ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  CGC MELANTIK DATO' MOHAMMED HUSSEIN SEBAGAI PENGERUSI BAHARU

Wednesday 01/07/2020



Table
Dato' Mohammed Hussein, Pengerusi baharu CGC


KELANA JAYA, 1 Julai (Bernama) -- Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Dato' Mohammed Hussein sebagai Pengerusi baharu berkuatkuasa 1 Julai 2020. Beliau menggantikan Dato' Agil Natt yang telah meletak jawatan sebagai Pengerusi pada 30 Jun 2020. Dato ' Agil Natt dilantik sebagai Pengerusi CGC pada 18 Jun 2013 dan memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan dan perkembangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana di Malaysia. Pada 8 November 2019, Dato ’Agil Natt dilantik sebagai Pengerusi/Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Affin Bank Berhad.

Dato’ Mohammed Hussein memperoleh ijazah Sarjana Muda Perdagangan (Bachelor of Commerce) dalam jurusan Perakaunan daripada University of Newcastle, New South Wales, Australia. Beliau adalah seorang alumnus Advanced Management Program, Harvard Business School, Boston, USA. Dato’ Mohammed Hussein juga merupakan fellow di Asian Institute of Chartered Banker.

Pada masa ini, beliau adalah Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Gamuda Berhad, Hap Seng Plantations Holdings Berhad dan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad. Beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Penyusunan Semula Hutang Korporat (Corporate Debt Restructuring Committee) yang ditaja oleh Bank Negara Malaysia untuk memudahkan resolusi dan penyusunan semula hutang korporat.

Dato’ Mohammed Hussein pernah berkhidmat dengan Kumpulan Malayan Banking Berhad (Maybank) selama 31 tahun dan menjawat pelbagai jawatan pengurusan kanan termasuk Ketua Perbankan Korporat, Ketua Perbankan Komersial, Ketua Operasi Malaysia, Pengarah Urusan Aseambankers Malaysia Berhad (kini Maybank Investment Bank Berhad) and Pengarah Eksekutif (Kumpulan Perniagaan). Beliau juga pernah bertugas sebagai Timbalan Presiden/Pegarah Eksekutif/Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Maybank sebelum bersara pada 30 Januari 2008.

Mengenai CGC

Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) telah ditubuhkan pada 5 Julai 1972. Ianya 78.65% dimiliki oleh Bank Negara Malaysia dan 21.35% oleh bank-bank komersial dan syarikat kredit di Malaysia. Matlamat CGC adalah untuk membantu PKS yang tidak mempunyai cagaran atau rekod yang tidak mencukupi untuk mendapatkan kemudahan kredit dari institusi kewangan dengan menyediakan perlindungan jaminan ke atas kemudahan tersebut. CGC telah memanfaatkan lebih daripada 470,000 jaminan dan pembiayaan kepada PKS bernilai lebih dari RM75 bilion sejak penubuhannya.

Pada 9 Februari 2018, CGC memperkenalkan imSME, sebuah platfom rujukan pembiayaan / pinjaman PKS atas talian yang pertama di Malaysia. Sejak penubuhannya sehingga 31 Mei 2020, imSME telah menerima lebih daripada 1.7 juta pengunjung dan lebih daripada 29,000 PKS berdaftar di bawah portal ini.

CGC adalah institusi kewangan berkekalan, menyediakan pelbagai jenis jaminan dan produk pembiayaan, yang merangkumi Dana Projek Usahawan Bumiputera bernilai RM300 juta (TPUB-i). Skim pembiayaan kontrak ini dibiayai oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan menyediakan pembiayaan modal kerja kepada usahawan Bumiputera yang telah diberikan kontrak atau projek oleh Kerajaan atau agensi-agensinya.

SUMBER: Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Mohana Arumugam
Naib Presiden
Komunikasi Korporat
Tel: +6017-237-6366
E-mel: mohana.arumugam@cgc.com.my


Nama: Patricia Liew
Pengurus
Perhubungan Awam & Media
Komunikasi Korporat
Tel: +6012-286-9085
E-mel: patricia.liew@cgc.com.my


--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.