ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  PRA HEALTH SCIENCES DAN DEEP LENS MENGUMUMKAN HUBUNGAN STRATEGIK UNTUK MEMPERCEPAT PEREKRUTAN PESAKIT BAGI KETEPATAN PERCUBAAN KANSER

Monday 21/09/2020



Dua buah syarikat menyatukan teknologi mudah alih berasaskan awan untuk meningkatkan pengenalpastian, penyaringan dan pemadanan pesakit untuk percubaan onkologi klinikal berasaskan ketepatan


RALEIGH, N.C. dan COLUMBUS, Ohio, 21 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- PRA Health Sciences, Inc. (NASDAQ: PRAH) dan Deep Lens, Inc. mengumumkan hubungan strategik baharu hari ini untuk mempercepat akses dan perekrutan pesakit untuk percubaan klinikal onkologi. Hubungan ini menyatukan teknologi terbaik dalam kelasnya yang meningkatkan pengenalpastian, penyaringan dan pemadanan pesakit kanser untuk percubaan onkologi klinikal berasaskan ketepatan dengan penyelesaian gabungan yang dikerahkan kepada Microsoft Azure.

Platform penyaringan pesakit Deep Lens yang memenangi anugerah, iaitu VIPER™ merupakan teknologi cemerlang yang dikerahkan oleh pusat kanser, rangkaian penghantaran bersepadu (IDN) serta rangkaian onkologi komuniti untuk mengenal pasti dan memadankan pesakit onkologi dengan percubaan klinikal penyelamatan nyawa yang jika tidak, pasti akan terlepas peluang untuk mendaftar. Teknologi dan model perkhidmatan pembezaan membolehkan Deep Lens mengerahkan perisiannya di pusat kanser dan rangkaian laman secara global dan percuma untuk memberi pesakit akses kepada terapi yang mereka perlukan, layak diterima, sambil memberikan nilai yang besar dengan mempercepat garis masa kajian dan membawakan terapi yang sangat akan mengubah keadaan kepada pasaran tidak lama lagi.

“Lebih daripada 14,000 percubaan onkologi yang sedang merekrut pesakit, tetapi dianggarkan hanya tiga hingga lima peratus pesakit layak yang turut serta,” ujar Kent Thoelke, Ketua Pegawai Saintifik di PRA Health Sciences. “Cabaran yang dihadapi dalam perekrutan percubaan klinikal adalah berbilang aspek dan penaja tidak dapat menentukan sama ada pesakit tertentu dapat dipadankan dengan kajian. Semua ini bakal berubah. Dengan teknologi VIPER Deep Lens, proses pengenalpastian pesakit akan diperkemas dengan menganalisis data secara serta-merta dalam rekod kesihatan elektronik, sistem patologi dan profil genom untuk membolehkan pemadanan pesakit kanser dengan percubaan klinikal yang sesuai.” 

Usaha gabungan antara PRA dengan Deep Lens membawa kemajuan yang sangat penting kepada pemadanan percubaan klinikal untuk menghubungkan pesakit layak dengan percubaan klinikal berpotensi secara lebih berkesan dengan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin melalui platform VIPER.

Cara Penyepaduan VIPER Berfungsi

VIPER membolehkan pasukan jagaan kanser, penaja percubaan klinikal dan penyelaras percubaan untuk memadankan pesakit dengan segera dan secara automatik berdasarkan profil genetik kanser mereka dengan terapi ketepatan terbaik dan percubaan klinikal onkologi yang tepat.

VIPER merupakan perkhidmatan awam yang mematuhi HIPAA dan boleh mengakses data “di sebalik tembok api” di tapak yang turut serta. VIPER juga menginges data daripada sistem patologi secara automatik pada waktu diagnosis dan daripada rekod perubatan elektronik serta keputusan ujian genetik daripada makmal ujian genetik terunggul di seluruh dunia. VIPER bertindak sebagai platform penyaringan dipacu AI untuk penyelaras penyelidikan dan pasukan jagaan, sementara data dinyahkenal pasti membantu penaja mengenal pasti bahagian proses apabila pesakit dikenal pasti, bahagian apabila mereka diputuskan tidak layak dan sebab mereka mungkin atau mungkin tidak mendaftar dalam percubaan sebaik sahaja mereka layak. Buat masa sekarang, tiada penyelesaian aliran kerja dalam pasaran yang mempunyai data berbutir tentang pesakit dalam kontinuum jagaan mereka.

Sebaik pesakit layak untuk percubaan, sistem VIPER akan merujuk pesakit tersebut kepada Platform Kesihatan Mudah Alih peneraju industri PRA, yang juga dikerahkan pada Azure, untuk menyediakan penyaringan berpusatkan pesakit secara hujung ke hujung dan pengalaman pengurusan percubaan kepada pembekal di seluruh dunia.

Gabungan penyelesaian kecerdasan buatan, reka bentuk aliran kerja, pengoptimuman komunikasi dan perkhidmatan penyelarasan penyelidikan VIPER memberi pihak penaja dan tapak penyelidikan peluang terbaik untuk berhubung dengan pesakit yang betul, dengan percubaan yang sesuai dan pada masa yang tepat - ini merupakan realisasi perubatan yang diperibadikan.

“Ini akan benar-benar memajukan penyelidikan kanser dan akan membolehkan rangkaian onkologi komuniti untuk bersaing dengan pesaing mereka yang lebih besar di pusat perubatan akademik dan pusat kanser komprehensif,” kata Thoelke. “Dengan sokongan Microsoft Azure terhadap PRA dan Deep Lens, kami yakin bahawa hubungan ini dapat mencipta model yang akan membawa perubahan besar dalam penyelidikan kanser, bukan sekadar untuk penyaringan pesakit tetapi juga untuk pembangunan rangkaian yang tepat pada masanya, bersama model perniagaan baharu yang lain.”

“Deep Lens telah berkembang pesat dengan teknologi awan unik dan model perniagaan yang mengeluarkan risiko daripada pengerahannya. Visi PRA digunakan untuk melihat potensi bagi penyelesaian yang cukup unik untuk muncul dalam pasaran,” kata Simon Arkell, Pengasas Bersama dan Presiden di Deep Lens. “Dengan rakan kongsi peneraju industri dan global seperti PRA bekerjasama dengan Microsoft, kami berharap dapat mengembangkan jejak langkah global kami secara eksponen sambil meningkatkan kadar kejayaan dengan mendadak dalam penyelidikan onkologi. Hal ini seterusnya akan membolehkan kebolehlihatan sepenuhnya bagi penaja percubaan dalam proses penyaringan pesakit agar mereka boleh memasarkan rawatan mereka dalam pasaran dengan lebih pantas. Bersama-sama, kami akan meneruskan misi untuk mencari pesakit yang betul untuk percubaan yang sesuai pada masa yang tepat.”

Perihal PRA Health Sciences

PRA Health Sciences merupakan salah sebuah organisasi penyelidikan kontrak global utama melalui pendapatan, menyediakan pembangunan klinikal yang disumber luar dan perkhidmatan penyelesaian data kepada industri bioteknologi dan farmaseutikal. Platform pembangunan klinikal global PRA merangkumi lebih daripada 75 pejabat merentas Amerika Utara, Eropah, Asia, Amerika Latin, Afrika Selatan, Australia dan Timur Tengah, dan memiliki lebih 17,500 pekerja di seluruh dunia. Sejak tahun 2000, PRA telah mengambil bahagian dalam kira-kira 4,000 percubaan klinikal di seluruh dunia. Selain itu, PRA mengambil bahagian dalam ujian penting atau sokongan yang berjaya memperoleh kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubatan A.S. atau pengawal selia antarabangsa untuk lebih 95 ubat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PRA, sila lawati www.prahs.com.

PERTANYAAN PELABUR: InvestorRelations@prahs.com

PERTANYAAN MEDIA: Laurie Hurst, Pengarah Kanan, Komunikasi dan Perhubungan Awam
hurstlaurie@prahs.com | +1 (919) 786-8435

Perihal Deep Lens

Deep Lens merupakan syarikat perisian yang menumpukan pada pendekatan inovatif untuk perekrutan paling pantas bagi pesakit kanser paling sesuai untuk percubaan klinikal. Dengan mengenal pasti pesakit pada waktu diagnosis dan gabungan makmal, EMR dan data genom, VIPER yang merupakan platform awan bersepadu Deep Lens, memberi pasukan jagaan kebolehlihatan dan aliran kerja untuk mempercepat perekrutan serta memampatkan garis masa kajian untuk membawa terapi yang akan mengubah keadaan dalam pasaran, tidak lama lagi. Deep Lens yang berkembang dengan penaja, pembekal dan rakan kongsi strategik mencabar status quo agar pesakit boleh mendapatkan terapi yang diingini dan selayaknya diterima. Untuk maklumat lanjut, lawati www.deeplens.ai.

PERTANYAAN MEDIA: Jessica Yingling, Ph.D., Presiden, Little Dog Communications
jessica@litldog.com | +1.858.344.8091


SUMBER : PRA Health Sciences, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.