ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  ZYNGA MENCAPAI PERSETUJUAN PEMEROLEHAN TRANSFORMASI BAGI PEAK YANG BERPANGKALAN DI ISTANBUL; MEMPERLUASKAN PORTFOLIO FRANCAIS FOREVER DENGAN TOON BLAST DAN TOY BLAST

Friday 03/07/2020



Table
Zynga Mencapai Persetujuan Pemerolehan Transformasi bagi Peak yang berpangkalan di Istanbul; Memperluaskan Portfolio Francais Forever dengan Toon Blast dan Toy Blast (Grafik: Business Wire)

· Zynga Melengkapkan Pengambilalihan Peak Berkuatkuasa pada 1 Julai, 2020
· Peak akan Mengekalkan Budaya Kreatif dan Identiti Jenama Mereka yang Unik
· Zynga akan Mengemas kini Panduan Tahun Penuh 2020 ketika Melaporkan Hasil Kewangan Suku Kedua 2020 pada 5 Ogos, 2020

SAN FRANCISCO, 3 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif, dan Peak, pencipta bagi Toon Blast dan Toy Blast yang berpangkalan di Istanbul, hari ini mengumumkan bahawa kedua-dua syarikat itu telah mencapai persetujuan bagi urus niaga tersebut di mana Zynga memperolehi kesemua saham yang diterbitkan dan saham biasa belum tuntut milik Peak dengan jumlah harga pembelian kira-kira $1.85 bilion yang merangkumi sumbangan yang hampir sama bagi tunai dan saham biasa Zynga. Peak membawa kepada Zynga sebuah pasukan yang terkenal, berbakat dan dua francais forever, Toon Blast dan Toy Blast, yang telah secara konsisten masing-masing menduduki pada tempat 10 teratas dan 20 teratas bagi keuntungan kasar permainan iPhone Amerika Syarikat selama dua tahun yang lalu.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200702005008/en/

Peak akan terus dipimpin oleh pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sidar Sahin dan pasukan pengurusan beliau sekarang. Selain itu, syarikat itu merancang untuk mengekalkan ibu pejabat mereka di Istanbul, Turki.

“Kami gembira untuk mengalu-alukan Sidar dan pasukan berbakat luar biasa Peak ke Zynga,” kata Frank Gibeau, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Zynga. “Dengan penambahan Toon Blast dan Toy Blast, kami sedang memperluaskan portfolio perkhidmatan langsung kami kepada lapan francais forever, yang bermakna meningkatkan pangkalan audiens global kami, dan menambahkan saluran permainan baharu kami yang menarik. Sebagai sebuah pasukan yang digabungkan, kami berada pada kedudukan yang baik untuk berkembang dengan lebih pantas bersama.”

“Kami sangat gembira untuk memuktamadkan perkongsian monumental ini yang tidak hanya akan mempengaruhi Zynga dan Peak, tetapi juga keseluruhan industri permainan mudah alih,” kata Sidar Sahin, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Peak. “Di tengah-tengah perkongsian ini terletak satu visi bersama -- untuk menyatukan orang ramai melalui permainan. Budaya Peak telah berakar di dalam pembelajaran dan kemajuan tanpa henti, jadi ketika kami memulakan bab baharu ini dalam perjalanan kami bersama Zynga, kami tetap komited seperti sebelumnya terhadap budaya kami yang unik. Kami sangat teruja untuk gabungan masa depan kami dan apa yang akan kami capai bersama.”

Ditubuhkan pada tahun 2010 oleh Sidar Sahin, Peak telah membangunkan francais permainan kesayangan Toon Blast dan Toy Blast. Terkenal kerana inovasi, kreativiti dan reka bentuknya yang luar biasa, Toon Blast dan Toy Blast mempopularkan mekanik ‘runtuh’ dalam permainan teka-teki 3-perlawanan, dan telah menguasai pangkalan audiens global yang sangat terlibat yang berada di antara yang terbaik di dalam industri untuk terus mengekalkan minat pemain. Secara kolektif, Toon Blast dan Toy Blast mempunyai purata lebih 12 juta DAU mudah alih. Peak dijangka dapat mengembangkan purata DAU mudah alih Zynga dengan lebih 60% dan pada masa yang sama mengukuhkan audiens antarabangsa Zynga. Peak juga meningkatkan saluran permainan baharu Zynga dengan projek tambahan dalam pembangunan awal.

Penutupan bagi pemerolehan ini berkuat kuasa pada 1 Julai, 2020. Zynga berharap untuk mengemas kini panduan tahun penuh 2020 ketika melaporkan hasil kewangan Suku Kedua 2020 pada 5 Ogos, 2020.

Nota Editor:

Aset seni dan siaran penting tersedia untuk digunakan di pautan berikut: https://bit.ly/ZyngaKeyArtandVideo

Maklumat mengenai Zynga Inc.
 
Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia menerusi permainan. Setakat ini, lebih daripada satu bilion orang telah memainkan francais Zynga termasuk CSR Racing™, Empires & Puzzles™, Merge Dragons!™, Merge Magic!™, dan Words With Friends™. Permainan Zynga boleh didapati di lebih daripada 150 buah negara dan boleh dimainkan merentasi platform sosial dan peranti mudah alih di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2007, syarikat itu beribu pejabat di San Francisco dengan mempunyai lokasi di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, India, Turki dan Finland. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zynga.com atau ikuti Zynga di TwitterInstagramFacebook atau di blog Zynga.

Maklumat mengenai Peak

Peak adalah sebuah  syarikat permainan mudah alih terkemuka yang dikuasakan oleh sebuah pasukan yang menghargai kemajuan tanpa henti. Peak percaya produk terbaik dicipta apabila mereka yang berbakat membentuk pasukan-pasukan berautonomi yang berusaha untuk memberi impak. Peak pada masa ini mempunyai dua francais mudah alih yang menduduki carta teratas -- Toon Blast dan Toy Blast -- yang secara konsisten menduduki tempat 10 teratas dan 20 teratas bagi keuntungan kasar permainan iPhone Amerika Syarikat masing-masing untuk tempoh dua tahun yang lalu, dan secara kolektif mempunyai purata lebih 12 juta DAU mudah alih. Peak, yang ditubuhkan pada tahun 2010, berpusat di Istanbul, Turki. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.peak.com.

Kenyataan yang Berpandangan ke hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan, termasuk kenyataan yang berkaitan dengan keupayaan kami untuk mencapai faedah yang dimaksudkan bagi memperolehi Peak Oyun Yazılım ve Pazarlama Anonim Şirketin (“Peak”), termasuk memperluaskan audiens global kami, meningkatkan purata DAU mudah alih kami dan pertumbuhan keseluruhan kami;  dan kemas kini kepada prestasi kewangan kami yang dijangkakan dan pada masa hadapan. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan sering kali merangkumi perkataan seperti “pandangan,” “unjuran,” “dirancang,” “bercadang,” “akan,” “menjangka,” “percaya,” “sasaran,” “mengharapkan,” dan kenyataan-kenyataan dalam bentuk kala kelak yang umumnya berpandangan ke hadapan. Pencapaian atau kejayaan bagi perkara-perkara yang diliputi oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu melibatkan risiko, ketidaktentuan, dan tanggapan yang signifikan. Kebergantungan berlebihan tidak seharusnya diletakkan pada kenyataan yang berpandangan ke hadapan seperti itu, yang didasarkan kepada maklumat yang tersedia kepada kami pada tarikh tersebut. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini kenyataan tersebut. Maklumat lanjut tentang risiko, ketidaktentuan, dan tanggapan ini adalah atau akan dijelaskan dengan lebih terperinci dalam pemfailan awam kami dengan Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti (“SEC”), dan salinannya boleh diperolehi dengan melayari laman web Perhubungan Pelabur kami di  http://investor.zynga.com atau di laman web SEC di www.sec.gov.

Sukatan Kendalian Utama

Kami menguruskan perniagaan kami dengan mengesan beberapa sukatan kendalian, termasuk DAU Mudah Alih. “DAU Mudah Alih,” yang mengukur pengguna aktif harian bagi permainan mudah alih kami, direkod dan dianggarkan oleh sistem analisis dalaman kami. Kami menentukan DAU Mudah Alih dan sukatan kendalian lain dengan menggunakan data dalaman syarikat berdasarkan kepada penjejakan aktiviti akaun pengguna. Kami juga menggunakan maklumat yang diberikan oleh pihak ketiga, termasuk log masuk rangkaian pihak ketiga yang disediakan oleh penyedia platform, untuk membantu kami mengesan sama ada seseorang pemain yang telah log masuk di bawah dua atau lebih akaun pengguna yang berbeza adalah individu yang sama.

DAU Mudah Alih. Kami mendefinisikan DAU Mudah Alih sebagai bilangan individu yang memainkan satu daripada permainan mudah alih kami pada hari tertentu. Purata DAU Mudah Alih untuk satu tempoh tertentu adalah purata bagi DAU Mudah Alih bagi setiap hari dalam tempoh tersebut. Di bawah sukatan ini, seseorang individu yang bermain menggunakan dua permainan mudah alih yang berbeza pada hari yang sama dikira sebagai dua DAU. Kami menggunakan DAU Mudah Alih sebagai satu ukuran bagi penglibatan audiens.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200702005008/en/

Hubungi

Perhubungan Pelabur Zynga:
Rebecca Lau
Investors@zynga.com

Media Zynga:
Sarah Ross
Sarah@zynga.com

Media Peak:
Barlas Cevikus
Barlas@peak.com

Sumber : Zynga

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.