ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  LHDNM MENJAYAKAN PROGRAM BICARA MOTIVASI BERSAMA TOKOH DI SABAH

Monday 21/09/2020



KOTA KINABALU, 21 Sept (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) meneruskan kesinambungan program tanggungjawab sosial (Social Responsibility - SR) dengan turut menjayakan Program Bicara Motivasi Bersama Tokoh “Majlis Sirih Pulang Ke Gagang” yang dianjurkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandaraya Kota Kinabalu dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Program yang berlangsung di Dewan Semerbak, SMK Bandaraya Kota Kinabalu ini bersifat motivational engagement dan perkongsian pengalaman bersama para pelajar dalam usaha untuk meningkatkan semangat dan keyakinan diri mereka bagi mencapai kecemerlangan hidup. YBhg. Dato’ Sri Dr. Sabin bin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM telah diberikan penghormatan untuk menyampaikan kata-kata motivasi tersebut memandangkan beliau merupakan bukti jelas kejayaan anak jati Sabah yang telah menempa nama dalam sejarah Malaysia sebagai rakyat Negeri Sabah yang pertama menjawat jawatan tertinggi di LHDNM. Kecemerlangan beliau tidak terhenti di situ sahaja, malah sepanjang beliau dilantik sebagai peneraju utama di LHDNM semenjak 12 Disember 2016, beliau juga berjaya memimpin LHDNM mencatat sejarah membuat kutipan cukai langsung tertinggi pada tahun 2019 iaitu sebanyak RM145.110 bilion dengan memecahkan rekod kutipan pada tahun 2018 (RM137.03 bilion).

Dalam amanat yang disampaikan, beliau turut melontarkan pandangan mengenai keperluan untuk Malaysia melahirkan masyarakat yang mempunyai daya intelek dan kecerdasan emosi yang tinggi bagi persiapan mereka mengharungi cabaran akan datang yang pastinya lebih kompleks. Turut hadir pada program tersebut adalah Puan Azizah Haji Baba, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pengurusan, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang mewakili Dr. Mistirine binti Radin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Puan Rohani Ramlee, Pengetua SMK Bandaraya Kota Kinabalu.

Sebagai sebuah agensi yang telah diberikan amanah oleh kerajaan, LHDNM amat komited dalam memastikan program-program seumpama ini diberikan perhatian dan dijayakan untuk melahirkan pemimpin-pemimpin masa hadapan yang berwibawa dan berketerampilan. Ia juga merupakan satu platform bagi LHDNM untuk memainkan peranannya dalam meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya kepada warga pendidik dan para pelajar tentang manfaat pembayaran cukai demi pembangunan ekonomi negara. Ujar beliau lagi, keutamaan pendidikan cukai seharusnya diberikan kepada para pelajar sekolah dan universiti, bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 

Tarikh: 21 September 2020

SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel: 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21695/21674/21663
Faks: 03-8313 7873
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.