ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  SKILLING MELANCARKAN MT4

Tuesday 07/07/2020



Table

Skilling Melancarkan MT4 (Foto: Business Wire)


NICOSIA, Cyprus, 7 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Platform tukaran mata wang asing dan perdagangan dalam talian CFD Skilling mencapai satu lagi kejayaan penting pada tahun ini dengan penyatuan dan pelancaran platform perdagangan MetaTrader 4 (MT4).

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200702005309/en/

Ditubuhkan pada tahun 2016, Skilling telah memperkenalkan platform perdagangan proprietari mereka pada tahun 2018, dan pada Januari 2020 mereka mengumumkan pelancaran penyatuan lancar yang pertama di dalam industri itu dengan cTrader dari Spotware. Dengan pemerolehan lesen FSA Seychelles pada awal tahun ini, Skilling kini dapat menawarkan MT4 kepada pelanggan mereka yang sedia ada dan baharu di peringkat global.

“Kami telah bekerja tanpa mengenal penat untuk melancarkan MetaTrader 4 yang terkenal, yang juga dikenali sebagai MT4, platform perdagangan elektronik yang digunakan secara meluas oleh pedagang pertukaran asing runcit dalam talian. Hari ini, kami bangga kerana akhirnya dapat menawarkan kepada pedagang termaju kami dengan sebuah platform yang sangat disesuaikan dengan banyak peranti dan fungsi termaju, seperti bahasa penskripan MQL4 dan sebuah pakej carta yang canggih”, ​​kata André Lavold, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan Skilling. “Digabungkan dengan penetapan harga kami yang kompetitif dan telus, dan pasukan sokongan pelbagai bahasa dan proaktif, kami bersedia, lebih daripada sebelumnya, untuk menawarkan satu pengalaman perdagangan yang sangat baik kepada pedagang di semua tahap di peringkat antarabangsa.”

MetaTrader 4, yang juga dikenali sebagai MT4, adalah sebuah platform perdagangan elektronik yang banyak digunakan oleh pedagang pertukaran asing runcit dalam talian. Ia telah dibangunkan oleh MetaQuotes Software dan dikeluarkan pada tahun 2005.

Berniaga produk kewangan dengan margin membawa satu kadar risiko yang tinggi.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200702005309/en/

Hubungi

Kumpulan Skilling
Pavel Spirin, Ketua Pegawai Komersial
marketing@skilling.com

Sumber : Skilling

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.