ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  SALURAN YOUTUBE LES' COPAQUE PRODUCTION DIANUGERAHKAN "DIAMOND CREATOR AWARD"

Wednesday 01/07/2020



SHAH ALAM, 1 Julai (Bernama) -- Les’ Copaque Production telah menerima anugerah “Diamond Creator Award” dari platform gergasi YouTube. Ia diberikan khas kepada pencipta kandungan di platform tersebut yang berjaya mencecah 10 juta langganan.

Saluran YouTube Les’ Copaque Production telah berjaya mencapai rekod tersebut dan kini mempunyai 10.3 juta pelanggan. Sekaligus menjadikannya saluran YouTube pertama Malaysia yang mendapat anugerah tersebut. “Diamond Creator Award” itu telah disampaikan sendiri oleh wakil Google Malaysia kepada Pengarah Urusan Les’ Copaque Tuan Haji Burhanuddin bin Md Radzi di studio Les’ Copaque Production pada 29 Jun 2020. Ini merupakan satu kebanggaan kepada negara, kerana 10 juta langganan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah.“Diamond Creater Award” tersebut diletakkan di dalam beg bimbit khas dan disertakan dengan surat ucapan tahniah dari Susan Wojcicki, Ketua Pegawai Eksekutif YouTube.

Video khas akan dimuatnaik di saluran YouTube Les’ Copaque Production bagi mempamerkan anugerah itu bagi berkongsi kegembiraan bersama 10 juta pelanggan saluran tersebut. Saluran Youtube Production memaparkan pelbagai kandungan kreatif dari Harta Intelek (IP) hakmilik Les’ Copaque Production seperti Upin & Ipin, Pada Zaman Dahulu, Dadudido, Puteri dan banyak lagi. Saluran ini juga mendapat “Silver play Button” (100 ribu langganan) dan ‘Gold Play Button’ (1 juta langganan) pada tahun 2017. Anugerah ini mengiringi kejayaan Les’ Copaque sebagai studio animasi nombor satu negara yang berjaya membawa nama Malaysia ke mata dunia apabila filem Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal telah berjaya disenarai pendek dalam pencalonan Oscar bagi kategori animasi pada tahun lepas.

Les’ Copaque Production menyasarkan untuk mendapat anugerah “Custom Play Button” atau lebih dikenali sebagai “Ruby Play Button” dalam 3 tahun yang akan datang.
 
Link untuk gambar : https://www.facebook.com/lescopaque/posts/3577388828938500

SUMBER: Les’ Copaque Production Sdn Bhd

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Nurulhuda Sharabuddin
HR Manager & Event Coordinator
Tel: 03 - 5511 8089

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.