ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  ​SHENYANG: FESTIVAL MUZIK SIMFONI SUNGAI HUN KE-6 DIBUKA DENGAN MEGAH

Tuesday 08/09/2020

AsiaNet 85458

Table
Festival Muzik Simfoni Sungai Hun ke-6 telah dibuka dengan megah di Shenyang pada malam 4 September.


SHENYANG, China, 8 Sept., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Festival Muzik Simfoni Sungai Hun ke-6 telah dibuka dengan megah di Shenyang pada malam 4 September.

Tema bagi festival itu adalah “Meraih keseluruhan kekayaan, berkongsi suatu kehidupan yang lebih baik”. Empat persembahan telah diatur dari 4 hingga 9 September, menurut Jabatan Publisiti bagi Perbandaran Shenyang.

Upacara pembukaan “Night of Hun River” telah dilakukan oleh simfoni Shenyang. Ahli muzik itu telah mempersembahkan muzik orkestra seperti “The Northeast Wind”, “A suite excerpt from The Yellow Fever”, “Beautiful Gerati Overture” dan “Spanish Cappella”, dan ia akan terus membawa satu pesta seni yang elegan kepada penonton di Taman ShenShuiWan pada 9 September. Sebagai tambahan, Orkestra Simfoni Teater Seni Kebangsaan Inner Mongolia akan mengadakan sebuah konsert di Teater Utama Shengjing dan Taman ShenShuiWan masing-masing pada 6 dan 8 September.

Banyak orkestra dalam negeri yang terkenal termasuk Orkestra Simfoni Wuhan telah merakamkan video bagi persembahan mereka, yang disiarkan di skrin langsung besar untuk menambah baik festival muzik itu. Pada masa yang sama, akan ada tiga sesi “konsert dalam talian” dan “kursus dalam talian”, di mana orang awam dan peminat simfoni dapat mendengar muzik pada platform Einstein FM.

Festival Muzik Simfoni Sungai Hun ke-6 itu telah memperlihatkan gaya dan ciri-ciri serba baharu, memperkayakan kehidupan kebudayaan amatur, menyebarkan suara paling merdu, menonjolkan kebudayaan bandar raya itu, reputasi dan populariti yang semakin membesar, yang telah berkembang untuk mewujudkan imej metropolis yang bergaya, moden, dan bersifat antarabangsa.
 
Sumber: Jabatan Publisiti bagi Perbandaran Shenyang

Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=370855
 
   Kapsyen: Festival Muzik Simfoni Sungai Hun ke-6 telah dibuka dengan megah di Shenyang pada malam 4 September.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.