ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  'MALAM APRESIASI' SEBAGAI WADAH ILMU ULANG TAHUN RADIO IKIM KE-19

Friday 03/07/2020



KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia akan menyambut ulang tahunnya yang ke-19 pada 6 Julai 2020. Dalam pelaksanaan Norma Baharu, penganjuran Malam Apresiasi Ulang Tahun Radio IKIM 19 akan diadakan secara atas talian (online) dan dapat ditonton di media sosial Facebook IKIMfm dan Youtube, selain disiarkan secara langsung di Radio IKIM pada 20 Julai 2020 jam 9.00 malam.

Program yang bakal ke udara selama satu jam setengah ini merupakan satu platform istimewa bagi pihak pengurusan IKIM untuk menyampaikan ucapan penghargaan dan perkongsian yang meliputi pelbagai bidang ilmu. Sesuai dengan fungsi Radio IKIM, iaitu sebagai medium dakwah kepada pelbagai golongan masyarakat, penglibatan nama-nama hebat seperti Datuk Dr. Abdul Munir Yaakob, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Isahak Haron, Datu Hj. Misnu Hj. Taha, Prof. Taufiq Yap Abdullah dan ramai lagi, bakal berkongsi ilmu bertemakan peranan Radio IKIM dalam membantu golongan mualaf, sains dan Islam, radio sebagai medium pendidikan Islam, memupuk perkembangan aqli dan naqli, dan banyak lagi.

Ia juga akan turut dijayakan oleh penasyid dan artis yang telah menyumbangkan karya menerusi lagu-lagu yang disiarkan sejak radio IKIM ditubuhkan sehingga kini, seperti kumpulan nasyid Rabbani, Far East, Awla (gabungan kumpulan nasyid Nowseeheart dan Saujana), Fadzli Far East, Naim Mirwana, Khai Bahar dan lain-lain.

Dengan kematangan usia 19 tahun, Radio IKIM telah memantapkan terbitan program-program dengan gabungan penyampai yang berkaliber dan telah berjaya menduduki tangga ke-6 bagi stesen berbahasa Melayu dengan jumlah yang telah menjangkau 1.8 juta pendengar.

Radio IKIM sebagai medium dakwah masih kekal relevan walaupun di dalam era media digital kerana capaiannya yang begitu mudah dan boleh didengari di dalam kenderaan, menerusi telefon bimbit dan sebagainya, selari dengan kewujudan media penyiaran dan digital yang ditubuhkan oleh IKIM. Langkah ini berinspirasikan usaha untuk menyiarkan program dan hiburan yang bersifat mendidik minda disamping menyajikan pelbagai maklumat yang bermanfaat bagi menyebarkan kefahaman Islam ke seluruh negara.

Unit Perhubungan Korporat
3 Julai 2020

SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Pn. Zarita Bt Kasim
Tel: 017- 366 1496
E-mel: zarita@ikim.gov.my

Nama: Pn. Suzanahwati Sanil
Tel: 013 – 228 8992
E-mel: suzana@ikim.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.