ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  SSM TAWAR PENGURANGAN KOMPAUN 90% BAGI PERMOHONAN PEMBATALAN NAMA SYARIKAT DI BAWAH SEKSYEN 549/550 AKTA SYARIKAT 2016

Monday 21/09/2020



Table
SSM menawarkan insentif pengurangan kompaun 90% bagi permohonan pembatalan nama syarikat di bawah akta syarikat 2016

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Bermula 17 Ogos sehingga 31 Disember 2020, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menawarkan pengurangan kompaun sebanyak 90 peratus daripada nilai asal kompaun bagi permohonan pembatalan nama syarikat di bawah Seksyen 549/550 Akta Syarikat 2016.
 
Di bawah inisiatif ini, syarikat dan pengarah syarikat yang telah memohon atau diambil tindakan pembatalan syarikat menurut peruntukan di bawah Seksyen 549/550 Akta Syarikat 2016 layak mendapat pengurangan kompaun sebanyak 90 peratus.
 
Kadar pengurangan kompaun 90 peratus ini terpakai kepada semua kompaun yang telah ditawarkan di bawah Akta Syarikat 1965 (AS 1965) dan Akta Syarikat 2016 (AS 2016).
 
Semakan status kompaun boleh dilakukan melalui permohonan emel ke ar_compliance@ssm.com.my atau dengan menghubungi talian 03-2299 5334.
 
Semakan kompaun juga boleh dilakukan secara atas talian melalui pautan https://www.ssm.com.my/Pages/Quick_Link/e-Compound.aspx atau di portal ezBiz Online di pautan https://ezbiz.ssm.com.my serta di mana-mana pejabat SSM di seluruh Malaysia.
 
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
TARIKH: 19 SEPTEMBER 2020
 
Sumber: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: RADIN AMERSYAH BIN SAAD
SEKSYEN KOMUNIKASI KORPORAT
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
Tel: 03-22995299 / 017-6803660
Email: radin@ssm.com.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.