ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 16, 2024 -Selasa

 
  BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD LANCAR KEMPEN DEPOSIT BAHARU 'SIMPAN & MENANG LEBIH KAW KAW'

Monday 03/08/2020



03 Ogos 2020
 
Ucapan oleh En. Zury Rahimee Zainal Abiden 
Naib Presiden Kanan, Bahagian Perbankan Konsumer, Bank Muamalat Malaysia Berhad
 
Bismillahirrahmannirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
 
1. Alhamdullilah, segala puji bagi Allah SWT kerana dengan berkat dan limpahan rahmat-NYA maka kami di Bank Muamalat Malaysia Berhad berpeluang untuk melancarkan kempen deposit terbaharu, ‘Simpan & Menang Lebih Kaw Kaw’ dan menyempurnakan penyampaian hadiah utama kempen terdahulu ‘Simpan dan Menang Kaw Kaw.’ 
 
2. Tahniah saya ucapkan kepada semua pemenang hadiah Kempen ‘Simpan dan Menang Kaw Kaw.’
 
3. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pelanggan yang telah menyokong Kempen ‘Simpan dan Menang Kaw Kaw’ anjuran Bank Muamalat.
  
Tuan-tuan dan Puan-puan,
 
4. Bagi tempoh separuh pertama 2020, Bank Muamalat mencatatkan pertumbuhan nilai deposit  sebanyak 25 peratus bagi akaun Semasa kepada RM5.5 bilion dan 27 peratus kenaikan bagi akaun Simpanan kepada RM1.8 bilion.
 
5. Sukacita ingin saya maklumkan  bahawa Kempen ‘Simpan dan Menang Kaw Kaw yang berlangsung selama sembilan (9) bulan bermula dari 7 Ogos 2019 sehingga 30 April 2020 berjaya mencatatkan pertumbuhan nilai deposit sebanyak RM292.88 juta.
 
6. Jumlah ini mengatasi sasaran yang ditetapkan, dengan pertambahan bilangan akaun sebanyak 63 peratus secara keseluruhan.
 
Tuan-tuan dan Puan-puan,

7. Susulan penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas baru-baru ini, kebanyakan penyimpan kini menerima kadar keuntungan yang lebih rendah bagi akaun simpanan dan semasa. 
 
8. Sudah pastinya, scenario ini memaksa pelanggan untuk menilai semula strategi menyimpan dan pelaburan untuk memastikan pulangan yang lebih optimum.

9. Berikutan sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelanggan untuk Kempen ‘Simpan & Menang  Kaw Kaw’,  Bank Muamalat hari ini melancarkan kempen deposit terbaharu iaitu ‘Simpan & Menang Lebih Kaw Kaw’ bagi tempoh setahun bermula 1 Ogos 2020 sehingga 31 Julai 2021.
 
10. Kempen ini diadakan untuk tahun kedua berturut-turut bertujuan menggalakkan para pelanggan bank untuk membuat simpanan dan berpeluang memenangi pelbagai termasuk, hadiah utama wang tunai bernilai RM 1,000,000.
 
11. Kempen ini menetapkan sasaran deposit terkumpul sebanyak RM400 juta.
 
Tuan-tuan dan Puan-puan,
 
12. Kempen ‘Simpan & Menang Lebih Kaw Kaw’ memberi peluang kepada pelanggan untuk memenangi pelbagai hadiah dalam bentuk wang tunai dan kenderaan.
 
13. Untuk makluman, Kempen ‘Simpan & Menang Lebih Kaw Kaw’ menawarkan jumlah hadiah keseluruhan mencecah RM2.54 juta, iaitu LEBIH ganjaran berbanding kempen terdahulu.
 
14. Kali ini, jumlah hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan meningkat hampir dua kali ganda kepada 917 pemenang.
 
15. Hadiah yang ditawarkan termasuk hadiah utama, wang tunai bernilai RM1,000,000, dua buah Honda CRV, sebuah Honda Civic dan sebuah Proton X70 untuk cabutan suku tahunan.
 
16. Selain itu, hadiah wang tunai juga ditawarkan untuk cabutan bulanan peringkat kebangsaan dan cabutan bulanan tempatan.
 
Tuan-tuan dan Puan-puan,
 
17. Untuk kempen kali ini, Bank Muamalat turut memperkenalkan satu lagi cabutan bulanan khas untuk kategori pesara yang berumur 55 tahun ke atas yang menawarkan hadiah wang tunai.

18. Kempen ini sejajar dengan komitmen Bank Muamalat untuk memupuk tabiat menyimpan dalam kalangan masyarakat, di samping memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati ganjaran yang menarik.
 
19. Sertai kami dalam Kempen ‘Simpan & Menang Lebih Kaw Kaw’
 
20. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.muamalat.com.my atau kunjungi cawangan Bank Muamalat terdekat anda.
 
Sekian. Terima Kasih.

Wabillahi al-taufil walhidayah wassalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh 


SUMBER : Bank Muamalat Malaysia Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Saidatul Leiza Suleiman
Tel : +6011 1061 5266
E-mel : leiza@muamalat.com.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.