ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  V-KEY: ELEMEN SELAMAT MAYA YANG PERTAMA DI DUNIA V-OS MEMPEROLEH KRITERIA UMUM EAL3+ PADA IOS DAN ANDROID

Monday 06/07/2020



  • V-Key, peneraju dunia di dalam keselamatan digital berasaskan perisian, mengumumkan bahawa V-OS adalah elemen selamat maya pertama yang menerima pensijilan Kriteria Umum EAL3+ pada kedua-dua telefon bimbit iOS Apple dan Google Android.
  • Pensijilan EAL3+ itu mencakupi satu rangkaian meluas bagi fungsi kerana V-OS adalah asas bagi semua produk V-Key, memastikan mereka memenuhi standard antarabangsa paling tinggi bagi keselamatan untuk mana-mana penyelesaian perisian.
  • Pelanggan boleh mempercayai produk V-Key untuk menyediakan tahap keselamatan siber yang paling tinggi.

SINGAPURA, 6 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- V-Key mengumumkan bahawa V-OS, teknologi teras V-Key yang dipatenkan, adalah elemen selamat maya yang pertama di dunia untuk mendapat satu penarafan Tahap Jaminan Penilaian Kriteria Umum (EAL) 3+, yang diperolehi daripada Profil Perlindungan Kerajaan Amerika Syarikat bagi Sistem Pengendalian Kegunaan Am.

Encik Er Chiang Kai, Ketua Pegawai Teknologi bagi V-Key, berkata, “Semakin rumit produk itu, semakin banyak keperluan dan langkah-langkah yang diperlukan untuk mengesahkan keselamatan mereka. Hanya beberapa penyelesaian IT yang paling atas yang berjaya mencapai Tahap 3 dengan sebuah Profil Perlindungan yang amat dikenali. Bagi V-OS untuk mencapai tahap jaminan ini adalah satu bukti kepada kekuatan dan kebolehpercayaan bagi produk kami.”

Sebuah produk yang tidak seperti yang lain

V-OS adalah serupa dengan sebuah cip kad pintar, yang juga dikenali sebagai sebuah elemen selamat perkakasan. V-OS mewujudkan sebuah persekitaran maya terpencil di dalam aplikasi mudah alih untuk menyimpan kunci kriptografi dengan selamat.

Ini menunjukkan tahap perlindungan yang disediakan oleh V-OS terhadap teknik penggodaman yang paling maju. Segala-galanya dari Perlindungan Aplikasi V-OS sehingga kepada Penyelesaian Awan V-OS mendapat faedah daripada jaminan yang disediakan oleh pensijilan EAL3+ V-OS.

Kepercayaan berada dalam DNA kami

Sebagai sebuah syarikat SG:D yang Bertauliah, suite V-OS bagi V-Key telah dinilai dengan teliti oleh Lembaga Pembangunan Media Infocomm Singapura. V-Key telah juga memperoleh pensijilan FIPS 140-2 oleh NIST Amerika Syarikat bagi modul kriptografi V-OS dan menyediakan keselamatan bagi Pengesah FIDO.

V-Key sentiasa terus melabur di dalam pensijilan kerana ia merupakan satu tonggak yang penting bagi kepercayaan, sama ada di antara V-Key dan pelanggan mereka, dan di antara pelanggan dan pengguna akhir mereka.

“Dengan mendapatkan produk-produk IT melalui satu proses penilaian keselamatan dan pensijilan yang ketat adalah penting untuk meyakinkan syarikat-syarikat mengenai standard keselamatan bagi produk yang mereka perolehi. Kami gembira bahawa syarikat tempatan V-Key telah mencapai pensijilan Kriteria Umum ini yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan mengharapkan lebih banyak pemaju produk tampil ke hadapan untuk berbuat demikian,” kata Encik Lim Soon Chia, Pengarah bagi Pusat Kejuruteraan Keselamatan Siber, Agensi Keselamatan Siber Singapura.

“Dengan pensijilan Kriteria Umum itu, kami memberi jaminan kepada pelanggan kami bahawa produk kami telah dinilai dengan baik dan memiliki semua perlindungan yang diharapkan oleh pelanggan,” kata Encik Mr Er.

“Kami gembira kerana V-Key telah mencapai kemajuan yang besar dan sekali lagi melampaui sempadan dengan mendapatkan pensijilan EAL3+ itu. Ini adalah bukti mengenai jaminan maksimum dan ketegasan V-OS, yang menyediakan keselamatan mudah alih yang bertaraf dunia,” kata Encik Edwin Low, Pengarah bagi Inovasi & Teknologi Ekosistem, Lembaga Pembangunan Media Infocomm Singapura.

MAKLUMAT MENGENAI V-KEY

V-Key adalah sebuah syarikat keselamatan digital berasaskan perisian yang terkenal di peringkat antarabangsa, yang beribu pejabat di Singapura. V-Key menjanakan penyelesaian keselamatan yang sangat tinggi untuk identiti digital, pengesahan dan kebenaran pengguna, serta urus niaga elektronik bagi bank-bank utama, gerbang pembayaran, dan kerajaan.

V-Key adalah pereka bagi V-OS, Elemen Selamat Maya yang pertama di dunia, yang menggunakan perlindungan kriptografi dan keselamatan siber termaju untuk melampaui standard yang sebelumnya dikhaskan bagi penyelesaian perkakasan.

V-OS adalah FIPS 140-2 yang Disahkan dan diakreditasikan oleh Lembaga Pembangunan Media Infocomm Singapura. V-OS telah menjalani pelbagai ujian penembusan yang ketat dan ujian tegasan oleh bank, kerajaan, e-dagang, dan perusahaan besar yang lain dengan berjuta-juta pengguna di seluruh dunia.
 

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20200705005001/en/

Hubungi

Charlie Loke, +65 9795 1516, Charlie.loke@v-key.com
LinkedIn | Facebook | YouTube
http://www.v-key.com/

Sumber : V-Key

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.