ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  CROCUS TECHNOLOGY MEMPERKENALKAN PENDERIA SUDUT 2D TMR XTREMESENSE™ GENERASI KE-2

Thursday 06/08/2020



CT310, penderia 2D TMR lasak disasarkan untuk aplikasi yang menuntut pengesanan kedudukan sudut tanpa sentuhan, berketepatan tinggi

SANTA CLARA, Calif., 6 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
Crocus Technology Inc., pembekal utama penderia Magneto-Rintangan Terowong (TMR) XtremeSense™ yang distruptif, hari ini mengumumkan penderia CT310, penderia sudut dua dimensi (2D) yang berkeupayaan ukuran beresolusi tinggi disebabkan prestasi hingar rendahnya.  CT310 ialah produk pengganti generasi seterusnya untuk CT300 yang dikeluarkan pada tahun 2018.

CT310 dibangunkan menggunakan teknologi 2D TMR XtremeSense™ berpaten Crocus yang membolehkan prestasi tinggi dengan ralat sudut yang ultra-rendah dan kestabilan hebat melalui julat magnetik, suhu dan voltan yang luas untuk memenuhi keperluan permintaan pasaran. CT310 terdiri daripada dua rangkaian perintang titi penuh yang mempunyai julat pengendalian sebanyak 25 mT hingga 90 mT. Melalui julat ini, CT310 mengekalkan ralat sudut yang kurang daripada 0.25° dengan pampasan melalui julat suhu luas sebanyak -40°C hingga +150°C. CT310 boleh digunakan dalam konfigurasi hujung aci atau sisi aci dengan respons frekuensi yang sangat tinggi, dan penggunaan arus kurang daripada 250 µA.

“CT310, dibina dengan teknologi 2D TMR XtremeSense™ Crocus, ialah penderia kedudukan sudut lasak dengan prestasi yang mendahului peranti pesaing dari segi ketepatan, resolusi, penggunaan kuasa dan kebolehharapan melalui dedahan suhu dengan medan magnetik besar,” kata Zack Deiri, Presiden dan CEO Crocus Technology. Kesensitifan tinggi (400mV/V) CT310 membolehkan pereka bentuk untuk menggunakan peranti dalam sistem mereka tanpa memerlukan komponen luaran seperti penguat yang mengurangkan kos penyelesaian keseluruhan. CT310 amat sesuai dengan aplikasi pengekod magnetik yang menggantikan teknologi mekanikal dan optik yang telah lapuk. CT310 menawarkan penyelesaian penderiaan sudut tanpa sentuhan untuk aplikasi seperti dron, kawalan motor, robotik, barangan putih, dan automotif. Crocus menawarkan papan penilaian dengan output digital dan analog yang mudah digunakan untuk meringkaskan dan mempercepat penilaian produk oleh pelanggan.”   

CT310 tersedia dalam in wafer/KGD (Known-Good-Die), suatu pakej TSSOP 8-lead, dan dalam pakej profil ultra-rendah dan DFN 8-lead faktor bentuk kecil 2.00 x 2.00 x 0.45 mm. Sampel tersedia sekarang dan akan memasuki pengeluaran penuh pada bulan September 2020.

Perihal Crocus Technology

Crocus Technology membangunkan dan mengeluarkan penderia magnetik canggih berdasarkan teknologi penderia TMR XtremeSense yang dipatenkan. Teknologi penderia magnetik yang disruptif Crocus membawa kemajuan yang ketara kepada IoT dan peranti pintar, aplikasi industri, pengguna, perubatan dan elektronik automotif yang memerlukan ketepatan tinggi, resolusi tinggi, prestasi suhu yang stabil dan penggunaan kuasa yang rendah. Crocus beribu pejabat di Santa Clara, California. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.crocus-technology.com.

© 2020 Crocus Technology International Corp.  Hak cipta terpelihara.  Crocus Technology, XtremeSense dan gabungan daripadanya ialah tanda dagangan Crocus Technology Inc. dan Crocus Technology SA. Nama lain adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan mungkin ialah tanda dagangan pemilik masing-masing

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:  

Wayne Seto
Crocus Technology
Tel: +1-408-380-8316
E-mel: wseto@crocus-technology.com

SUMBER: Crocus Technology

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.