ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  KEMPEN IMUNISASI POLIO DI WP LABUAN

Monday 06/07/2020



KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa susulan kejadian wabak polio di Sabah, aktiviti survelan persekitaran untuk virus polio telah diperkukuhkan dengan memperluaskan lokasi persampelan ke 64 lokasi di seluruh negara. Hasil survelan persekitaran tersebut, virus polio telah dikesan di dalam sampel air kumbahan yang diambil di Wilayah Persekutuan (WP) Labuan dan disahkan oleh Makmal Rujukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Australia. Walau bagaimanapun, tiada kes di kalangan penduduk WP Labuan setakat ini berdasarkan survelan Acute Flaccid Paralysis (AFP) dan saringan 41 orang kanak-kanak sihat berumur bawah 5 tahun yang dijalankan secara rawak di WP Labuan.

Susulan pengesanan virus polio dalam persekitaran, KKM melalui Jabatan Kesihatan WP Labuan menjalankan Kempen Imunisasi Polio bagi mencegah jangkitan di kalangan penduduk. Kempen ini melibatkan pemberian dua (2) dos vaksin bivalent oral polio type 1 dan 3 (bOPV) yang diberikan secara titisan ke dalam mulut dengan mensasarkan semua kanak-kanak berumur bawah 13 tahun di seluruh WP Labuan.

Semua ibubapa di WP Labuan perlu memastikan anak-anak yang berumur bawah 13 tahun menerima vaksin oral polio seperti yang dinyatakan, mengikut jadual yang dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan WP Labuan. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai kempen imunisasi polio di WP Labuan, ibubapa boleh menghubungi Bilik Gerakan Polio Jabatan Kesihatan WP Labuan di talian 087-596020 atau 087-596160.
 
Di samping itu, vaksin polio yang diberi secara suntikan dalam bentuk vaksin lima serangkai (DTaP-IPV/Hib) yang mengandungi komponen antigen difteria, tetanus, pertussis, polio dan Haemophilus influenzae type b perlu terus diambil mengikut jadual yang ditetapkan pada umur 2, 3, 5 dan 18 bulan. Ini bagi memastikan setiap kanak-kanak dapat dilindungi daripada jangkitan polio secara optimum. Vaksin oral polio merupakan pemberian vaksin polio tambahan, bagi memastikan penularan virus polio dapat dihentikan.
 
Pada masa yang sama, KKM melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sabah masih meneruskan Kempen Imunisasi Polio di Sabah. Tiada penambahan kes polio di Sabah di mana bilangan kes yang disahkan polio melalui ujian makmal adalah kekal empat (4) kes. Survelan Acute Flaccid Paralysis (AFP) dan survelan persekitaran untuk virus polio diteruskan di seluruh negara.
 
Bagi kanak-kanak di negeri selain Sabah dan WP Labuan, ibubapa perlu memastikan anak-anak mereka mendapat vaksin polio secara suntikan mengikut jadual yang ditetapkan pada umur 2, 3, 5 dan 18 bulan. Sekiranya terdapat kanak-kanak yang tercicir suntikan vaksin polio, ibubapa dinasihatkan agar pergi ke mana-mana klinik kesihatan bagi penjadualan semula suntikan vaksin mengikut kesesuaian umur kanak-kanak tersebut.
 
Basmi Jangkitan Polio, Kembalikan Status Bebas Polio di Malaysia.

Sekian, terima kasih.
 
DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
4 Julai 2020
 
Sila klik di sini untuk Lampiran Kempen Imunisasi Polio Di WP Labuan

SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: BAHARUDIN BIN MOHAMAD
Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : 03-88834536 / 017-2635008

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.