ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  UMW AEROSPACE MENYERAHKAN SELONGSONG KIPAS PERTAMA BAGI ENJIN ROLLS-ROYCE TRENT 7000

Monday 21/09/2020



Table
Selongsong kipas pertama bagi enjin Rolls-Royce's Trent 7000 oleh UMW Aerospace, untuk diserahkan ke pusat pemasangan dan ujian enjin di Seletar Aerospace Park di Singapura.


SERENDAH, 21 Sept (Bernama) -- UMW Aerospace Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Kumpulan UMW, hari ini menyerahkan selongsong kipas yang pertama bagi enjin Rolls-Royce Trent 7000. Selongsong kipas itu akan dihantar ke pusat pemasangan dan ujian enjin Rolls-Royce di Seletar Aerospace Park di Singapura. Enjin Trent 7000 ini dipasangkan dalam pesawat Airbus A330neo.

Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad Azmin Che Yusoff berkata, “Kami bangga dengan pencapaian UMW Aerospace dan penyerahan ini menandakan satu lagi kejayaan penting dalam sejarah Kumpulan UMW sebagai konglomerat dengan teras kejuruteraan yang kuat. Dalam jangka masa yang singkat, UMW Aerospace telah berkembang menjadi pembekal komponen aeroangkasa pilihan dengan rekod yang kukuh dalam rantaian bekalan industri sejagat. Kami juga merasa bangga diberi peranan dalam rancangan Malaysia untuk mengukuhkan industri aeroangkasa negara, seperti yang dicadangkan oleh Pelan Pembangunan Aeroangkasa Nasional 2016-2030.”

Azmin Che Yusoff menekankan lagi, "Penglibatan syarikat dalam industri aeroangkasa juga merupakan sebahagian daripada sumbangan kami ke arah mewujudkan tenaga kerja Malaysia yang berkemahiran tinggi - 97% tenaga kerja di UMW Aerospace terdiri daripada rakyat Malaysia."

UMW Aerospace menandatangani kontrak 25 + 5 tahun sebagai pembekal Tahap 1 dari Rolls-Royce Plc untuk membuat dan memasang selongsong kipas untuk enjin Trent 1000 dan Trent 7000 pada bulan Ogos 2015. Sehubungan dengan itu, Kumpulan UMW melaburkan RM750 juta untuk mendirikan kilang pembuatan komponen aeroangkasa di Taman Pembuatan Nilai Tinggi UMW di Serendah. UMW Aerospace berjaya menyerahkan selongsong kipas yang pertama untuk enjin Trent 1000 pada bulan November 2017 manakala hari ini pula adalah untuk enjin Trent 7000.

Keselamatan adalah keutamaan penting bagi industri aeroangkasa. UMW Aerospace mencapai satu lagi kejayaan pada 9 September 2020, apabila mencapai standard keselamatan luar biasa iaitu 1,500 hari tanpa kemalangan industri [atau "Zero LTI (Lost-Time-Injury)"].

Azmin Che Yusoff menambah, "Walaupun dalam keadaan perniagaan yang mencabar, kami tetap teguh dalam mencapai matlamat untuk membina kemampuan dan kecekapan kami dalam industri aeroangkasa, dibuktikan dengan dua tonggak kejayaan di atas. Walaupun Kumpulan menjangkakan sub-segmen Aeroangkasa akan terkesan berikutan penularan Covid-19, namun ia disokong oleh pesanan selongsong kipas yang telah diterima sepanjang tahun ini."

Mengenai UMW

Kumpulan UMW merupakan syarikat konglomerat bertaraf antarabangsa yang memajukan dan menyokong pertumbuhan industri serta melibatkan diri dalam pelbagai usaha sama. Kumpulan UMW memberi tumpuan kepada tiga segmen perniagaan teras - Automotif, Jentera dan Pembuatan & Kejuruteraan. Kami kini beroperasi di 8 buah negara dengan jumlah kakitangan melebihi 8,000 orang.

Dengan berpegang kepada prinsip Beyond Boundaries®, UMW bersedia memainkan peranan utama dalam membentuk masa hadapan industri - dengan menginspirasikan idea, meningkatkan potensi, memupuk usaha sama dan membentuk kecemerlangan untuk menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan semua pemegang sahamnya.

Sumber:UMW Corporation Sdn Bhd

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama: S Vikneshwaran
General Manager – Investor & Media Relations
UMW Corporation Sdn Bhd
Tel: +603 2025 2104 / +6019 850 5799
E-mel: vikneshwaran.s@umw.com.my

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.