ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  SOKA GAKKAI MEMINTA BAGI PENGHAPUSAN SENJATA NUKLEAR, MENDESAK PENGESAHAN PERJANJIAN PENGHARAMAN SENJATA NUKLEAR PBB PADA ULANG TAHUN KE-75 PENGEBOMAN BOM ATOM

Friday 07/08/2020

AsiaNet 85034

TOKYO, 7 Ogos, 2020 /Kyodo JBN/ --

Pada 6 Ogos, untuk memperingati ulang tahun ke-75 pengeboman bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki, organisasi penganut agama Buddha Soka Gakkai telah mengeluarkan satu kenyataan yang menggesa penghapusan senjata nuklear dan pelaksanaan awal bagi penguatkuasaan Perjanjian Pengharaman Senjata Nuklear (TPNW).

Soka Gakkai berikrar akan melakukan segala usaha untuk penghapusan sepenuhnya senjata nuklear dan juga mendesak kerajaan Jepun untuk bergerak ke arah penyertaan di dalam TPNW, dengan menyatakan, “Pada saat yang sangat penting ini, kerajaan Jepun, satu-satunya negara yang telah menderita akibat pengeboman bom atom semasa perang, harus mengumumkan kesediaan mereka untuk mempertimbangkan penyertaan di dalam TPNW, seterusnya secara positif membentuk wacana mengenai penghapusan senjata nuklear di dalam komuniti antarabangsa.”

Dalam kenyataan itu, Yoshiki Tanigawa, pengerusi bagi Majlis Soka Gakkai mengenai Isu-isu Keamanan, menyatakan, “Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ada tanda-tanda bahawa satu perlumbaan senjata nuklear di kalangan negara-negara yang memiliki senjata nuklear sudah kembali meningkat. Pada masa yang sama, penyebaran global bagi novel koronavirus telah menunjukkan bahawa kekuatan ketenteraan tidak mampu untuk menyelesaikan cabaran global, dan ini memaksa kita untuk menghadapi persoalan tentang apa yang merupakan keamanan tulen bagi manusia sejagat.”

Lihat kenyataan penuh di  
https://www.sgi.org/in-focus/press-releases/75th-anniversary-hiroshima-and-nagasaki.html
 
Pada masing-masing 6 dan 8 Ogos, Soka Gakkai di Hiroshima dan Nagasaki akan mengadakan perjumpaan dalam talian untuk mendengar testimoni mengenai hibakusha, mangsa yang terselamat daripada pengeboman bom atom. Sepanjang tahun lalu, ahli-ahli belia di daerah-daerah ini telah terus mengumpulkan testimoni tentang pengalaman masa perang, termasuk dari hibakusha, yang bertujuan untuk menerbitkan jilid terbaharu pada musim luruh ini. Soka Gakkai di Jepun akan juga mengadakan satu sidang kemuncak belia dalam talian ke arah penolakan perang pada September.

Di peringkat global, SGI (Soka Gakkai International), dengan kira-kira 200 organisasi yang berlainan latar belakang kepercayaan, termasuk agama Buddha, Kristian, Hindu, Jain, Yahudi, Muslim dan tradisi peribumi, telah menandatangani satu Kenyataan Antara Agama Bersama pada Ulang Tahun ke-75 bagi Pengeboman Bom Atom di Hiroshima dan Nagasaki. Kenyataan itu menyatakan dengan tegas bahawa “kehadiran bahkan satu senjata nuklear pun melanggar prinsip teras bagi tradisi kepercayaan kita yang berbeza dan mengancam kehancuran yang tidak dapat dibayangkan bagi segala-gala yang kita sayangi.” Ia menyusun atur akibat alam sekitar, kesihatan dan ekonomi bagi satu letupan nuklear dan mendesak kerajaan-kerajaan untuk mengesahkan TPNW. Ini adalah kenyataan antara agama yang kedua belas yang dikeluarkan sejak tahun 2014, yang disokong oleh semakin banyak kumpulan agama.

Baca kenyataan itu di sini:
https://20561860-86b7-4801-a5d6-af3a3b4e6a59.filesusr.com/ugd/dca5da_26cbc5f57ae94e36a3394ff914d00893.pdf
 
Soka Gakkai adalah sebuah organisasi penganut agama Buddha dengan 12 juta ahli di seluruh dunia yang menggalakkan keamanan, budaya dan pendidikan. Soka Gakkai telah berusaha ke arah menghapuskan senjata nuklear selama 60 tahun, sejak Deklarasi yang Menggesa bagi Penghapusan Senjata Nuklear yang dikeluarkan oleh Presiden Soka Gakkai kedua Josei Toda pada 8 September, 1957.
 
Sumber: Soka Gakkai
 
Hubungi:
Joan Anderson
Pejabat Antarabangsa bagi Maklumat Awam
Soka Gakkai
Tel: +81-80-5957-4711
E-mel: Anderson[at]soka.jp
www.sgi.org 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.