ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  ​SELAMAT DATANG KE "JAMBATAN CHINA" DAN KE HAINAN UNTUK MERASAKAN DAYA TARIKAN PULAU ITU

Tuesday 22/09/2020

AsiaNet 85691

Table
Selamat datang ke “Jambatan China” dan ke Hainan untuk Merasakan Daya Tarikan Pulau itu


HAIKOU, China, 22 Sept., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pertandingan Kemahiran Berbahasa Cina Jambatan China ke-19 bagi Pelajar Kolej Luar Negeri dan Pertandingan Kemahiran Berbahasa Cina Jambatan China ke-13 bagi Pelajar Sekolah Menengah Luar Negeri akan diadakan di Beijing dari September sehingga Disember 2020.

Pada tahun 2020, Wilayah Hainan yang telah berinovatif dalam mempromosikan pembangunan budaya dan pelancongan, memanfaatkan pertandingan “Jambatan China” itu untuk mempromosikan pertukaran kebudayaan, seni dan teknologi di antara Hainan dan rakan sejawatan mereka di luar negeri dan menarik pelajar-pelajar muda luar negeri yang cemerlang yang mahir berbahasa Cina untuk melanjutkan kerjaya di Hainan.

Tahun ini, Jabatan Wilayah Hainan bagi Pelancongan, Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Sukan telah, berdasarkan pada pertandingan “Jambatan China” itu, mengambil langkah-langkah untuk mempromosikan wilayah itu ke luar negeri. Ia menempatkan risalah, video, dan halaman khas pelbagai bahasa mengenai Hainan di laman web rasmi bagi pertandingan itu dan platform mudah alih yang berkaitan, memaparkan pemandangan yang indah dan persekitaran perniagaan yang menguntungkan di wilayah itu sebagai satu-satunya pulau bebas cukai di China untuk menarik perhatian dunia. Di samping itu, wilayah itu telah menaja finalis pertandingan itu dari tujuh buah negara Malaysia, Jerman, Australia, Filipina, Jepun, Kazakhstan dan Thailand dan menawarkan mereka satu perjalanan percuma ke Hainan di mana mereka dapat merasakan tarikan bahasa dan budaya Cina serta daya tarikan Hainan.

“Jambatan China”, satu pertandingan kemahiran berbahasa Cina untuk pelajar luar negeri, telah diadakan selama 18 tahun berturut-turut sejak tahun 2002. Lebih daripada 1.4 juta pelajar dari lebih 150 buah negara telah menyertai pertandingan itu. Disebabkan oleh wabak COVID-19, pertandingan itu untuk pelajar kolej dan sekolah menengah luar negeri telah dipindahkan secara dalam talian. Namun, keghairahan di kalangan peserta tetap membara ketika acara itu menarik perhatian lebih daripada 1.5 juta orang dari seluruh dunia. Pertandingan itu yang diadakan oleh kedutaan dan konsulat China serta pusat bagi pendidikan bahasa dan kerjasama di negara-negara luar negeri telah dihadiri dan dirasmikan oleh orang kenamaan politik.

Tahun ini, Hainan telah membawa satu misi baharu untuk membangunkan diri menjadi sebuah pelabuhan perdagangan bebas. Dalam konteks ini, Jabatan Wilayah Hainan bagi Pelancongan, Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Sukan telah memanfaatkan saluran dan pengaruh yang unik dan kuat dari pertandingan “Jambatan China” itu untuk mempromosikan jenama kebudayaan wilayah itu di luar negeri; dan telah meningkatkan reputasi antarabangsa Hainan dalam satu cara yang berinovatif dan disasarkan dan membuka sebuah jendela bagi dunia luar untuk mengetahui mengenai Hainan, sebuah pelabuhan perdagangan bebas dengan ciri-ciri China. Semua usaha ini telah meningkatkan pelancongan dari negara luar negeri masuk di Hainan.
 
Sumber: Jabatan Wilayah Hainan bagi Pelancongan, Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Sukan

Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=372081
 
   Kapsyen: Selamat datang ke “Jambatan China” dan ke Hainan untuk Merasakan Daya Tarikan Pulau itu
 
 --BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.