ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  CISCO LANCARKAN PROGRAM PEMBIAYAAN 0% UNTUK MENYOKONG PKS DI MALAYSIA

Tuesday 07/07/2020



• Program pembiayaan 3 tahun untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merangkumi semua produk Cisco termasuk perisian, perkakasan dan perkhidmatan
• Faedah 0% tanpa kos pendahuluan, dengan pembayaran bulanan tetap untuk pembelian bernilai USD20,000 hingga USD300,000 (RM85,600 hingga RM1.28 juta)

KUALA LUMPUR, Malaysia, 7 Julai (Bernama-PRNewswire) -- Cisco kini melancarkan satu program pembiayaan baharu bagi membolehkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia membeli produknya dengan faedah 0%, tanpa kos pendahuluan, dengan syarat pembayaran bulanan tetap selama 3 tahun. Tawaran ini merangkumi semua portfolio produk Cisco termasuk perisian, perkakasan dan perkhidmatan.
 
Pelancaran program ini seiring dengan langkah Malaysia melonggarkan langkah kawalan COVID-19 dan membuka semula ekonomi, yang bakal menyaksikan pelbagai sektor ekonomi kembali beroperasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Walau bagaimanapun, gangguan berterusan terhadap rantaian bekalan dan pengurangan aktiviti perniagaan di negara telah menyaksikan banyak PKS - yang merangkumi 98.5% daripada jumlah perniagaan berdaftar dan sekitar 65% pekerjaan di negara - menghadapi kesukaran untuk mengekalkan operasi akibat daripada wabak ini.

"Wabak ini telah mendatangkan impak besar kepada perniagaan di seluruh negara. Namun, situasi ini juga memacu anjakan pemikiran yang pantas. Kini, mereka lebih bersedia untuk menerapkan teknologi ke dalam pelbagai aspek perniagaan mereka, serta merancakkan transformasi digital untuk bertahan dalam keadaan sekarang dan memacu pertumbuhan masa depan. Justeru, anjakan digital ini juga akan memainkan peranan penting dalam ekonomi Malaysia pada keseluruhannya, memandangkan sektor PKS ini menyumbang hampir dua pertiga daripada semua pekerjaan di Malaysia," demikian kata Albert Chai, Pengarah Urusan, Cisco Malaysia.

Sebagai enjin pertumbuhan yang penting bagi Malaysia, PKS menyumbang sebanyak 38.3% kepada KDNK keseluruhan Malaysia pada tahun 2019. Bagi membantu meringankan kesan pandemik ke atas perniagaan, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai pelan rangsangan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (PENJANA) sepanjang empat bulan yang lepas, termasuk penawaran moratorium pinjaman kepada PKS, dana bantuan khas, dan subsidi gaji kepada semua majikan.

Di samping itu, PKS kini lebih cenderung bergantung pada teknologi untuk mendigitalkan perniagaan mereka dan kembali beroperasi berdasarkan garis panduan yang ditetapkan, membuka peluang pertumbuhan baharu, serta menyumbang kepada pemulihan ekonomi pada keseluruhannya. Program baharu oleh Cisco ini bertujuan memberikan sokongan kewangan kepada PKS yang berusaha melengkapkan diri dengan peralatan dan penyelesaian yang diperlukan untuk merancakkan perniagaan mereka pada era digital baharu ini.

"Program pembiayaan ini akan memudahkan PKS tempatan untuk memulakan perjalanan pendigitalan mereka. Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ini, kami di Cisco komited untuk memainkan peranan bagi meringankan beban PKS di Malaysia. Ketika perniagaan berusaha menyesuaikan dengan normal baharu, kami yakin sektor PKS akan terus melindungi dan menyediakan peluang pekerjaan yang dapat mengukuhkan pemulihan ekonomi Malaysia selepas COVID-19," tambah beliau.

Program pembiayaan 0% ini akan menawarkan PKS akses kepada sokongan teknologi Cisco yang diperlukan tanpa melebihi belanjawan mereka. PKS akan menikmati pajakan pembayaran penuh selama 3 tahun, dan membuat bayaran bulanan tetap selama 36 bulan untuk pembelian daripada Cisco yang bernilai antara USD20,000 hingga USD300,000 (RM85,600 hingga RM1.28 juta). Selepas tempoh kontrak, mereka akan menjadi pemilik penuh peralatan berkenaan.

"PKS merupakan tunjang belakang ekonomi ASEAN, dan teknologi dapat membantu menyelesaikan beberapa cabaran utamanya bagi memulihkan operasi selepas COVID-19. Justeru, PKS amat memerlukan bantuan daripada rakan kerjasama seperti Cisco, baik menerusi penyelesaian dan kepakaran kami, mahupun program yang dapat meringankan beban kewangan mereka. Program pembiayaan Cisco menyediakan keupayaan tersedia untuk menjamin operasi perniagaan serta pembayaran yang jelas dengan kadar faedah 0%. Malahan, pemilik PKS juga dapat mengelakkan kos pendahuluan, sekali gus memelihara sumber kewangan mereka untuk keutamaan lain," kata Raz Mohamad, Pengarah Perniagaan Kecil dan Komersial untuk ASEAN di Cisco.

Pilihan pembiayaan baharu ini kini boleh didapati menerusi Cisco Capital, iaitu perniagaan pembiayaan vendor Cisco yang menawarkan pilihan pembayaran dan sokongan yang berpaksikan pelanggan untuk menikmati pelbagai penyelesaian Cisco. Untuk maklumat lanjut tentang tawaran ini, sila layari www.cisco.com/c/en_my/buy/payment-solutions/solutions/
small-business.html
 atau hubungi pasukan Cisco tempatan anda.

Latar Belakang Cisco

Cisco (NASDAQ: CSCO) merupakan peneraju teknologi di seluruh dunia yang menyokong Internet. Cisco menginspirasikan potensi baharu dengan memberi imaginasi baharu kepada aplikasi anda, melindungi data anda, mengubah infrastruktur anda, serta memperkasakan pasukan anda untuk masa depan yang global dan inklusif. Ketahui lebih lanjut di The Network dan ikuti kami di Twitter.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200707/2850007-1logo
 
HUBUNGI: Archetype, Nor Atiqah/Shenning Loo, Phone: +6012 690 5488 /+6012 629 2494, Email: malaysiacisco@archetype.co  

SUMBER: Cisco

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.