ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  AIRLINERATINGS.COM MELANCARKAN PENARAFAN COVID-19

Thursday 06/08/2020

AsiaNet 84866

PERTH, Australia, 6 Ogos, 2020 / Medianet International-AsiaNet/-- 

Sebuah dunia yang tidak menentu bermaksud perjalanan dengan selamat kini sangat penting dan perkhidmatan baharu yang signifikan daripada AirlineRatings.com membolehkan anda untuk melenyapkan kerisauan dalam memilih sebuah syarikat penerbangan.

Kami menjawab soalan-soalan yang berada di bibir semua orang: syarikat penerbangan mana yang telah melaksanakan sepenuhnya protokol COVID-19 dan juruterbang syarikat penerbangan mana yang telah dilatih dengan betul?

Dua perkara yang pertama kali diperkenalkan dalam industri itu, satu-satunya laman web penarafan keselamatan, dan produk di dunia memberikan lebih ketenangan fikiran kepada penumpang dengan satu sistem penarafan keselamatan yang terperinci yang memberi tumpuan kepada kesihatan penumpang semasa COVID-19 dan satu pemahaman ke dalam hasil penerbangan yang penting bagi beratus-ratus syarikat penerbangan.

Bagi satu bintang pematuhan COVID-19, syarikat-syarikat penerbangan harus melepasi empat daripada enam kriteria:
maklumat laman web mengenai prosedur COVID-19; pelitup muka untuk penumpang; peralatan perlindungan diri untuk kru kabin; perkhidmatan makanan yang diubah suai; kebersihan yang mendalam bagi pesawat; dan penjarakan sosial semasa menaiki pesawat. 

Ketua Pengarang, Geoffrey Thomas, berkata bahawa: “adalah membimbangkan untuk mendapati bahawa banyak syarikat penerbangan nampaknya tidak mematuhi dengan piawaian COVID-19 yang dipersetujui untuk melindungi penumpang dan anak kapal.”

“Ini sedang berubah dan pasukan kami sedang mengkaji semula pematuhan pada kadar mingguan,”  kata Thomas.

Semasa memperkenalkan penarafan COVID-19 itu, AirlineRatings.com telah memperincikan sistem penarafan mereka untuk memberi tumpuan kepada insiden serius sebagai satu panduan kepada prestasi pengendalian dan latihan juruterbang bagi sesebuah syarikat penerbangan.

Di dalam satu pengenalan baharu di dalam industri, Airline Ratings telah memeriksa lebih 11,000 laporan kejadian serius sejak tahun 2015 untuk mencapai kepada satu penarafan insiden bagi syarikat-syarikat penerbangan. Insiden dan kejadian terhempas menyumbang bagi lima daripada penarafan tujuh bintang mereka. 

Penyiapan atau pematuhan bagi audit – senarai hitam ICAO, IOSA, EU dan senarai terhad FAA – menjadikan satu bintang tambahan.

Mengulas Thomas berkata: “Terdapat kebimbangan yang semakin meningkat di seluruh industri berkaitan beberapa isu prestasi juruterbang dan kami telah mengembangkan sistem penarafan kami yang memberikan lebih tumpuan kepada hasil.”

“Dalam beberapa insiden sejak akhir-akhir ini, juruterbang telah sama ada tidak menghiraukan langsung arahan ATC, mengabaikan berulang kali amaran kokpit  atau mengabaikan prosedur syarikat – atau, dalam satu kes, ketiga-tiganya.”

“Skandal lesen juruterbang palsu juga telah membawa kepada fokus tajam bahawa di beberapa bahagian di dunia untuk mendapatkan sebuah lesen juruterbang boleh disalahgunakan.”

Maklumat:
AirlineRatings.com (https://www.airlineratings.com/) menilai tahap keselamatan dan produk dalam penerbangan bagi 380 syarikat penerbangan. Ia digunakan oleh berjuta-juta penumpang dan adalah merupakan piawaian industri untuk penarafan.

Untuk maklumat lanjut:
Geoffrey Thomas
+61 41 793 6610
Geoffrey.thomas@AirlineRatings.com
Twitter:  @Airline_ratings

SUMBER: AirlineRatings.com 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.