ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  ​HAINAN: CENURAM JED KE SYURGA SAMUDERA (EDISI BAHASA INGGERIS) DILANCARKAN DI BEIJING, MENCERITAKAN TENTANG KISAH HAINAN

Thursday 17/09/2020

AsiaNet 85626

Table
Hainan: Cenuram Jed ke Syurga Samudera (Edisi Bahasa Inggeris) Dilancarkan di Beijing

 
BEIJING, 17 Sept., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada 9 September, untuk membantu pembaca luar negara mempelajari dengan lebih lanjut mengenai Hainan, cawangan Beijing bagi Commercial Press telah melancarkan buku bertajuk "Kisah di antara Laut dan Langit - Hainan: Cenuram Jed ke Syurga Samudera”. Ini adalah sebuah buku dalam bahasa Inggeris yang diterbitkan bersama oleh Jabatan Pelancongan, Kebudayaan, Media dan Sukan bagi Wilayah Hainan dan Commercial Press. Ditulis oleh lapan profesional media kanan dari 5 buah negara, buku ini memperkenalkan keajaiban geologi, sejarah, ekologi, dan kehidupan sosial dan ekonomi di Pulau Hainan. Ia adalah sebuah buku yang bagus untuk pembaca luar negara yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Hainan.

Pada pelancaran buku itu, Zhao Haiyun, Timbalan Pengarah bagi Biro Import dan Eksport di Jabatan Publisiti bagi Parti Komunis China, Sun Ying, Pengarah bagi Jabatan Pelancongan, Kebudayaan, Media dan Sukan bagi Wilayah Hainan, Li Yan, Pengarah dan Pengurus Besar bagi China Publishing and Media Co., Ltd., dan Gu Qing, Setiausaha bagi Jawatankuasa Parti dan Pengarah Eksekutif bagi Commercial Press telah bersama-sama melancarkan buku baharu itu, mengumumkan pelancaran rasmi bagi Hainan: Cenuram Jed ke Syurga Samudera dan mengesyorkan buku tersebut kepada pembaca di seluruh dunia.

Sebuah Jendela kepada Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan

Dalam ucapan beliau, Sun Ying mengucapkan terima kasih kepada penulis-penulis dan pasukan editorial bagi Hainan: Cenuram Jed ke Syurga Samudera di atas kerja gigih mereka, menjadikan buku itu dapat menafsirkan dengan baik penyatuan budaya dan pelancongan di Hainan. Beliau telah memperkenalkan sumber-sumber pelancongan kebudayaan Hainan yang berwarna-warni, kisah-kisah yang berkaitan dengan pembinaan pelabuhan perdagangan bebas, dan kepentingan pulau itu kepada Jalan Sutera Maritim purba. Sun Ying berkata bahawa beliau berharap buku itu akan menjadi sebuah jendela kepada pulau itu, menyampaikan suara penduduk di pulau itu, dan membantu lebih ramai rakan asing belajar tentang Hainan dan China.

Gu Qing berkata dalam ucapannya bahawa setelah membaca buku itu, ramai orang akan mengetahui bahawa Hainan juga merupakan sebuah syurga dengan potensi yang tidak terbatas dan begitu banyak untuk ditawarkan kepada pelancong dari seluruh pelusuk dunia.

Zhao Haiyun menzahirkan sokongan penuh bagi kerjasama di antara syarikat-syarikat penerbitan China yang kompeten dan organisasi kebudayaan dan pelancongan tempatan di dalam mempromosikan budaya pulau itu. Menceritakan kisah Hainan dalam pengertian tertentu adalah menceritakan kisah-kisah mengenai reformasi ekonomi, tadbir urus negara, dan orang China yang mengejar impian mereka.

Satu Perspektif Global mengenai Keindahan Hainan

Adalah diketahui bahawa dalam judul bahasa Inggeris bagi buku Hainan: Cenuram Jed ke Syurga Samudera, “Cenuram Jed” diilhamkan oleh nama purba Hainan “qiong ya” sementara ungkapan “Syurga Samudera” menyampaikan mesej bahawa Hainan adalah sebuah pintu masuk tropika yang sempurna. Sebagai sebahagian daripada Siri Dunia bagi Kontemporari China bagi Majalah China, buku itu merupakan satu lagi karya agung yang memperkenalkan budaya Hainan dan menceritakan kisah-kisah China kepada pembaca luar negara.

Pada pelancaran buku itu, Chu Dandan, naib presiden bagi The World of Chinese telah memperkenalkan sorotan bagi buku itu, dan berkongsi sebuah rakaman video dengan dron mengenai pengembaraan pasukan itu di Hainan. Seorang daripada penulis buku itu, Hatty Liu dari Kanada, telah membacakan bab beliau tentang laoba cha, atau “Daddy Tea”.

Tidak seperti panduan pelancongan lain yang hanya menulis tentang tempat-tempat untuk bersenang-senang atau makanan, buku ini memberi tumpuan kepada apa yang paling diminati oleh pelancong luar negara, menceritakan tentang kisah Hainan dari tujuh sudut, dan menjawab persoalan mengapa anda wajib mengunjungi Hainan. Bab 1 “Alam” memperkenalkan gunung berapi, hutan hujan, sungai, dan haiwan terlindung di pulau itu; Bab 2 “Pulau Syurga” memperkenalkan pantai yang indah dan pelbagai sukan dan aktiviti di seluruh pulau itu; Bab 3 “Sejarah” bercerita tentang golongan pujangga tempatan, Jalan Sutera Maritim, pertukaran asing, merakamkan sejarah dan realiti Hainan; Bab 4 “Budaya” memperkenalkan kumpulan etnik Li dan Miao, tradisi dan budaya nelayan, upacara memohon restu Nanshan, dan aspek kebudayaan lain di pulau itu, mengundang pelancong untuk memulakan satu perjalanan yang akan menawarkan kepada mereka satu peluang untuk merenungkan diri mereka dan memperluaskan persepsi mereka; Bab 5 “Makanan dan Minuman” menawarkan satu panduan mengenai masakan, makanan yang wajib dimakan, minuman semasa parti, dan buah-buahan di Hainan; Bab 6 “Resort” memperkenalkan hotel mewah, festival, dan sukan luaran Hainan; Bab 7 “Hainan pada Hari ini” memperkenalkan pembinaan pelabuhan perdagangan bebas, pelancongan kesihatan, dan masa depan teknologi dan menggambarkan pemandangan baharu bagi pembukaan keseluruhan di Hainan.

Buku itu mengandungi satu bahagian “Bahasa Cina yang Anda Perlu Tahu”, yang menggabungkan pembelajaran bahasa ke dalam pengenalan pelancongan dan budaya. Ia memilih empat karakter Cina Laut, Langit, Keseronokan, dan Perjalanan yang meringkaskan inti pengalaman pelancongan di Hainan, menjelaskan asal-usul bagi karakter Cina, menyoroti keindahan karakter-karakter Cina, dan menunjukkan bagaimana untuk menggunakan ungkapan Cina semasa perjalanan ke China.

Lampiran bagi buku itu termasuk satu senarai bagi tempat-tempat pemandangan Tahap-A di Hainan, yang menyenaraikan nama dan alamat bagi tempat-tempat indah di pulau itu berdasarkan kepada bahagian pentadbiran. Di dalam penutup kertas yang boleh ditanggalkan pada buku itu terdapat peta bagi tempat-tempat yang dilawati yang dilukis dengan tangan bagi seluruh pulau itu, yang menunjukkan tarikan utama yang digambarkan di dalam buku itu. Pelancong boleh mengeluarkannya dan membacanya dengan teliti untuk mencari tarikan yang mereka minati.

Siri Dunia bagi Kontemporari China bagi Majalah China, termasuk Hainan: Cenuram Jed ke Syurga Samudera telah diterbitkan secara serentak dalam bentuk digital dan cetak, dan diedarkan secara global di lebih 60 buah negara. Lebih daripada 400 perpustakaan, 500 Institusi Confucius dan Bilik darjah Confucius, dan banyak platform membaca arus perdana antarabangsa dan pangkalan data perpustakaan telah memasukkan siri ini di dalam koleksi mereka.

Sumber: Jabatan Pelancongan, Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Sukan bagi Wilayah Hainan
 
Pautan Lampiran Imej:

Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=371696
 
Kapsyen: Hainan: Cenuram Jed ke Syurga Samudera (Edisi Bahasa Inggeris) Dilancarkan di Beijing
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.