ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 18, 2024 -Khamis

 
  PENYELESAIAN PENGURUSAN LUAR JALUR LANTRONIX MEMASTIKAN AKSES DARI JAUH YANG SELAMAT UNTUK PUSAT DATA DAN TEMPAT KERJA TERAGIH

Monday 13/07/2020



Pengurusan pusat rangkaian, pelayan dan data dari jauh yang diperkemas untuk memastikan kesinambungan perniagaan yang selamat dan boleh dipercayai

IRVINE, California, 13 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Lantronix, Inc. (NASDAQ: LTRX), penyedia global untuk penyelesaian pengurusan pinggir pintar dan data selamat Internet Benda (IoT), hari ini mengumumkan bahawa penyelesaian Pengurusan Luar Jalur (OOBM) milik mereka telah digunakan oleh organisasi di seluruh dunia untuk memastikan akses dan pengurusan pusat rangkaian dan data global dari jauh yang selamat.

“Masa hidup dan keselamatan sistem adalah amat penting untuk kejayaan perniagaan. Sedikit kesilapan dalam salah satu perkara ini akan memberi impak yang besar kepada syarikat,” kata Paul Pickle, CEO Lantronix. “Direka bentuk untuk memastikan komunikasi selamat, produk akses luar jalur dan dari jauh kami ialah komponen utama bagi seni bina bingkas.”

Rantaian Runcit: Mendayakan Akses Dari Jauh 24/7

Sebuah perniagaan barang runcit global yang terkemuka menggunakan penyelesaian OOBM Lantronix di tapak runcit secara global untuk memastikan akses 24x7 kepada infrastruktur rangkaian penting dan untuk memastikan masa hidup. Dengan ribuan saluran keluar runcit, besar dan kecil, dengan sedikit atau tiada pekerja IT di tapak, penyelesaian OOBM kami mendayakan pasukan IT terpusat untuk mengurus dan mengekalkan infrastruktur rangkaian penting secara lebih berkesan.

Pusat Data: Memastikan Akses dan Pengurusan Dari Jauh

Sebuah syarikat perisian terkemuka menggunakan penyelesaian OOBM Lantronix di jejak pusat data global mereka untuk memastikan akses dan pengurusan sumber rangkaian dan sistem utama dari jauh. Masa hidup adalah penting untuk operasi pusat data mereka di seluruh dunia dan dengan kakitangan kanan mereka yang sentiasa berada di luar tapak, adalah penting untuk memastikan yang mereka boleh mengakses dan mengurus infrastruktur dari jauh sepanjang masa, dalam semua keadaan. OOBM memastikan keselamatan kawalan dari jauh untuk penyelenggaraan dan senggaraan yang selamat sementara mengekalkan overhed sumber yang rendah. Ini juga memberi pasukan pengurusan dan IT ketenangan dalam mengetahui bahawa mereka mempunyai akses jika berlaku kecemasan.

Pejabat Cawangan: Memperkuasa Penyenggaraan dan Pengurusan Dari Jauh

Sebuah universiti besar menggunakan penyelesaian OOBM Lantronix untuk mengekalkan kesinambungan pada sumber sistem merentas berbilang lokasi cawangan. Rumit untuk diuruskan, lokasi ini tidak mempunyai pekerja IT di tapak dan mempunyai infrastruktur rangkaian yang terhad daripada berbilang vendor. Menggunakan OOBM membenarkan penyelenggaraan tapak ini dari jauh yang selamat dan mengurangkan keperluan sebarang lawatan jurutera, membolehkan pasukan kecil IT untuk memantau bilangan besar tapak secara berkesan.

Tapak Terpencil: Memudahkan Pengurusan Terpusat

Sebuah bank global menggunakan penyelesaian OOBM merentas ribuan ATM untuk memastikan masa hidup dan keselamatan bagi bahagian penting infrastruktur rangkaian ini. Disebabkan oleh bilangan lokasi tapak ini yang banyak dan terpencil serta fungsinya yang amat penting, bank tersebut bergantung kepada OOBM untuk membenarkan pasukan IT terpusat untuk mengurus, memantau dan menyelesaikan sebarang masalah yang muncul. Ini memastikan masa hidup yang maksimum, pengurangan keperluan pengurusan ATM di tapak dan pengurangan masa kejuruteraan.

"Digunakan dalam pelbagai industri, daripada peruncitan dan kewangan hingga ke teknologi dan pendidikan tinggi, penyelesaian Pengurusan Luar Jalur Lantronix yang inovatif memperkuasa pasukan IT terpusat untuk mengurus ribuan lokasi secara selamat dan dari jauh untuk memastikan masa hidup infrastruktur rangkaian penting,” kata Jonathan Shipman, Timbalan Presiden Strategi di Lantronix. “Apabila digabungkan dengan ConsoleFlow, platform anak tetingkap kaca tunggal SaaS kami, lebih mudah untuk memantau dan mengurus kepelbagaian skala dan geografi pengerahan terkini pelanggan kami yang semakin rumit.”

Penyelesaian Pengurusan Luar Jalur Lantronix

Penyelesaian Pusat Data: Penyelesaian pengurusan dalam jalur dan luar jalur Lantronix untuk peralatan IT di pusat data, pinggir rangkaian, lokasi bersama, tapak terpencil, pejabat cawangan dan makmal ujian kejuruteraan, menyediakan laluan alternatif ke peranti rangkaian semasa rangkaian utama tidak berfungsi.

Penyelesaian Pengurusan Pejabat Cawangan/Terpencil: Penyelesaian pengurusan pejabat cawangan Lantronix memberikan penglihatan dan kawalan masa nyata ke atas peralatan IT pejabat cawangan dan tapak terpencil secara selamat dan cepat yang membolehkan kesinambungan perniagaan yang pasti semasa gangguan rangkaian yang tidak dirancang dan serangan keselamatan siber.

Perihal Lantronix 

Lantronix, Inc. ialah penyedia global penyelesaian perkhidmatan kejuruteraan, perkakasan dan perisian untuk Pengkomputeran Pinggir, Internet Benda (IoT) dan Pengurusan Luar Jalur (OOBM). Lantronix membolehkan pelanggannya untuk menyediakan penyelesaian Pinggir Pintar IoT dan OOBM yang boleh dipercayai dan selamat sementara mempercepat masa pasaran. Produk dan perkhidmatan Lantronix mempermudah penciptaan, pembangunan, pengerahan dan pengurusan projek IoT dengan ketara sementara menyediakan kualiti, kebolehpercayaan dan keselamatan merentas perkakasan, perisian dan penyelesaian.

Dengan pengalaman yang telah terbukti selama tiga dekad dalam mencipta teknologi IoT dan penyelesaian OOBM yang teguh, Lantronix ialah pereka dalam mendayakan pelanggannya untuk membina model perniagaan baharu, mengumpil keberkesanan yang lebih baik dan menyedari potensi Internet Benda. Penyelesaian Lantronix telah dikerahkan dalam jutaan mesin di pusat data, pejabat dan tapak terpencil yang digunakan untuk pelbagai jenis industri, termasuk tenaga, pertanian, perubatan, keselamatan, pengilangan, pengedaran, pengangkutan, peruncitan, kewangan, persekitaran dan kerajaan.

Lantronix beribu pejabat di Irvine, California. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.lantronix.com.

Ketahui lebih lanjut di blog Lantronix, www.lantronix.com/blog, menampilkan perbincangan dan kemas kini industri. Untuk mengikuti Lantronix di Twitter, sila lawati www.twitter.com/Lantronix. Lihat pustaka video kami pada YouTube di www.youtube.com/user/LantronixInc atau berhubung dengan kami menerusi LinkedIn di www.linkedin.com/company/lantronix.

Kenyataan "Safe Harbor" di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995: Sebarang kenyataan yang dinyatakan dalam siaran berita ini yang tidak sepenuhnya bersifat bersejarah dan fakta, termasuk tanpa batasan kenyataan yang berkaitan dengan penyelesaian dan teknologi kami, adalah kenyataan masa hadapan. Kenyataan masa hadapan ini berdasarkan jangkaan semasa kami dan tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian yang besar yang boleh menyebabkan hasil sebenar, perniagaan masa hadapan, keadaan kewangan atau prestasi kami berbeza secara signifikan daripada hasil sejarah kami atau yang dinyatakan atau tersirat dalam sebarang kenyataan masa hadapan yang terdapat dalam siaran berita ini. Potensi risiko dan ketidakpastian merangkumi, tetapi tidak terbatas kepada, faktor seperti kesan keadaan ekonomi serantau dan di seluruh dunia yang negatif atau semakin buruk atau ketidakstabilan pasaran terhadap perniagaan kami, termasuk kesan terhadap keputusan pembelian oleh pelanggan kami; kesan wabak COVID-19 kepada pekerja, rantaian bekalan dan pengedaran, serta ekonomi global; risiko keselamatan siber; perubahan dalam undang-undang, peraturan, serta tarif kerajaan A.S. dan kerajaan asing yang berlaku; kemampuan kami untuk berjaya melaksanakan strategi pemerolehan kami atau mengintegrasikan syarikat yang diperoleh; kesukaran dan kos melindungi hak paten dan hak milik lain; tahap keberhutangan kami, kemampuan kami untuk melangsaikan keberhutangan kami dan sekatan dalam perjanjian hutang kami; juga sebarang faktor tambahan yang termasuk dalam Laporan Tahunan kami pada Borang 10-K untuk tahun fiskal yang berakhir pada 30 Jun 2019, difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa ("SEC") pada 11 September 2019, termasuk di bahagian yang bertajuk "Faktor Risiko” dalam Perkara 1A Bahagian I laporan tersebut, serta dalam fail awam lain kami dengan SEC. Faktor risiko tambahan dapat dikenal pasti dari semasa ke semasa dalam pemfailan masa hadapan kami. Kenyataan masa hadapan yang disertakan dalam siaran ini hanya menyatakan perkara yang berlaku pada tarikh ini dan kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini kenyataan masa hadapan ini bagi menggambarkan peristiwa atau keadaan berikutnya.

Hubungan Media Lantronix: 
Gail Kathryn Miller
Pengurus Pemasaran &
Komunikasi Korporat
media@lantronix.com
949-453-7158

Hubungan Penganalisis dan Pelabur Lantronix:       
Jeremy Whitaker
Ketua Pegawai Kewangan
investors@lantronix.com
949-450-7241

Jualan Lantronix:
sales@lantronix.com
Amerika +1 (800) 422-7055 (AS dan Kanada) atau +1 949-453-3990
Eropah, Timur Tengah dan Afrika +31 (0)76 52 36 744
Asia Pasifik + 852 3428-2338
China + 86 21-6237-8868
Jepun +81 (0) 50-1354-6201
India +91 994-551-2488

© 2020 Lantronix, Inc. Hak cipta terpelihara. Lantronix ialah tanda dagangan berdaftar, serta EMG dan SLC merupakan tanda dagangan Lantronix Inc. Tanda dagangan dan nama dagangan lain adalah milik pemilik masing-masing.

Sumber: Lantronix, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.