ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 16, 2024 -Selasa

 
  PEJABAT SATELIT LAHAD DATU, SABAH BEROPERASI MULAI 10 OGOS 2020

Tuesday 04/08/2020



KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa Pusat Khidmat Hasil (PKH) Lahad Datu telah berpindah dan dinaik taraf kepada Pejabat Satelit Lahad Datu.
 
Pejabat Satelit Lahad Datu ini akan mula beroperasi pada 10 Ogos 2020 (Isnin) dan merupakan Pejabat Satelit LHDNM yang ketiga selepas Pejabat Satelit Cyberjaya, Selangor dan Pejabat Satelit Batu Pahat, Johor.
 
Pejabat Satelit LHDNM berfungsi sebagai pusat sehenti (one stop centre) LHDNM yang terletak di luar kawasan cawangan utama dengan tujuan untuk mendekatkan perkhidmatan LHDNM kepada pembayar cukai / pelanggan di samping memberikan perkhidmatan yang lebih meluas berbanding PKH termasuklah perkhidmatan percukaian, duti setem serta perkhidmatan lain. 
Maklumat Pejabat Satelit Lahad Datu adalah seperti berikut:
 
PEJABAT SATELIT LAHAD DATU
NO.9, 10, 11 & 12, TINGKAT BAWAH
BLOK A, HARBOUR TOWN
91100 LAHAD DATU, SABAH
No. Telefon              : 089-888 340 / 089-883 792
No. Faksimile           : 089-889 446
 
Pejabat Satelit Lahad Datu ini berada di bawah seliaan LHDNM Cawangan Tawau.

Antara perkhidmatan yang akan disediakan adalah:

1.         Percukaian;
2.         Duti Setem;
3.         Bantuan Sara Hidup; dan
4.         ez-HASiL (e-Filing, e-Daftar, ByrHASiL dan lain-lain).
 
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara ini juga boleh diajukan kepada LHDNM melalui:

a)        Hasil Care Line (HCL) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b)        HASiL Live Chat;
c)        Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; dan 

d)       Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu;

          - Facebook - https://www.facebook.com/LHDNM
          - Twitter - https://twitter.com/LHDNMofficial 
 
Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tarikh: 04 Ogos 2020 

SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia


UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel: 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21695/21674/21663
Faks: 03-8313 7873
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.