ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  LIMA DARIPADA PRODUK PLASMA STRAIN LACTOCOCCUS LACTIS DARI PROPRIETARI KIRIN DIDAFTARKAN SEBAGAI "MAKANAN DENGAN TUNTUTAN FUNGSI"

Friday 07/08/2020



Table
Plasma strain Lactococcus lactis (Foto: Business Wire)

- Sistem Imun Sokongan Makanan yang Pertama yang bakal Terdapat di Jepun –

TOKYO, 7 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Kirin Holdings Company, Limited (TOKYO: 2503) hari ini mengumumkan bahawa lima daripada produk*1 mereka yang menggunakan Plasma strain Lactococcus lactis telah didaftarkan sebagai Makanan dengan Tuntutan Fungsi dengan Agensi Hal Ehwal Pengguna Jepun (CAA). Ini adalah merupakan kali pertama bahawa sebuah produk yang berkaitan dengan sistem imun telah didaftarkan di Jepun. Apabila pendaftaran diterima oleh CAA, pelabelan “tuntutan fungsi” (biasanya faedah kesihatan) pada produk menjadi mungkin. Pendaftaran ini memberikan nilai kebolehpercayaan dan kepastian semula bagi pengguna apabila memilih produk.
* 1: Tiga minuman ringan dan dua makanan tambahan, yang akan diumumkan kelak.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200807005123/en/


Visi Kumpulan Kirin 2027 menetapkan matlamat yang luas untuk mewujudkan nilai merentasi dunia makanan & minuman kepada farmaseutikal dan menjadi sebuah pemimpin dunia di dalam CSV*2. Untuk menambahkan domain Makanan & Minuman Kumpulan itu yang sedia ada dan domain Farmaseutikal, Kumpulan itu telah melancarkan sebuah domain baharu Sains Kesihatan untuk membantu orang ramai kekal cergas dan sihat dengan memanfaatkan fermentasi termaju dan bioteknologi yang telah dikumpulkan oleh Kumpulan itu sejak sekian lama. Satu daripada contohnya ialah memanfaatkan penyelidikan Kumpulan itu selama 35 tahun yang membawa kepada pengembangan Plasma strain Lactococcus lactis, yang dibangunkan bersama merentasi syarikat-syarikat Kumpulan. Bergerak ke hadapan, Kumpulan Kirin akan mempercepatkan penjualan domestik serta memperluaskan penjualan produk di luar negara yang menggunakan Plasma strain Lactococcus lactis, yang membawa kepada sumbangan selanjutnya kepada kesihatan dan kesejahteraan masyarakat global.
* 2: Mewujudkan Nilai Berkongsi. Nilai tambah yang digabungkan untuk pengguna dan juga bagi masyarakat amnya.
 
Plasma strain Lactococcus lactis dari proprietari Kirin

Plasma strain Lactococcus lactis itu adalah sejenis strain bagi Lactococcus lactis, yang merupakan sejenis bakteria asid laktik semula jadi yang digunakan terutamanya untuk fermentasi bagi keju dan yogurt. Plasma strain Lactococcus lactis adalah sebuah produk penyelidikan bersama oleh Kirin Holdings, Koiwai Dairy Products, dan Kyowa Hakko Bio, dan sejumlah kertas kerja yang relevan telah diterbitkan dan banyak pembentangan telah diberikan kepada masyarakat perubatan dengan kerjasama sekolah-sekolah perubatan dan institusi penyelidikan.

Ringkasan bagi Pendaftaran Pelabelan Makanan Fungsian kepada CAA

Produk ini mengandungi Plasma strain Lactococcus lactis. Ia telah menunjukkan bahawa ia menyokong pemeliharaan sistem imun di dalam individu yang sihat dengan merangsangkan pDC (sel dendritik plasmasitoid).

[Bahan Fungsian]
Plasma strain Lactococcus lactis (100billion/hari)

Maklumat Label Bekas dan Pembungkusan

1.  “Menyokong pemeliharaan bagi sistem imun di dalam individu yang sihat” (petikan daripada ringkasan pendaftaran di atas)
2.  “Bakteria asid laktik yang pertama di dunia yang merangsang pDC”
*: Kertas kerja yang diterbitkan buat pertama kali di dunia mengenai kesan bakteria Asid laktik pada pDC
(Berdasarkan kepada laman web terbitan berkala bahan perubatan dan PubMed) 
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20200807005123/en/


Hubungi

Hubungan Media
Jabatan Komunikasi Korporat
Kirin Holdings Company, Limited
Russell Roll
Nakano Central Park South, 4-10-2 Nakano, Nakano-ku, Tokyo
Tel +81-3-6837-7028
alamat e-mel: Russell_Roll@kirin.co.jp
Halaman Kirin Holdings: www.kirinholdings.co.jp/english/ 

Sumber : Kirin Holdings Company, Limited

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.