ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  DUA BERITA HANGAT MENGENAI DONGGUAN MENCERMINKAN KETERANGKUMAN KOTA ITU DAN MEMBANTU MENARIK BAKAT

Tuesday 07/07/2020

AsiaNet 84669

DONGGUAN, China, 7 Julai, 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

Baru-baru ini, dua berita tempatan mengenai bandar Dongguan di China mendapat perhatian meluas daripada media China. Satu daripadanya adalah satu pesanan yang ditinggalkan oleh seorang pekerja migran untuk Perpustakaan Dongguan telah mencetuskan perbincangan hangat berhubung budaya dan semangat bandar di Internet. Yang satu lagi adalah penyiaran dokumentari mengenai budaya makanan Dongguan yang diberi nama “A Bite of Dongguan” telah membangkitkan usaha masyarakat untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

Wu Guichun, seorang lelaki berusia 54 tahun dari Hubei, China, telah bekerja di Dongguan selama 17 tahun. Beliau bekerja keras untuk menyara keluarganya dan membantu anaknya  menamatkan pengajian siswazah. Baru-baru ini, beliau menganggur disebabkan oleh wabak itu. Sebelum kembali ke kampung halaman, beliau telah datang ke Perpustakaan Dongguan dan meninggalkan pesanannya.

“Saya telah berada di Dongguan selama 17 tahun dan telah membaca buku-buku di perpustakaan itu selama 12 tahun. Buku menjadikan lelaki bijak dan tidak mendatangkan bahaya kepada orang. Ketika saya memikirkan mengenai kehidupan saya di Dongguan selama ini, tempat terbaik adalah perpustakaan itu. Walaupun saya agak keberatan untuk meninggalkan tempat ini, saya tidak akan melupakan anda, Perpustakaan Dongguan, sepanjang hidup saya,”  Wu Guichun menulis pada papan pesanan itu.

Wu Guichun, sebagai seorang pekerja migran luar bandar, telah menunjukkan kasih sayang terhadap buku-buku dan kepada Dongguan, yang mendapat perhatian meluas daripada warga siber China dan menerima respons yang tepat pada masanya dari kerajaan tempatan itu. Dengan bantuan jabatan-jabatan yang berkaitan, beliau mendapat peluang pekerjaan baharu.

Statistik menunjukkan bahawa menjelang akhir tahun 2019, populasi migran tetap Dongguan adalah hampir 6 juta orang, merangkumi lebih 70% daripada jumlah penduduk di bandar itu. Xiao Yafei, datuk bandar bagi bandar itu, berkata pada dua sesi 2020 bagi Dongguan bahawa memberikan keutamaan kepada kestabilan pekerjaan dan melindungi mata pencarian rakyat adalah dua matlamat utama yang dijangkakan bagi Dongguan sepanjang tahun itu.

Wu Guichun berkata bahawa Dongguan mempunyai sebuah persekitaran bandar yang baik dan sangat mudah bertolak ansur dengan pekerja migran. Semua orang di sini dapat menikmati perkhidmatan kebudayaan awam yang berkualiti tinggi secara percuma, yang membantu memperkayakan kehidupan kerohanian beliau dan mengembangkan pengetahuannya.

Sebahagian pemerhati sosial percaya, satu daripada langkah penting yang diambil oleh China untuk mengatasi kemerosotan ekonomi adalah dengan meningkatkan punca pendapatan rakyat dalam aspek seperti pendidikan, penjagaan perubatan, persekitaran ekologi dan perkhidmatan awam, dalam cara untuk mengoptimumkan persekitaran perniagaan dan kualiti kehidupan, seterusnya menjadikan entiti pasaran dan penduduk mempunyai rasa bahagia dan keuntungan. Ini adalah satu cara terbaik untuk merangsangkan kesegaran pasaran dan membantu pemulihan ekonomi China.

Menurut “Laporan Persekitaran Perniagaan 2019 bagi Bandar-bandar China”, Dongguan menduduki tempat kelima di antara bandar-bandar yang aktif di dalam ekonomi di China. Dalam membina sebuah persekitaran perniagaan antarabangsa yang membolehkan, Dongguan memberi tumpuan kepada mewujudkan sebuah budaya bandar yang terbuka dan inklusif untuk menarik faktor-faktor pengeluaran global.

Sementara itu, sebuah filem dokumentari “A Bite of Dongguan” sedang disiarkan. Ia menyajikan lebih daripada 130 jenis bahan dan hidangan tempatan Dongguan. Melalui satu siri watak dan cerita yang cergas dan bersemangat, ia memperlihatkan persekitaran kemanusiaan yang unik yang menggabungkan budaya tradisional dan moden, budaya asli dan lain-lain. Dokumentari itu telah dilancarkan secara rasmi pada 21 Jun. Sehingga 1 Julai, ia telah menerima lebih 27 juta ulasan dan banyak komen positif.
 
Pasukan produksi bagi dokumentari itu berkata bahawa Dongguan, bandar tepi pantai di selatan China, telah menarik imigrasi berskala besar dari utara China selama lebih 1,600 tahun semasa pengembangannya. Migran menggabungkan tradisi pemakanan mereka dengan ciri-ciri tempatan untuk membentuk pelbagai masakan.

Sama seperti dokumentari yang diberi nama “The Era of Manufacturing” dipaparkan, orang selalu menjadi teras bagi bandar Dongguan dan faktor penyumbang utama kepada keterangkuman dan kualitinya. Episod pertama “The Marvelous Workmen” mengetengahkan tenaga manusia di dalam industri Dongguan dengan menceritakan kisah-kisah pekerja kilang tempatan.

Sebahagian warga siber berkata industri pembuatan yang maju telah melabelkan Dongguan sebagai sebuah “kilang dunia”. Pengunjung dari seluruh pelusuk dunia telah membawa banyak juadah istimewa, seperti mi Shaanxi dan mihun Guangxi, panggang Xinjiang dan tiram bakar Guangdong, barbeku Korea dan masakan Jepun, yang kesemuanya menjadikan budaya pemakanan Dongguan lebih inklusif. Ketika penyebaran wabak itu terkawal di China, industri penyediaan makanan, yang dikenali sebagai sebuah “barometer” bagi keadaan penggunaan, telah secara beransur-ansur kembali normal. Penyiaran dokumentari ini pada masa ini juga sangat penting untuk mendorong penggunaan dan menggalakkan pemulihan ekonomi.

Makanan juga boleh menceriakan hati dan perasaan seseorang. Dokumentari itu membolehkan lebih ramai orang untuk memahami kebaikan hati manusia di bandar perkilangan yang terkenal itu. Makanan menunjukkan kecintaan orang terhadap kehidupan dan keterangkuman bandar itu. Seperti yang diperkatakan oleh Wu Guichun, “Kami merasa seakan berada di rumah di Dongguan.” Bandar inklusif itu akan menarik lebih banyak pelabur, ahli perniagaan dan pekerja untuk melabur, bekerja dan tinggal di sini.

Sumber: Perpustakaan Dongguan

--BERNAMA
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.