ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  NIPPON EXPRESS MENYEDIAKAN RANGKAIAN BEKALAN GLOBAL UNTUK MENYAMPAIKAN FARMASEUTIKAL DI SELURUH DUNIA SECARA TERJAMIN DAN SELAMAT

Friday 11/09/2020

AsiaNet 85442

TOKYO, 11 Sept., 2020 /Kyodo JBN, AsiaNet/ --

Nippon Express Co., Ltd. sedang dalam proses membangunkan rangkaian rantaian bekalan farmaseutikal yang memenuhi kedua-dua keperluan perkakasan dan perisian untuk Amalan Pengedaran yang Baik (standard untuk memastikan pengedaran farmaseutikal yang sewajarnya; kemudian dari ini, “GDP”) dan dengan itu membolehkan bekalan farmaseutikal secara lebih terjamin dan lebih selamat.

(Logo: https://kyodonewsprwire.jp/img/202009033836-O1-7tMb981F)

(Imej1:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M103866/202009033836/
_prw_PI2fl_szPza71O.jpg
)

Memandangkan  globalisasi bagi rantaian bekalan farmaseutikal, Syarikat itu akan juga mewujudkan lokasi perniagaan yang mematuhi GDP di pasaran utama di seluruh dunia untuk meningkatkan rangkaian penawaran mereka di peringkat global.

Tambahan pula, Nippon Express akan berusaha untuk menggunakan teknologi digital bagi loT dan blok rantai untuk mengesan maklumat logistik akhir ke akhir, melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengoptimumkan rantaian bekalan bagi industri itu secara keseluruhan melalui satu pendekatan yang dipacu oleh data yang menawarkan kebolehkesanan dan peningkatan kecekapan operasi.

Latar belakang
“Pelan Pengurusan Kumpulan Nippon Express 2023 -- Pertumbuhan Dinamik” itu dianggap memperkuatkan tiga pendekatan Syarikat itu – satu pendekatan yang berasaskan pelanggan/industri, satu pendekatan yang berasaskan perniagaan dan satu pendekatan yang berasaskan kawasan – satu keutamaan di dalam “Strategi Pertumbuhan untuk Perniagaan Teras” bagi Pelan itu. Dalam menentukan cara untuk mengoptimumkan perkhidmatan yang disesuaikan kepada keperluan pelanggan individu, Nippon Express memberi tumpuan kepada usaha khusus pada pendekatan yang berasaskan pelanggan/industri yang melihat kepada perkhidmatan dari satu perspektif pelanggan.

Untuk memastikan ia mempunyai kepakaran yang luas dan kawalan kualiti yang ketat yang diperlukan bagi logistik farmaseutikal, Nippon Express telah mewujudkan satu Bahagian Perniagaan Farmaseutikal dan sebuah Pejabat Jaminan Kualiti Logistik Farmaseutikal pada Julai 2020 untuk mewujudkan standard yang seragam di seluruh Kumpulan berhubung rangka kerja operasi, pembangunan sumber manusia, rejim jaminan kualiti, dll.

- Rangkaian Rantaian Bekalan Farmaseutikal Global untuk Membolehkan Bekalan Perkhidmatan Farmaseutikal yang Terjamin dan Selamat
Perkhidmatan bermula di Jepun pada Musim Bunga akan Datang dan Selepas itu di peringkat Global

1. Membina rangkaian bekalan di Jepun
Nippon Express sedang membangunkan kemudahan khusus farmaseutikal di Jepun Timur, Jepun Barat, Kyushu dan Toyama untuk melengkapkan “hab perubatan” bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Narita dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, yang telah sekian lama terlibat di dalam pengimportan/pengeksportan bahan mentah dan produk akhir.

Kemudahan ini akan dilengkapi untuk mengendalikan kawalan kualiti dan pelan kesinambungan perniagaan (BCP) yang mematuhi GDP yang berkaitan dengan bekalan farmaseutikal, dan platform akan dibina untuk membolehkan penyimpanan dan pengangkutan gudang bersama, operasi yang sehingga kini dijalankan berdasarkan kepada pelanggan individu, untuk mengatasi dengan kekurangan pemandu lori yang berpunca daripada penggunaan kenderaan secara bulat, dan untuk mencapai kecekapan operasi yang lebih besar. Kemudahan ini akan mula beroperasi pada Februari 2021.

(Butiran1: https://kyodonewsprwire.jp/attach/202009033836-O1-Afzy072m.pdf)

2. Pengembangan di peringkat global
Nippon Express menggunakan sepenuhnya kekuatan rangkaian global mereka untuk menghubungkan fungsi infrastruktur dan penghantaran dalam mengembangkan rangkaian logistik luar negara yang menjamin keselamatan di peringkat global seperti yang diperlukan untuk logistik farmaseutikal.

Secara khusus, Syarikat itu sedang membina CFS yang patuh GDP di lokasi perniagaan farmaseutikal utama di luar negara. Ia telah membuka CFS yang diperakui GDP di London dan Milan, yang kedua-duanya menjadi hos kluster bagi pengeluar ubat-ubatan baharu, dan juga di India, di mana generik sedang mendorong pertumbuhan pasaran yang mantap; di Amerika Syarikat, pasaran terbesar di dunia, pensijilan GDP diperolehi di Chicago. Selain meningkatkan lokasi perniagaan di Eropah dan Amerika Syarikat, Nippon Express sedang merancang untuk mendapatkan pensijilan GDP di negara-negara Asia di mana perkhidmatan perubatan semakin mudah diakses.

Syarikat itu akan terus meningkatkan rangkaian mereka di masa hadapan melalui urus janji M&A dan kaedah lain dengan tujuan untuk menawarkan penyimpanan dan pengedaran logistik di pasaran utama di seluruh dunia.

(Butiran2: https://kyodonewsprwire.jp/attach/202009033836-O2-4yhK22xX.pdf)


3. Meningkatkan kecanggihan rantaian bekalan melalui satu pendekatan yang dipacukan oleh data
Nippon Express telah mewujudkan sebuah Pejabat Strategi Platform Digital yang baharu pada April 2020 untuk menyediakan industri farmaseutikal dan industri lain dengan penyelesaian yang direka untuk mengoptimumkan sepenuhnya rantaian bekalan mereka.

Pembinaan sedang dijalankan pada satu platform digital bagi industri farmaseutikal yang akan menggunakan peranti loT dan teknologi blok rantai untuk menghubungkan kawalan suhu dan maklumat logistik yang lain dari akhir ke akhir, dan terdapat rancangan untuk menggunakan maklumat logistik bagi mengembangkan perkhidmatan pengedaran komersial.

Syarikat itu juga bekerjasama dengan pegawai-pegawai industri untuk mempertimbangkan menjadikan platform digital ini sesuatu yang terbuka agar pihak yang berminat dapat menggunakannya secara bersama.

(Imej2:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M103866/202009033836/
_prw_PI3fl_Yf3ip17q.jpg
)

(Butiran3: https://kyodonewsprwire.jp/attach/202009033836-O3-PtitIuo5.pdf)

Dalam mengejar misi sosial mereka untuk menjadi satu kuasa pendorong di dalam pembangunan masyarakat melalui logistik, Nippon Express akan memanfaatkan sepenuhnya rangkaian bekalan farmaseutikal global mereka untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan mereka di dalam industri farmaseutikal dan mewujudkan nilai baharu melalui logistik.

Laman web Nippon Express: http://www.nipponexpress.com/

Akaun Rasmi LinkedIn: KUMPULAN NIPPON EXPRESS
https://www.linkedin.com/company/nippon-express-group/

SUMBER: Nippon Express Co., Ltd.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.