ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  KUMPULAN PHC MENINGKATKAN KEPENTINGAN DI DALAM SCIMED UNTUK MEMPERKUKUHKAN PERNIAGAAN SAINS HAYAT DI ASIA

Tuesday 07/07/2020



TOKYO, 7 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PHC Holdings Corporation (ibu pejabat: Tokyo, selepas ini PHCHD) hari ini mengumumkan penyelesaian bagi pengambilalihan mereka ke atas tambahan 55.01% saham di SciMed (Asia) Pte Ltd (ibu pejabat: Singapura, selepas ini SciMed), sebuah pengedar utama bagi produk sains hayat Kumpulan PHC merentasi Asia Tenggara dan India. Perjanjian pembelian ini dengan SciMed meningkatkan kepentingan PHCHD di dalam syarikat itu dari 14.99% kepada 70%. SciMed kini akan beroperasi sebagai sebuah anak syarikat yang disatukan bagi PHCHD, sebagai sebahagian daripada Domain Sains Hayat/Diagnostik.

Terletak di Singapura, SciMed memasar dan mengedarkan produk sains hayat dan menyediakan perkhidmatan mereka ke seluruh Asia Tenggara dan India. Dengan satu rangkaian pengedaran yang luas di rantau itu, dan disokong oleh kepakaran dan keupayaan perkhidmatan yang mantap di dalam bidang sains hayat, SciMed adalah sebuah syarikat utama di pasaran Asia Tenggara. PHCHD telah menempatkan SciMed sebagai pengedar utama untuk perniagaan sains hayat mereka di seluruh Asia Tenggara dan India, dan telah mengembangkan perniagaan mereka di rantau itu melalui perkongsian erat mereka selama 30 tahun.

Perjanjian ini adalah sebahagian daripada tumpuan Kumpulan PHC terhadap pertumbuhan syarikat, dengan memperkukuhkan perniagaan yang sedia ada dan mengenal pasti cara untuk menambahkan produk dan perkhidmatan pelengkap kepada kumpulan itu. Ia mengikuti pemerolehan bagi perniagaan patologi anatomi yang telah diselesaikan (beroperasi sebagai Epredia) dari Thermo Fisher Scientific, Inc. pada Jun 2019, dan LSI Medience Corporation dari Life Science Institute, Inc. pada Ogos tahun yang sama, yang telah memperkukuhkan perniagaan perkhidmatan diagnostik dan penjagaan kesihatan mereka masing-masing.

Sebagai satu daripada tonggak utama bagi strategi pertumbuhan masa hadapan mereka,  Kumpulan PHC terus memberi tumpuan kepada mendorong pengembangan di negara-negara di pasaran baru muncul. Pelaburan majoriti di dalam SciMed untuk mewujudkan sebuah anak syarikat yang disatukan PHCHD membolehkan Kumpulan PHC untuk lebih memanfaatkan pangkalan pelanggan dan perkhidmatan SciMed yang telah bertapak di rantau itu. Ini akan menyediakan peluang pasaran tambahan dan meningkatkan penembusan ke negara-negara seperti India, yang dapat memperkukuhkan lagi perniagaan sains hayat. Ia akan juga membolehkan perniagaan Kumpulan PHC yang lain untuk menggunakan rangkaian pengedaran SciMed untuk menjangkau ke pelanggan di rantau itu.

Michael Kloss, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi PHCHD, berkata, “Kami berbesar hati untuk mengambil langkah ini bagi membawa SciMed ke dalam Kumpulan PHC sebagai sebuah anak syarikat yang disatukan. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah melihat bahawa penyelidikan sains hayat telah membuat kemajuan yang cukup besar di India dan di negara-negara baru muncul. Dengan berlatar-belakangkan peningkatan di dalam kelaziman dan impak bagi keadaan seperti barah, kami menjangkakan lebih banyak pertumbuhan di dalam perniagaan diagnostik di rantau itu. Melalui perjanjian ini untuk memperoleh saham majoriti di dalam SciMed, Kumpulan kami akan meningkatkan kehadiran kami di negara-negara baru muncul dan memberikan kami peluang untuk mempercepatkan pertumbuhan perniagaan di rantau itu.”

Keith Low, Pengarah Urusan SciMed, berkata, “Produk sains hayat yang dibangun dan dikeluarkan oleh Kumpulan PHC adalah sangat dipercayai oleh pelanggan kerana kualiti mereka, dengan penembusan yang mendalam di pasaran Asia Tenggara. Baru-baru ini, kami telah melihat lebih banyak permintaan di pasaran India yang dijangka melebihi kadar pertumbuhan di China. Dengan lebih banyak sokongan daripada Kumpulan PHC, kami akan dapat membantu memacukan pertumbuhan masa hadapan di dalam perniagaan sains hayat dan diagnostik.”

Michael Kloss berkata, “Di Asia Tenggara dan negara-negara baru muncul yang lain, terdapat permintaan untuk penjagaan kesihatan yang berkualiti lebih tinggi dan perkhidmatan perubatan yang lebih baik untuk pesakit. Kumpulan PHC akan terus menghadapi cabaran baharu ketika kami berhasrat untuk menjadi satu daripada syarikat penjagaan kesihatan global yang utama dengan mewujudkan penyelesaian yang menyumbang kepada kesihatan masyarakat dan meningkatkan kehidupan orang ramai.”

Maklumat mengenai PHC Holdings Corporation

Diperbadankan pada tahun 2014, PHC Holdings Corporation adalah sebuah syarikat penjagaan kesihatan global dengan mempunyai anak syarikat termasuk PHC Corporation, Ascensia Diabetes Care Holdings AG, Epredia, dan LSI Medience Corporation. Komited kepada misi korporat mereka, “Kami menyumbang kepada kesihatan masyarakat melalui usaha kami yang tekun untuk mewujudkan penyelesaian penjagaan kesihatan yang memberi satu kesan positif dan meningkatkan kehidupan orang ramai,” syarikat itu membangun, mengeluar, menjual dan memberi perkhidmatan peralatan perubatan dan penyelesaian merentasi perkhidmatan pengurusan diabetes, diagnostik, sains hayat dan penjagaan kesihatan, yang terdapat di lebih daripada 125 buah negara.
www.phchd.com

Maklumat mengenai SciMed (Asia) Pte Ltd

SciMed (Asia) Pte Ltd adalah sebuah pembekal bagi produk dan perkhidmatan untuk pasaran bioperubatan, sains hayat, penjagaan kesihatan, penemuan ubat, farmaseutikal, makmal, ujian perindustrian, dan pertanian. Beribu pejabat di Singapura sejak tahun 1992, SciMed mempunyai satu rangkaian pengedaran yang luas di seluruh Asia Tenggara dan India, dengan menyatukan sebuah pasukan profesional dengan pengetahuan dan pengalaman pasaran yang mendalam.
www.scimed.com.sg/ 

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200706005623/en/

Hubungi

Hubungan Media:
Masayo Okada
Jabatan Komunikasi Korporat
PHC Holdings Corporation
+81-3-6778-5311

Sumber : PHC Holdings Corporation 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.