ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  EKSPO INDUSTRI ARANG BATU DAN TENAGA KIMIA TEKNOLOGI TINGGI ANTARABANGSA YULIN KE-15 DIADAKAN DI YULIN, CHINA

Monday 14/09/2020

AsiaNet 85484

Table

Kapsyen: Pengunjung pameran itu menyaksikan sebuah mesin memproses hasil kerja logam daripada sebuah pempamer di Ekspo Arang Batu pada 8 September.


YULIN, China, 14 Sept., 2020 /Xinhua-AsiaNet/-- 

Pada 8 hingga 10 September, Ekspo Industri Arang Batu dan Tenaga Kimia Teknologi Tinggi Antarabangsa Yulin ke-15, dengan satu tumpuan kepada Kemesraan, Kecerdasan, Integrasi dan Perkongsian, telah diadakan di Yulin, sebuah bandar raya tenaga yang penting di Barat Laut China. Pameran itu telah dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Perbandaran Yulin CPC, Kerajaan Rakyat bagi Bandar Raya Yulin, dan Majlis China untuk Promosi Perdagangan Antarabangsa Sub majlis Shaanxi. Ia telah menarik lebih 400 pempamer yang mewakili pemain industri terkenal dari China dan luar negara. Pameran tersebut merangkumi banyak konsep canggih, seperti pendigitalan pintar, pembuatan pintar, transformasi dan peningkatan, dan penggunaan tenaga yang bersih dan cekap.

Selain pameran itu, yang meliputi kira-kira 30,000 meter persegi, acara itu juga termasuk 12 forum dan sesi mengenai topik termasuk pembangunan bagi sektor tenaga dan kimia teknologi tinggi, pembangunan bagi pembuatan peralatan tenaga dan kimia, inovasi pintar bagi lombong arang batu, dan tenaga pintar. Semasa acara tersebut, sebanyak 98 projek telah ditandatangani, dengan menarik pelaburan berjumlah CNY 89.38 bilion dan menjanakan penjualan lebih CNY 5 bilion. Selain itu, urus niaga untuk pelbagai jentera perlombongan berskala besar dan peralatan pembuatan pintar yang berjumlah CNY 670 juta.

Bandar raya Yulin terletak di bahagian paling utara di Wilayah Shaanxi, China. Ia kaya dengan sumber tenaga dan mineral. Di Yulin terletak Medan Arang Batu Shenfu, satu daripada tujuh medan arang batu terbesar di dunia, dan juga Medan Gas Shaanxi-Gansu-Ningxia, medan gas bersepadu terbesar yang disahkan di darat di China. Pada tahun 1990-an, Yulin memulakan pembinaan mereka sebagai sebuah pangkalan industri tenaga dan kimia dan secara beransur-ansur mengumpulkan sebuah sistem yang berpusat kepada industri tenaga elektrik dan kimia yang diperkuatkan oleh penggunaan arang batu, minyak, gas dan garam.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Bandar raya Yulin telah mengejar matlamat pembangunan mereka untuk membina sebuah pangkalan tenaga dan kimia teknologi tinggi, dan berusaha untuk mempromosikan pembangunan berkualiti tinggi melalui transformasi dan peningkatan. Sehingga kini, pelaburan bagi projek tenaga dan kimia yang disiapkan adalah kira-kira CNY 500 bilion, yang menempatkan Yulin sebagai di antara empat zon demonstrasi kimia arang batu moden kebangsaan. Adalah dianggarkan bahawa menjelang akhir tahun 2025, perkadaran bagi produk mewah di dalam industri kimia Yulin akan mencapai 25% dan kadar penapisan akan melebihi 40%. Rantaian industri sepenuhnya yang merangkumi bahan mentah teras, bahan kimia, dan produk bertapis mewah yang berasaskan arang batu seperti nilon, poliester, serat, dan tekstil akan diselaraskan.

Sumber: Kerajaan Rakyat bagi Bandar Raya Yulin

Pautan Lampiran Imej:
Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=371225

Kapsyen: Pengunjung pameran itu menyaksikan sebuah mesin memproses hasil kerja logam daripada sebuah pempamer di Ekspo Arang Batu pada 8 September. 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.