ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  PAKEJ TIKET "TERBANG SESUKA HATI" CHINA EASTERN UNTUK PERJALANAN HUJUNG MINGGU TANPA HAD MENINGKATKAN EKONOMI KITARAN

Monday 13/07/2020

AsiaNet 84753

Table
Penumpang yang mendarat di Chongqing memuji slogan “Dunia ini adalah amat besar. Mari kita lihat!"


SHANGHAI, 13 Julai, 2020 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Lebih 150,000 orang telah menikmati penerbangan mereka di bawah pakej diskaun tiket penerbangan “terbang sesuka hati” yang dilancarkan oleh China Eastern Airlines (juga dikenali sebagai China Eastern) sepanjang dua hujung minggu yang lalu.

Sebagai pakej diskaun tiket penerbangan yang pertama seumpamanya dilancarkan di China yang membolehkan penumpang untuk menikmati penerbangan hujung minggu tanpa had sehingga 31 Disember, “terbang sesuka hati” itu yang dilancarkan pada 18 Jun berharga 3,322 yuan (kira-kira $473.72). Produk itu amat dialu-alukan oleh pengembara beg galas dan pekerja migran. Sebahagian warga siber malah menyebutnya sebagai “satu rahmat untuk perhubungan jarak jauh”.

Ekoran wabak COVID-19 telah secara efektif dapat dikawal di China, 150,000 orang penumpang terbang untuk menikmati percutian atau menziarah keluarga mereka dengan menggunakan pakej tiket itu, yang telah menjadi satu topik hangat dan satu aktiviti ekonomi yang luar biasa di China.

Faktor muatan penumpang secara purata bagi penerbangan China Eastern dari Shanghai ke lebih dari 10 destinasi meningkat hampir 20 peratus, dengan angka bagi sebahagian penerbangan telah melebihi 90 peratus. Beberapa penerbangan popular telah menyaksikan perkadaran bagi penumpang yang “terbang sesuka hati” melebihi 90 peratus. Walaupun syarikat itu telah menghantar pesawat badan lebar seperti B777 dan A350 ke penerbangan popular, ia masih tidak dapat memenuhi permintaan perjalanan penumpang yang semakin meningkat.

Langkah perintis itu juga telah mencetuskan perbincangan sosial. Jeff Yu, seorang rakan di pejabat Beijing bagi perundingan Roland Berger, berkata bahawa bahagian yang paling patut diberikan perhatian bagi “terbang sesuka hati” itu adalah bukan hanya pada harga atau model perniagaan, tetapi data ujian sebenar, yang akan membantu memberikan pandangan bernilai ke dalam dan sokongan bagi pemulihan sepenuhnya bagi bidang penerbangan.

Dengan “terbang sesuka hati” mengisi kekosongan pasaran dan memacukan permintaan perjalanan, China Eastern telah digelar “pencari laluan” dan “penunjuk arah angin” oleh orang dalam industri dan media. Terdapat lebih 20,000 laporan berita mengenai produk itu yang diterbitkan oleh lebih 1,000 outlet media. Mengetepikan keuntungan dan kerugian, “terbang sesuka hati” sudah menjadi satu produk yang sangat berjaya oleh kerana topikaliti dan publisitinya, kata Xiong Wei, seorang calon PhD yang membuat pengkhususan di dalam undang-undang penerbangan di McGill University.

Syarikat penerbangan lain di China telah melancarkan produk yang serupa berikutan “terbang sesuka hati”. Pada 21 Jun, China Express telah melancarkan satu pakej tiket penerbangan yang serupa. Pada 1 Julai, Hainan Airlines mengumumkan bahawa 12 syarikat penerbangan mereka akan bersama-sama melancarkan satu pakej tiket penerbangan dengan destinasi terhad.

China Eastern berharap bahawa “terbang sesuka hati” mereka dapat membantu meningkatkan perniagaan di dalam bidang pelancongan dan perhotelan, agar industri yang relevan dapat bersama-sama menampung keperluan pada masa yang sukar itu, kata seorang eksekutif di jabatan perkhidmatan China Eastern. Oleh kerana wabak COVID-19 telah memberikan impak yang ketara kepada ekonomi, satu pakej tiket yang popular boleh membawa kepada hasil yang lebih positif di dalam penggunaan dalam bidang yang relevan, kata Xiong, sambil menyatakan bahawa faedah sosial bagi “terbang sesuka hati” sudah jauh melebihi keuntungan yang ia perolehi bagi syarikat itu.
 
Sumber: China Eastern Airlines
 
Pautan Lampiran Imej:
 
Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=367220
 
Kapsyen: Penumpang yang mendarat di Chongqing memuji slogan “Dunia ini adalah amat besar. Mari kita lihat!"

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.