnival Pelancongan dan Beli-belah Wenchang 2020 pada Percutian Hari Kebangsaan, dan mengalu-alukan warga siber di dalam dan luar negara untuk mengunjungi Wenchang dan menikmati Wenchang yang menarik.  

Sumber: Pusat Media Pertumpuan Wenchang
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=373113
 
   Kapsyen: Penstriman secara Langsung untuk Juadah Istimewa di Old Dad's Tea dalam Aktiviti “Sarapan di Beribu-ribu Bandar raya, Satu Suapan bagi Wenchang”

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.