ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 18, 2024 -Khamis

 
  AGROBANK SAMBUT BAIK PENGUMUMAN YAB PERDANA MENTERI AKAN LANJUTAN MORATORIUM SASARAN

Thursday 30/07/2020



Table
Penanggung Tugas / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank 


KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Sejajar dengan langkah-langkah yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 29 Julai 2020, Agrobank menyambut baik inisiatif yang diambil oleh Kerajaan mengenai lanjutan tempoh moratorium pembiayaan bank akan diberikan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pemotongan gaji pada tahun ini untuk membolehkan rakyat Malaysia menghadapi situasi ekonomi yang timbul akibat wabak COVID-19.

“Selepas tiga bulan, tempoh moratorium dapat dilanjutkan oleh bank bergantung kepada keadaan individu. Bagi individu yang bekerja tetapi telah dipotong gaji, ansuran bulanan mereka akan dikurangkan seiring dengan pemotongan gaji mereka," kata Muhyiddin dalam satu pengumuman yang disiarkan di televisyen pada hari Rabu (29 Julai).

Mengulas mengenai pengumuman tersebut, Khadijah Iskandar, Penanggung Tugas Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank berkata, "Agrobank menyambut baik langkah proaktif yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri untuk membantu rakyat Malaysia yang masih mengalami kekangan kewangan dalam tempoh yang mencabar ini."

“Sebagai institusi kewangan yang sentiasa mengutamakan kesejahteraan dan kepentingan masyarakat dan komuniti dalam industri pertanian, kami berharap ini dapat membantu pelanggan kami yang menghadapi masalah kewangan dan membolehkan mereka memberi tumpuan kepada perkara lain yang lebih kritikal dalam kehidupan mereka," tambahnya.

Khadijah mengulas lebih lanjut, selain dari dua kumpulan sasaran ini, pelanggan lain yang terjejas juga dialu-alukan untuk menghubungi pegawai di cawangan atau pengurus perhubungan masing-masing untuk membincangkan kemungkinan penyelesaian bagi mengatasi cabaran kewangan yang mereka hadapi.

“Sekiranya situasi berlanjutan, pihak bank akan mempertimbangkan kemungkinan untuk menawarkan penyusunan dan penjadualan semula pembiayaan dan ini terbuka kepada kedua-dua pelanggan perniagaan dan PKS kami serta individu yang terkesan oleh situasi semasa dan ianya akan dinilai kes berdasarkan kes,” tambahnya.

Menurut Khadijah, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ini merupakan peringkat kedua Agrobank mengambil langkah proaktif untuk mendukung mereka yang terkesan oleh wabak COVID-19. Agrobank turut menggalakkan perniagaan untuk mengakses strategi dan perancangan perniagaan semasa mereka dan membincangkan bagaimana untuk terus maju dengan pegawai banknya.

Pelanggan boleh menghubungi pusat hubungan pelanggan bank di 1-300-88-2476 atau mengunjungi cawangan terdekat untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai bantuan yang ada.

Mengenai Agrobank
Agrobank adalah peneraju dalam pembiayaan pertanian dan perbankan berasaskan nilai (VBI)* di Malaysia. Ditubuhkan pada 1969, Agrobank terlibat secara aktif mencatatkan pertumbuhan dan pembangunan industri pertanian di Malaysia dengan menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah merentasi pelbagai segmen pelanggan termasuk pelanggan korporat, komersial, konsumer, pembiayaan perdagangan dan pembiayaan mikro.  Agrobank merupakan sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya sejak 1 Julai 2015.

Sebagai sebuah IKP (Institusi Kewangan Pembangunan) yang berorientasikan pelanggan, fokus utama Agrobank adalah untuk mengukuhkan sektor pertanian.  Justeru itu, Agrobank beriltizam untuk bergerak seimbang dalam melaksanakan peranan pembangunan dan komersialnya bagi memanfaatkan sektor pertanian.  Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang menyeluruh untuk komuniti pertanian; merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan untuk aktiviti hiliran seperti pemprosesan, pemasaran dan jualan produk pertanian kepada pengguna.

Agrobank juga menawarkan penyelesaian pembiayaan perbankan runcit untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti-pertanian. Ini dapat dilaksanakan menerusi kesemua 192 buah rangkaian untuk pelanggan Bank merangkumi 138 cawangan, 1 perbankan agro, 1 perbankan maya, 10 pusat pembiayaan komersial, 34 kiosk, 8 sudut & pusat agro.

Pada tahun 2019, Agrobank meraikan ulang tahun Jubli Emas menandakan 50 tahun penubuhannya membangunkan industri agro.

www.agrobank.com.my

 *VBI atau perantaraan berasaskan nilai merupakan satu inisiatif daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertujuan untuk menambah nilai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam bagi menggalakkan keusahawanan, kesejahteraan komuniti, kelestarian alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi tanpa mengabaikan pulangan kepada para pemegang saham.

Dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Strategik, Agrobank

SUMBER: Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Shahreen Rahim
Ketua Bahagian Perhubungan Awam
Jabatan Komunikasi Strategik, Agrobank
Tel: 03-2731 1600 (ext 1660) / +6012 943 6217
E-mel: shahreen.rahim@agrobank.com.my

Nama: Rasheffa Rashid
Eksekutif Kanan, Perhubungan Awam
Jabatan Komunikasi Strategik, Agrobank
Tel: 03-2731 1600 (ext 1650) / +019 2729907
E-mel: rasheffa@agrobank.com.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.