ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  RESCO DAN HITACHI SOLUTIONS MENGUMUMKAN KERJASAMA STRATEGIK, MEMPERLUASKAN KEHADIRAN GLOBAL RESCO DI JEPUN DAN ASIA

Tuesday 07/07/2020



BRATISLAVA, Slovakia & TOKYO, 7 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Resco, pembekal terkemuka bagi penyelesaian mudah alih perusahaan rentas platform, dengan bangga mengumumkan kerjasama strategik mereka dengan Hitachi Solutions, Ltd., sebuah pembekal global bagi penyelesaian IT perniagaan, yang beribu pejabat di Tokyo, Jepun.

Perkongsian itu menyatukan kepakaran perundingan dan pelaksanaan IT Hitachi Solutions dengan teknologi mudah alih Resco yang terkenal. Ini akan membolehkan pelanggan Hitachi Solutions untuk menggunakan Pemeriksaan, Laluan, Jualan Mudah Alih & Perkhidmatan Lapangan Resco dan penyelesaian mudah alih termaju yang lain, yang disatukan dengan lancar dengan sistem perusahaan mereka. Menerusi pengalaman mudah alih yang berkuasa dan berinovatif organisasi ini akan dapat mencapai lebih banyak lagi dengan sistem korporat mereka.

Mengambil daripada pengetahuan mereka yang lama mengenai Microsoft Dynamics 365 dan Salesforce, Hitachi Solutions akan menggunakan teknologi Resco di dalam penyelesaian mereka dan menyampaikan mobiliti bagi klien yang beroperasi menggunakan mana-mana satu daripada dua platform tersebut. Syarikat itu juga merancang untuk menggunakan Resco bagi menawarkan pengalaman mudah alih yang serba baharu bagi pelanggan yang menggunakan pelbagai sistem perusahaan.

Selain itu, pelanggan Hitachi Solutions kini juga dapat menggunakan Resco Cloud yang berdiri sendiri sebagai penyelesaian pilihan perusahaan mereka yang lengkap – satu pakej lengkap yang menyampaikan sebuah server awan bahagian belakang, klien web & mudah alih yang disesuaikan sepenuhnya, serta templat yang siap untuk digunakan bagi aplikasi Pemeriksaan, Laluan, dan Jualan Mudah Alih & Perkhidmatan Lapangan dan banyak lagi.

Hitachi Solutions terus dikenali disebabkan oleh projek dan perkhidmatan mereka yang luar biasa -- termasuk Anugerah Rakan Microsoft Terbaik di Jepun selama empat tahun berturut-turut, dan pelbagai Anugerah Rakan Salesforce selama lima tahun berturut-turut. Perkongsian baharu ini memperluaskan lagi portfolio Kumpulan Hitachi Solutions dan membawa produk Resco kepada klien di Jepun dan wilayah APAC yang lebih luas – yang disampaikan oleh sebuah rakan dengan rekod prestasi kecemerlangan yang terbukti.

“Di Resco, kami amat teruja untuk memulakan satu kerjasama strategik dengan Hitachi Solutions, sebuah syarikat yang benar-benar mantap di dalam ekosistem Microsoft dan Salesforce. Kerjasama ini merupakan permulaan bagi satu bab baharu yang menarik bagi kami, kerana Hitachi Solutions adalah rakan aktif kami yang pertama dari Asia yang beroperasi juga pada skala global. Kami komited sepenuhnya untuk menyediakan kepada syarikat itu dengan teknologi mudah alih berinovatif kami yang terbaik. Hitachi Solutions mempunyai kepakaran dan pengetahuan yang besar di pasaran tempatan, dan kami sangat ingin melihat apa yang dapat kami capai bersama,” kata Miro Pomsar, Ketua Pegawai Eksekutif, Resco.

“Kami sangat gembira untuk melancarkan satu perkongsian strategik dengan Resco, sebuah peneraju dunia di dalam aplikasi mudah alih berinovatif. Sebagai sebuah penyedia perkhidmatan IT yang memainkan satu peranan penting di dalam perniagaan sistem maklumat dan telekomunikasi bagi Kumpulan Hitachi, kami telah menyediakan pelbagai penyelesaian untuk menyokong gaya hidup sosial dan aktiviti korporat di seluruh dunia. Melangkah ke hadapan, kami akan terus meningkatkan transformasi digital berdasarkan kepada kerjasama dengan pelanggan dengan menyediakan penyelesaian canggih dari Resco, dan akan menangani masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan perniagaan semasa,” kata Seigo Usuki, Pegawai Eksekutif & Pengurus Besar, Bahagian Pentadbiran Sistem Inovasi Sosial dan Bahagian Perniagaan Inovasi Industri, Hitachi Solutions.

Maklumat mengenai Hitachi Solutions, Ltd.

Hitachi Solutions, Ltd., yang beribu pejabat di Tokyo, Jepun, adalah sebuah anggota teras bagi perniagaan Sistem Maklumat & Telekomunikasi bagi Kumpulan Hitachi dan sebuah pemimpin yang diperakui di dalam menyampaikan strategi dan penyelesaian perniagaan dan IT yang terbukti kepada syarikat-syarikat merentasi banyak industri. Syarikat itu menyediakan perkhidmatan yang dipacu oleh nilai sepanjang kitaran hidup IT dari perancangan sistem kepada integrasi sistem, operasi, dan penyelenggaraan. Hitachi Solutions menyampaikan produk dan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh dunia melalui anak syarikat utama di Amerika Utara, Eropah, India/Timur Tengah, dan Asia Pasifik.

Untuk maklumat lanjut mengenai Hitachi Solutions, sila layari: www.hitachi-solutions.com

Maklumat mengenai Resco

Ditubuhkan pada tahun 1999, Resco adalah satu daripada pemimpin dunia di dalam membangunkan penyelesaian perisian mudah alih rentas platform. Hari ini produk mereka digunakan oleh lebih 2,500 pelanggan korporat dengan lebih daripada 200,000 pengguna berlesen. Asas bagi platform pembangunan pelbagai pengalaman Resco adalah peranti konfigurasi dan pengurusan Woodford yang, bersama-sama dengan aplikasi mudah alih Resco, adalah teras bagi kesemua produk Resco.

Untuk butiran lanjut mengenai Resco, sila layari: www.resco.net

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200707005061/en/

Hubungi

Perhubungan Media Resco
Robert Feldmar
+421 2 209 020 17
communications@resco.net

Sumber : Resco

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.